31 Jan 2009

Gagal untuk kesekian kalinya

Ini peristiwa malam tadi.
Malam tadi kakak saya telah memasak udang masak sambal sebagai hidangan makan malam.
Bau masakan beliau telah menusuk2 lubang hidung saya.
Baunya sangat lazat.
Jadi, apabila makan malam sudah siap dihidang...saya pon mencapai seekor udang yang kelihatan sangat menggiurkan itu.
Lalu saya pon berkata kepada emak, "Emak, saya mahu mencoba memakan udang ini."
Emak pon menjawab, "Suka hati engkau lah."
Lalu (lalu lagi) saya dengan perasaan confident yang tak confident sangat mengigit sebahagian daripada diri udang itu.
Berjaya menelan.
Yesssss...!!!
Berjaya!
Gigit lagi sekali.
Telan lagi.
Telanan (ada ke perkataan nih?) kali kedua telah menyebabkan tekak saya berasa kembang semacam.
Situasi di dalam perut menjadi hilang kawalan.
Perut rasa bergelodak.
Memang tidak dapat ditahan-tahan lagi.
Saya terus bergegas ke tandas kerana perasaan ingin termuntah sungguh tidak dapat dikawal.
Saya gagal lagi!!!
G.A.G.A.L memakan seekor udang.
Jangan kata seekor, sekerat ekor pon tidak berjaya =(
Kakak saya kata, perkara ini memang boleh terjadi kepada sesetengah individu.
Di mana badan kita tidak dapat menerima 'benda' tersebut.
In my case udang!

Sehingga ke hari ini, langit-langit masih berasa sangat gatal.
Bagaimanalah mahu menghilangkan rasa kegatalan itu?
Kenapalah mesti langit-langit yang gatal?
Haihhhh...
Vicks, minyak cap kapak, tiger balm semua ada.
Bolehkah meletakkan 'mereka' ke langit-langit?
Errr..sepertinya tidak berani pula =S

--------------------------------

Menceritakan perkara ini kepada YB, dia cakap "Rugi betul...hilang 1 nikmat dunia. tak boleh makan udang." apa kes kau cakap macam tu, aku hempuk kang, mahu?

Dan emak pula berkata, "Nanti kalau kau kawin sama Arip, mak nak suruh dia beli lauk udang hari-hari, biar kau tak dapat makan. hahaha." nih apa motif sama2 bersubahat? kejam la!

5 comments:

waNny said...

pergi beli zyrtec .. bagus untuk allergy n gatal2 ..

untuk selsema gax :)

ajuncr7 said...

kasihan sama kamu..simpati...sgt sedap wohh itu udang..hahahaha!!
(gelak jahat yg diajar ko sendr)

cik_ienn said...

alahai, kesian nya kat dia tak leh makan udang... semoga tabah.

urm, tatau nak rekemen obat apa. tapi pergi la pharmacy cari obat yg sesuai k?

get well soon =)

CikChelsea said...

to wanny + cik-ienn,
sebenarnya sy mmg xleh mkn udang...tp sesaje gatal nk try. tp gagal lg..tskkkk...

gatal2 tu xde la thp teruk sgt..skrg dh ok..cume pelik kn..asal mkn udang je muntah..haiwan lain ku telan ok saja bahhh =S

CikChelsea said...

to ajuncr,
heppp...mende yg tak baik jgn hekot..faham???hihihihih (gelak supan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...