28 Jan 2009

Kotak Rahsia

Ini kotak. isi di dalamnya rahsia...


...tapi dah tak rahsia lagi sebab...jeng jeng jeng...saya dengan sukarela hati dan tanpa diperintahkan oleh sesiapa akan meng'reveal' isi kandungan kotak2 ini. akibat terlalu bosan tiada boleh baca blog kawan2 sebab apabila cuti mereka pon bercuti dari memblog. haihhhhh...sila update blog kamu. ya kamu yang sedang membaca ini! sila balik ke blog kamu sekarang. yang tiada blog...sila daftar sekarang. ini adalah paksaan. kahkah!!!

*Harap maaf...gurauan semata2*

;p

Kotak Bawah:
Magazine yang w.a.j.i.b saya beli tiap2 bulan. mulai membeli majalah ini bermula daripada first edition nya - December 2005. errr...tapi ada ter'missed' 2 edisi iaitu keluaran Mac 2006 dan April 2008 =(. kat mana nak cari yerr majalah2 out dated nih? ada sapa2 tau???


Kotak Atas:
Heheheheheee...sile jangan gelak melihat isi kotak ini. jangan gelak tahu? geleng kepala pon tak boleh! sila diam saja sambil membuat muka tiada perasaan :p. errrr...komik2 ini mulai dikumpul pada errr...entah la, berlakunya kes hilang ingatan sedikit di sini. sebenarnya ada lagi komik yang tidak disimpan di dalam kotak ini, tapi yang berkenaan diletakkan di bawah jagaan adik. itu zaman membeli secara kongsi2...yang nih sumer duhet sendiri =)


Terpaksa mengambil keputusan menyimpan harta karun ini di dalam kotak kerana tidak mahu kejadian yang membuatkan saya marah dan hampir2 sahaja bertukar menjadi hulk berulang kembali. ketika itu...urat2 sudah timbul dipermukaan kulit akibat terlalu marah.

Ahhh..rugi betol tidak boleh mengeluarkan api dari mulut macam seekor naga! kalaulah boleh...dah lama ku fire anak2 sedara yang meng'songklap' komik saya secara haram. sudah la meng'songklap' komik...kulit komik ditinggalkan. curi komik sahaja!

Apa kau orang ingat aku beli komik guna bulu kaki kah???

Marah betol saya dengan anak2 sedara (sampai sekarang pon..melihat kulit komik tanpa isi itu membuatkan telinga seperti mahu mengeluarkan asap! fuhhhhh...betol nih aku marah!)

Komik Detective Conan saya yang paling latest - Vol.61 tiada kulit. entah siapa pulak la yang pedajal! sudah cari di merata2 tempat...tapi hampa. tsssskkk...

Agak2 kalau ke Nan Yang Siang Pow esok, memberitahu tokey kedai itu begini, "Tokey, saya mahu beli kulit komik sahaja bolehkah?" apa tokey tu jawab agaknya ya???

5 comments:

Liyana said...

Terasa dah berumur when I stop/seldom buying Cosmo, Eh! and Cleo. Instead I buy Women's Weekly, Jelita, Nona (what?!) etc.

H A N A said...

wakakakak~

x ley blah la entry blog awk kali ni...

rse cam nk putus urat gelak..

=))

mimie said...

hai ingak kotak berisi makanan yg nak kirim kat i...hampa tol

CikChelsea said...

to liyana,
sis..ala..bole je baca...wpun umo makin meningkat..tp tetap jiwa muda ;)

CikChelsea said...

to hana,
aik???
kan udah pesan jgn berani2 ketawa! sapa soh kamu ketawa nih...grrrrr!!

;p

to mimie,
alaaaa mi...klo anto post pon xsempat sampai dh basi. nt la kalo i ada rezeki lebih..i g sana k. haaa..jgn mkn fast food..boikot tau..w'pun bosan mkn kari je..xpelah bsyukur dgn apa yg ada k =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...