29 Jan 2009

Apabila terkantoi...

Teringat kisah 3 tahun lepas...

Semasa 1st semester di U. kena menghadap subjek Writing for Specific Purpose for English Class. code BEL XXX<--akibat tak ingat code.

Serius saya benci subjek itu!

Sudah lah 1st year, disuruh pulak membuat research. waktu di sekolah dulu paling hebat pon membuat kerja kursus. yang itu siapkan saja kemudian hantar confirm cikgu bagi A. kahkah!!!

Saya selalu skip kelas BEL masa sem 1. betol. dalam 1 semester adalah 4 atau 5 kali saya menghadap muka Prof. Anna Lee. dia baik, tapi errrr...membosankan. serius. gila punya bosan sampai tidak boleh bilang berapa banyak kali kuapan menguap ketika mendengar lecture beliau. sudahlah kelas selalunya pagi, memang saya pilih bantal dan tilam berbanding kelas. berdosa betul!

Pertama kali dalam hidup kena membuat research. bermula dengan introduction, background of the study, purpose of the study, methodology, questionnaire...arggghhhhh, peninglah!

Jadinya...

Jalan paling senang...saya search di internet segala info yang diperlukan (masa nih tiada khidmat wireless kerana belum dibangunkan, terpaksa mem'booking' turn untuk guna pc di cc Seroja ;p). save page dalam thumb drive, kemudian sampai di bilik copy paste info masuk ke dalam report proposal. senang. tapi keji. hahaha...

Tiba masa submission date, hantar dengan senyuman lebar hingga ke telinga kerana berjaya menyiapkan tugasan. (senyum bukan kerana bangga menciplak kerja orang lain..tetapi bangga dengan diri sendiri yang creative mencilok kerja orang. kahkah!!!)

Tunggu 1 minggu...

Report proposal dikembalikan.

REJECT!

Prof reject proposal. memang tiada la senyuman di muka. rasa mahu membaling tong gas ke atas kereta prof. biar kemik. sekemik perasaan saya yang di'reject' proposal-nya. tsskkk..tssskkk.

Tiba di bilik, membaca balik proposal itu, tiada cacat cela. sempurna. danggggg..!!! sebab sempurna la kena reject..kahkah!!! kau ingat boleh tipu manusia bergelar prof yang sudah entah berapa ratus kali mengajar subjek itu? sengal~ yerr..saya sengal...kahkah!!! melihat page terakhir, prof dengan baik hatinya meletakkan beberapa baris komen. lebih kurang beginilah selepas di'translate' "Sila jangan plagiat kerja orang lain. gunakan sumber itu tidak mengapa tetapi haruslah mengolah ayat-ayt beliau. juga jangan lupa untuk memberikan acknowledgment @ credit kepada penulis tersebut" (sila baca slang perempuan Cina bercakap :p)

Malunya saya dengan prof. manalah nak meletakkan muka. bolehkah ke kelas menyarung plastik sampah berwarna hitam di muka?

Serik. selepas tragedi itu saya berhenti menjadi seorang plagiat. carilah berkoyan-koyan info tetapi olah lah sendiri mengikut gaya bahasa dan cita rasa secukup rasa anda. owwhhh..saya ingat lagi, sesiapa yang terkantoi mem'plagiat' untuk subjek itu akan dianugerahkan GAGAL untuk final grade.

Disebabkan kes plagiat itu, saya dapat grade C untuk subjek berkenaan. trime kaseh ya prof sebab mamcacatkan transkip saya dengan memberikan C. the only C di dalam transkrip. cittttt!!! (ini ayat sakit hati). sepatutnya berkata begini "Trima kaseh ya prof sebab tidak memberikan saya gagal walaupun saya terkantoi plagiat" hahaha...itukan lebih tepat!

Jadi morale of the story...

Kau tulislah sendiri cerita kau. plagiat itu suatu kesalahan, errr..semacam mencuri. kan mencuri itu berdosa. walaupun ayat original yang kau buat tak-berapa-nak-best-sangat...itu belakang kira. yang penting kau menulis dari hati. faham?

Dan..kan lebih memalukan kalau kau plagiat, lepas tu terkantoi. hahaha...(mengenangkan tragedi yang menimpa diri sendiri :p)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...