23 Jul 2015

Blog's readers

Aku jarang check akaun Nuffang, sebab bukannya ada passive income pun hasil daripada iklan. Bukan blog glamour pun dek non. Blog ni tak semenggah! Tapi once in a while kalau aku check key words yang datang tu, mostly carian tentang preparations aku untuk wedding dulu.

Hakak dah jadi mak-mak sekarang uols, update pun jarang. Kalau ada update pun pasal life sekarang, pasal anak ataupun random thoughts yang tak pasal-pasal. Dah takde rasanya update terbaru tentang DIY wedding, apa yang nak dikongsi? Trend terbaru untuk wedding pun dah lost apa ke benda.



22 Jul 2015

Dominasi warna baju raya


Disebabkan minggu pertama Syawal ni hakak tak pergi berjalan ke mana-mana. Makanya, hakak selaku pemerhati bebas (lantikan sendiri!) di news feed  FB dengan ini mengisytiharkan bahawa tema baju raya tahun 2015 didominasi oleh warna biru diraja (royal blue). 

Dalam timeline FB tu, orang dok post baju raya depa pakai raya pertama penuh dengan warna royal blue. Nasib baik hakak suka biru, so takde la sakit mata. Cuba menuh warna pink? @_@

Mujur hakak dah pakai warna royal blue ni 2 tahun lepas. Kalau tidak hakak pun join sekali geng biru tahun ni. 

:: Syawal 2013 ::

Syawal pertama beraya dengan si Aidenoshi. Hakak pakai batik corak abstract, manakala kanda ahbang dengan anakanda pakai Baju Melayu Teluk Belangan. Johor sangat!

Tahun lepas, hakak sekeluarga pakai warna emerald green masa raya pertama. Raya ke-2 kat kampung, pakai warna kelabu. Takdak gambar bertiga anak-beranak yang diupload dalam media sosial, malas nak kelebet cari. 

:: Syawal 2015 ::

Tahun ni hakak sekeluarga memilih warna merah bata sebagai tema baju raya. Macam warna copper pun iya jugak, kan?

Asalnya nak cari tudung yang sama warna dengan lace dekat hujung lengan baju tu, tapi mak aiii susahnya nak jumpa sebab light sangat warna peach tu. Hakak beli shawl daripada butik apa entah kat Uda Business Centre, 3 hari sebelum raya. Dah macam Jalan TAR ye UBC tu! Nasib baiklah kanda ahbang sudi melayan, nak juga dia drive despite manusia yang berbondong-bondong kat sana. Sesak. 

Menapaklah hakak dengan gigihnya keluar masuk daripada satu kedai ke satu kedai. Tak cerewet, jumpa je yang matching hakak sambar. Bayar. Balik. Next year tobatlah. Lepas beli kain, terus cari matching shawl/tudung. Tak mau dah beli last minute macam tahun ni. 

Wahhh, puasa 6 pun belum start buat dah fikir pasal raya tahun depan? Perangaiii.

Beraya dulu dan sekarang

Duluuuuu, kalau cakap pasal beraya mesti kita bayangkan pergi jalan rumah saudara mara atau kawan-kawan lepas tu makan biskut raya, minum-minum, sembang-sembang, lepas tu balik. Sehari tu dapatlah 5-6 rumah.

Sekarang, kalau kata kawan nak mai beraya, mesti kita sebagai tuan rumah sibuk nak fikir nak masak apa untuk tetamu. Kalau aku, tak kisah kena masak-masak sebab suka orang datang rumah. Ini untuk kes yang nak datang dan bagitahu awal. Kalau last minute bagitahu, samada sempat 'masak' kat kedai atau jamu ajelah apa yang ada. Goreng kuih frozen ke. Paling tidak, biskut raya. Bila lagi nak kumpul dengan kawan-kawan, especially yang duduk jauh dan jarang jumpa. Tunggu hari raya jelah baru nak bersembang panjang.

Aidilfitri 2015

Seminggu Syawal ni, kami tak beraya ke mana-mana. Balik kampung, tak keluar berjalan sebab rumah mak dipenuhi tetamu. Mak nak keluar pun dah tak larat sebab penat layan tetamu.

Raya ke-4 dah masuk office. Kerja.

Tapi, minggu ke-2 Syawal nanti aku cuti seminggu straight. Dapatlah kot berjalan time cuti nanti.


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin semua!

8 Jul 2015

Ramadhon 1436H

Sekejapan je dah masuk fasa terakhir puasa tahun ni. 
Banyak benda berubah kalau nak bandingkan dengan puasa tahun lepas.
Puasa tahun ni Alhamdulillah lebih matang (aku baca posting kat FB tanda kau dah matang bila kau takde baju raya, kasut raya, etc. raya :P)

Persiapan raya untuk anak je lebih.
Biasalah, bila dah jadi mak...semua benda pun ingat anak dulu.
Nak buat apa-apa semua ingat anak.
Sebab apa yang kita buat tu kalau tak terkena kat diri sendiri, tempiasnya ke anak.
Setuju?

Hari tu, on the way ke office dengar Sinar.fm.
Kebetulan pagi tu tetamu jemputan DMFK, dia kata dalam bulan puasa nilah kita nak jadi baik.
Kalau time bulan puasa pun tak reti nak jadi baik (walaupun syaiton dan iblis dah kena ikat!), maknanya diri kita sendirilah syaitonnya.
T____T

Time bulan puasa ni, ringan je badan nak solat.
Kalau tidak, aihhhh.
Macam mana nak buat setiap bulan pun macam bulan Ramadhon?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...