29 Nov 2008

Surat utk makcik kedai kain

Kehadapan makcik kedai kain,

Semalam masa saya temankan mak saya membeli-belah di kedai makcik, makcik ada bertanya kepada saya "Dah habis blaja ke?" saya yg lurus bendol ini secara sepontan pon menjawab "Baru je hbs cik...tgh nak cari kje". Selepas itu makcik pon berkata "Ko dah bertunang kan? Bile nak kawen?" saya pon secara berhemahnya menjawab "Errr...blm lagi makcik..."

Soalan tu la yg paling2 saya menyampah nak jawab! Apa makcik ingat hbs je blaja terus nak kawen ke? Saya tau la anak makcik yg sebaya dgn saya tu sudah hampir mendirikan rumah tangga...dlm masa 2-3 minggu lagi. Dah rezeki dia nak kawen awal...rezeki saya blm lg. Makcik jgn la nak samakan saya dgn anak dara makcik plak!

(Oleh sebab saya tak sampai hati nak berkata begitu terhadap makcik, maka saya jawablah di sini...yaaaa di dlm belog saya yg mana saya pasti makcik tidak akan membacanya...yaaaa, saya sungguh pasti..hehehe!)

Makcik kedai kain,
Saya mempunyai impian besar dlm hidup. Saya tidak suka bergantung kpd orang lain utk dapat apa yg saya hajati. Walaupun secara formalnya saya blm lg mendapat pkerjaan tetap...tp tidak bermakna saya duduk goyang kaki tanpa melakukan apa2. Tidak apalah...saya tidak harap makcik akan memahaminya.

Di bawah ini, saya sertakan beberapa impian saya...saya mahu mendapatkannya dgn hasil titik peluh saya sendiri. Saya hanya ingin menunjukkan kpd makcik, perkahwinan bukanlah satu-satunya perkara yg saya kejar. Entah la..terlalu sukar utk saya terangkannya di sini. Sekali lagi, tidak mengapa...saya tidak mengharapkan makcik memahaminya.

1) Saya mahu melangsaikan hutang puitang saya terhadap PTPTipu PTPTN!
Semasa saya mengisi borang pinjaman dahulu...kadar interest tidaklah serendah skrg...tsk..tsk..tak apalah...makcik mungkin tak paham apa2
2) Saya mahu membeli kereta idaman saya... Saya mahu sports full spec! Makcik sila jgn nak ngata2 ckp kete nih kecik...suka hati sayalah nak beli kete apa pon...hohoho

3) Saya mahu memiliki sebuat rumah

Gambar hanya ilustrasi...tp alangkah nikmatnya jikalau saya dpt memiliki rumah spt ini...di tepi laut...setiap petang boleh mendengar deruan ombak dan angin yg bertiup sepoi2 bahasa. Opsss...saya mtk maaf krn membuat makcik hampir termuntah! (Kalau makcik perasan..rumah nih sebijik mcm rumah Dr.Mokhtar yg kat Taman Rahmat tu..hehehe)

Saya akan berusaha untuk mencapai impian saya. Saya harap makcik akan faham...kahwin cepat ke lambat ke..itu terpulang kpd jodoh masing2...tapi saya mengharapkan makcik dan juga makcik2 lain tidak akan terus-menerus bertanya kepada saya soalan ini lagi. Saya penat dan rimas untuk menjawabnya. RIMAS!

Akhir kata, saya dedikasikan lagu Rimas nyanyian kumpulan The Fabulous Cats utk makcik.

Yang benar,
Sayalah!

4 comments:

Johnny Ong said...

target rumah yg cantik tu

CikChelsea said...

hello mr.johnny,
aim for the best is not wrong kn ;)

Pink Mama said...

Hello...I love ur blog. so I'm giving u an award...datang collect kat blog Akak ya :)

Johnny Ong said...

of course must aim for the best in whatever we do

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...