29 Jan 2009

Hati berbunga matahari

Apakah tajuk entry???

Hehe...memilih bunga matahari sebab mahu menunjukkan hati saya berbungaaaaaaa riang. besar macam bunga matahari...berkembang mekar. lalala~

Kembang hati atau hati kembang? (ada ke perumpamaan begini?)

Semalam kan pergi berpoya-poya bersiar-siar dengan Pinot di BP. jadinya singgah ke Kedai Komik yang sangat saya sayangi. sayang sebab di kedai itu sangat lengkap dengan komik-komik yang saya perlukan. sangat jarang menghampakan hati saya =).

Lalu tanpa kesedaran diri, semalam telah membeli 5 komik (aik?? seperti tak sedar diri saja dah berusia berumur 23 tahun). jangan siapa-siapa berani mengatakan aku dah 24 ya! aku lahir bulan 12, jadi bulan 12 nanti baru akan berusia 24 tahun. kahkah!!! --> menujukan ini kepada teman-teman rapat...sila sedar diri anda siapa :p


Sebab hati berbunga matahari:

Hari ini baru sahaja menghabiskan membaca Detective Conan #62. anda sudah baca? anda tahu Conan Edogawa sudah tiada? iya. betol. saya tidak tipu. Conan sudah tiada. yillek. serius ini. lihat muka saya. adakah sedang tersengih-sengih seperti kerang busuk? muka saya amat serius sekarang. serius lagi bengis. sila takut. kahkah!!!

Iyalah betul Conan sudah tiada TAPI Shinichi sudah kembali! hooray! hooray! saya sangatlah excited. walaupun mata mengantuk sehingga tahap terpaksa menampar muka sendiri, saya gagahkan juga diri untuk menghabiskan pembacaan. anda tahu perasaan errr...macam menunggu seseorang yang anda sayangi pulang ke pangkuan? begitulah perasaan saya. kahkah!!!

Jangan gelak. tahan gelak. hoiii...geleng kepala pon tidak boleh, tahu?

Lihatlah bukti di bawah. Shinichi dah balik. terharunya. terus memeluk komik ketika terpandang muka Shinichi di dalam komik. hahaha...


Hati masih berbunga-bunga...sangat tidak sabar mahu mengunggu edisi seterusnya. harap-harap Shinichi akan berada di dalam komik lebih lama =)

3 comments:

ajuncr7 said...

wahhh...rase mcm nak beli gak laa...last beli DC thn lepas, gune duit ptptn.hahaha

CikChelsea said...

aku pon sama la..ms study pakai wit pinjaman...keji btol kn..kahkah!!

fida said...

hi cik chelsea

daku ingin bertanya, adakah komik tersebut berjudul penyiasat remaja kindaichi? jika ya.. ingin menangis.
lama gile tk bace.. last skali thn 2000 kot.. huhu.. nak bace jugakk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...