16 Dec 2008

Tok Ti dan Tudung

*UPDATE*

KUALA LUMPUR: Selepas pulang menunaikan ibadat haji, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28, buat pertama kali tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi Chef Wan di Restoran Tarbush, Starhill, Bukit Bintang di sini, malam tadi.

Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan selamat pulang ke tanah air pada 27 Disember. Penyanyi nombor satu negara yang hadir ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, ketika ditemui memberitahu, penampilan itu akan dikekalkan.

“Insya-Allah buat masa se- karang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran. Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita. Siti juga menegaskan, dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

“Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya tetapi apa yang pasti, saya akan menutup kepala.
Walaupun lagu Destinasi Cinta agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh disesuaikan dengan corak persembahan,” katanya .

Begitupun Siti tidak menafikan penampilannya itu akan menimbulkan cakap-cakap belakang di kalangan masyarakat, namun dia mengambil pendirian ‘tidak ambil pusing’ berikutan apa yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati.


“Rasanya inilah penampilan sebaik-baiknya. Untuk bertudung litup, Insya-Allah dengan izinNya mungkin saya mengenakannya pada masa depan,” katanya.
Baginya, dia perlu mengambil langkah baik itu secara perlahan-lahan. Kata Siti lagi, suaminya senang apabila melihat dia bergaya sedemikian dan menyokongnya.


Article from isuhangat


BLUWEKSSSSS!!!

Gambo kat bawah nih...tertunaikah janji-janji manismu???

Mesti korang pelikkan..nape la saya sebok sgt dgn isu nih...lantak dia la kan nak tutup ke nak bukak ke...sebabnye 1 je...saya rasa MENYESAL TAHAP BESKAL sbb pernah jd peminat setia dia dl. Kat skola siap de geng tau..backing Tok Ti kalo de classmate yg dok kutux2 dia...tskkk tsskk...last2 jadik gini...hipokrit!!!

(Pada fans Tok Ti yang marah dengan haku...tak suke baca boley blah..muahahahaa!!)

Mendiang Benazir Buttho dulu pakai selendang lagi elok dari dia nih

--------------------------------

Pada zaman dahulu...tersebut al-kisah seorang biduanita tersohor, yang berjanji kepada seluruh rakyat jelata...bahawa beliau ingin menutup aurat...selepas pulang dari mengerjakan haji.

(Alaaaa..lecehnye nak buat ayat gitu!)

Adakah anda tahu bahawa suatu ketika dahulu teman adalah peminat setia Tok Ti?? Siyessss beb...dulu konset dia kat Albert Hall tu wa pegi beb. Bayar 25 pound untuk konset 1 April 2005. Wa hengat lagi beb...dulu nak g konset tu kat London dari Manchester train rosak...tskkk tssskkk...hampeh tol virgin Train...wa bayar mahal-mahal..lu punya train rosak..citttt!!! Kenapa tak percaya ke???? Nanti haaaa...lain kali wa tempek itu tiket konset :p

(Okesss...menyimpang sudaaaa!)

Hari nih nak komen pasal isu tutup rambut Tok Ti nih. Teman nih idok lerr baik bebenor nak menegur, tapi teman rasa lebih elok lerr kalau Tok Ti nih idok bersikap hipokrit! Kalau benor idok bersedia nak menutup rambut...idok payah lerr. Jangan lerr buat semata-mata kerana udah berjanji kpd peminat. Mengapa nak puaskan hati orang lain tapi diri sendiri rasa terpaksa?

Dulu mula-mula balik dari haji mmg lerr elok...pakai tudung siap serkup dalam tu hah...tudung mahal woooo Tok Bened yang design (musti riban2..heheh). Kan elok begitu...ingatkan lerr tahan sampai bile2..rupenye idokkkk...

Aterrr..maleh le teman nak bercakap panjang leborrr..kome nengok lerr sendiri perubahan Tok Ti hari nih...

masa mula-mula balik dari mengerjakan haji

nih tah masa kat award mana...

Majlis Real Undergraduates Conference, PICC

Gala Franc Vila Dinner (nih paling tak bley blah...ko pakai tudung...lg mau buat rambut..apekahhh???)

paling latest...masa wat surprise b'day party utk Saida

Makin lama makin ke belakang scarfnye...makin lama makin nipis...makin lama makin jarang...Tak salah nak berfesyen dgn tudung...asalkan kena gaya. Lagi 1, Tok Ti mcm dah ilang fashion sense kannnn sejak2 b'tutup nih...mengapekahhhh???

Hipokrit @ diri dia yg sebenarnya???


Photos credit to: mediamalaya.com, simplysiti.com, gua.com.my, mesra.net and budiey.com

9 comments:

isz_3707 said...

no comment..kah kah

yg aku nak komen, MANA GI BERKELEY KO
?? SUDAH BERTUKAR KAH??? NEVERFULL PULAK?

/psssttt..akak pun berangan nak sambar nf 1..hikhik

mimie said...

komen saya tpulangla pada tok i tu. da besar dah...

CikChelsea said...

to isz_3707,
Berkeley tu wat antaran kawen..wakakak..matik bakal laki aku kak :p

to mimie,
adakah anda maseh setia di sisi tok ti?tettttttttttttt...ahahahah

CikChelsea said...

kak isz,
saya geram je nih kak..abg ada flight g paris nun...LV sana paling murah...tp apakan daya duhet blm cukop...klo la dh kje kan best..uwaaaaa :'(

ajuncr7 said...

uiksss...ade update terkini entry ni..tadi pg takde.ekekeh...

jetsetter said...

waaaaaaaa..
nasib letak gambar tu..sbb tatau mana nk cari!

CikChelsea said...

to ajuncr7,
ada..musti ada...
wahahahaaa

to jetsetter,
entry org dh menyampah..wakakak

isz_3707 said...

ko hingat kalo dah keje sukati ko je bley perabis duit gaji 2 3 bulan kat bag semata? xyah mkn?? pssttt..leh kirim ke abg ko? haaaaaaaaaaaaaahhahahhaha

CikChelsea said...

adesss kene sedasssss...ala kak bg la saya channn nk merasa seketul ;p

flight kali nih dh fully booked..sapa soh akak lmbt nauuuu..wakakak

next flight la yerr kak..leh kite kirim b'same2..

nih sales blog kakakku http://everyonedeservefinerthingsinlife.blogspot.com

amik...pjg xpjg nama blog dia..hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...