28 Jan 2009

Jangan harapkan orang, mula dengan diri sendiri

Hari ini dalam sejarah...

Hari nih saya keluar berjalan2 ke mall. Summit Parade di BP untuk lebih spesifik. lalu di depan McD. hati saya tiba-tiba sebak. pilu pun ada. sebab? masih ramai Islam di luar sana yang ambil remeh dengan isu 'boikot' barangan US. masing-masing leka menjamah hidangan yang terhidang di depan mata. rakus menjamah burger, ayam goreng, fries...

Ramai. serius. saya tak tertelan McD ke KFC ke Pizza ke sekarang nih. sebab? terbayangkan wajah anak-anak kecil yang dibedil dengan peluru. peluru yang dihasilkan dengan income yang di'generate' daripada syarikat-syarikat ini.

Malaysia mengecam kekejaman ini! tapi rakyatnya??? yang sudah jelas dan nyata berpaksikan dan menjunjung agama yang sama, masih menyalurkan 'sumbangan' kepada pihak-pihak ini? tak guna kalau mulut je cakap "kurang hajo betol la Isreal ni" tapi dalam pada masa yang sama ngap-ngap-ngap burger McD.

kau tulis di blog dengan entry sebesar-besar alam 'BOIKOT BARANG US' tapi kau keluar rumah kau cari KFC. kau tak malukah???????

Mentaliti rakyat Malaysia (saya tak kata semua, tapi merujuk kepada sebahagiannya..berapa bahagian tu anda fikir la sendiri. tanya diri sendiri anda tergolong dalam 'bahagian' yang mana satu. sila fikir sekarang. sudah? ok boleh teruskan baca)

"Alahhhh...takpe, orang lain dah boikot. aku tak boikot pon takpe." pernah anda fikir begitu? saya pernah. ya, saya mengaku...ada ketikanya dulu saya mengganggap perkara ini remeh. tapi apabila menyaksikan 3 minggu kesengsaraan rakyat Palestin, saya insaf. alangkah berdosanya diri ini kerana membantu kepada penghasilan peluru-peluru pembedil!

Alasan apa kita tak boleh memboikot mereka?

"Ala...nak beli diapers my baby je. Carre*four je paling dekat and murah." cuba kau bayangkan anak-anak kecil yang seusia dengan anak kau sedang berlumuran darah di sana. kita ada My*din. apa salahnya beralih ke sana. itu kan business local people, kenapa kau tak mahu melabur untuk local business?

"Ala...I beli Caramel Mocha je kat Star*bucks." cuba kau bayangkan wajah-wajah mereka di sana yang dahaga? menanti bantuan yang entah bila akan tiba. Kluang Sta*tion kan ada. kopi kat situ pon 'kaw-kaw' apa. kau dah cuba?

"Ala...aku dah cuba la coffee jenama lain. takde yang sesedap Nes*cafe." kau rasa rakyat Palestin dah minum ke belum hari ni? jangan kata coffee, air biasa pon belum tentu ada. kau dah cuba Kopi Ra*dex keluaran H.P.A? alahhhh..yang penghujung iklan ada mat saleh sebut "mari secewennn..."

Yang sudah terbeli barangan mereka tidak mengapa. tidak usah dibuang. membazir. kan membazir itu sahabat syaiton. gunalah sampai habis dan dalam masa yang sama cuba-cuba cari alternatif. usaha. usaha.

Semoga dosa saya ketika dulu membeli tops daripada M&S, eye shadow Es*tee Lau*der, pads Ko*tex, bedak J&J, lipstick Rev*lon, perfume Ra*lph Lau*ren, etc...dapat dimaafkan. kelalaian saya membawa binasa di Palestin.

=S

Kita tak boleh nak mengubah diri orang lain, jadi ubahlah diri sendiri. jika setiap orang menanamkan pendirian itu dalam diri...tentu ada kesannya, bukan?

(muhasabah diri sendiri juga)

6 comments:

nad nazira said...

eh eh eh..you dok BP ke???

mommy said...

hmm..setuju. tp jgn lupa, bkn mcd or starbucks saje. nmpk gaya neverfull kena hold dlu la. jgn mare...hehehehe

CikChelsea said...

to nad nazira,
YP nad..nape? dekat ke kita?
kekeke

to mommy,
tssskkk..tulh psl sis. kne bkorban =S

CikChelsea said...

eh chopppp...el vee asal france kn? bkn US...coach tu US punya..kekeke

nad nazira said...

dekat kot..i lahir 1984. u dah lama ke dok BP? i dok kat taman soga :P

CikChelsea said...

i mmg org cni nad :)
owhhh...i de sorg uncle kt tmn soga gak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...