22 Jan 2009

Pitam Lalu Menjadi Orang Minyak

Saya tak pastilah cerita yang bakal ditulis ini kategori apa.

Tapi ia kisah benar....telah berlaku malam tadi kira-kira jam 11 malam.

Tiba-tiba berasa sakit perut yang teramat sangat. sakit perut yang memulas-mulas dan muka menjadi pucat lesi! anda pernah rasa?

Tanpa dapat ditahan, saya bergegas bangun dan mencapai tuala. berjalan selaju mungkin untuk ke tandas. pintu nak ke tandas tutup pulak! dah la pintu amat ketat untuk dibuka. terpaksa menarik pintu dengan sekuat hati (ahhh..buang masa betul. dah la perut memulas macam apatah!). alamak! lampu pulak belum di switch on! terpaksa patah balik ke tempat suis lampu.

Tiba-tiba...

Kepala rasa berpinar-pinar ketika memusingkan badan. ketika mencapai suis lampu...BAMMMM!!! saya pitam! memetik suis lampu tulah perkara terakhir yang saya ingat. ketika jatuh itu pulak tidak kena pada tempat. jatuh di atas kuali emak yang penuh berisi minyak goreng ikan! naseb baik la minyak tak panas. kalau minyak panas...apa akan terjadi kepada saya??? _______ (sila isi tempat kosong) kahkah..!!!

Kakak + emak yang mendengar bunyi kuali bergolek (aik..?? kuali ke aku yang tergolek?) terus bergegas menuju ke tempat kejadian. errr...adalah dalam 5 saat saya memitamkan diri tanpa rela di situ. sedar-sedar perut masih lagi sakit. aahhhhh..tak boleh tahan nih! menggagahkan diri mendapatkan tandas sebelum perkara yang tidak diingini berlaku iaitu 'terkenchet' (malunya kalau ini terjadi!!!)

Saya bangun sepantas kilat sebelum emak dan kakak sampai. malu gila nih dah la jatuh atas kuali dan errrr...berbau ikan goreng! bangun secara mendadak itu telah membuatkan kepala saya ting tong sekali lagi. masuk saja ke dalam tandas perkara terakhir yang saya ingat ialah berpaut di toilet bowl sebelum terjelopok pitam lagi sekali.

Yaaaa...mencatat rekod peribadi pitam sehingga 2 kali! tidak pernah merasai pitam sebelum ini. sudah dapat rasa malam tadi =S

Selepas kira-kira 10 saat, barulah tersedar dan otak saya terus berpikir "Apa aku buat baring tepi toilet bowl nih???". selepas membuat analisis flashback barulah mendapat jawapan. perut masih memulas. perlu lakukan sesuatu!!!

Tahukah anda amat susah untuk duduk di toilet bowl dalam keadaan yang berminyak??? jangan bayangkan, tak payah bayangkan. tapi itulah yang terjadi kepada saya malam tadi.

--------------------------------------

Tahukah anda punca terjadinya pitam? macam kes saya nih disebabkan tekanan darah rendah. tak boleh bangun mengejut @ secara tiba-tiba. darah lambat / belum sampai ke otak (ehh betul ke??) tu yang jadi kepala berpinar-pinar. info ini kakak saya yang memberitahu. naseb baiklah dia paham selok-belok hal ehwal simptom pelbagai penyakit (hoiii..kau taip sajalah doktor. kan lebih mudah nak paham)

Selepas ini perlu membelasah garam emak sampai habis. untuk menaikkan tahap darah menjadi lebih tinggi. kahkah!!! (sapa ajar??). lepas tu dapat darah tinggi pulak. stop makan garam. darah rendah balik. hahahahahaaa...(ok tak klaka)

Malam tadi cerita pada YB...ada ke patut dia nak gelak? anda pon sama? hoiii...simpati la sikit. nih bukan cerita klaka. saya jadi orang minyak tanpa rela tahu tak???

12 comments:

MarlissaMusa said...

cik c,
klakorrr la..i dok gelak je ni..hehe

im a dreamer. said...

huhuhu.
cite nie adelah lawak. hahahaha. series kelako gile.

CikChelsea said...

to marlissamusa + im a dreamer,
adeehhh..mengapakah gelak =(
montot sy sengal2 akibat jatuh..huhuhuhuh

miss x said...

awat ko ni?dahsyat btl skt prt smp camtu skali.dulu sampai baring kat ujung kaki pinot.wat takut org je.skrg kat toilet bowl plak?klaka btl=phuhuhuhu

cik_ienn said...

CikC,
kesian kat kamu. tapi sy still nak gelak lagi...

*keji kan???

waNny said...

hahahha .. this is funny ...

cik c nie sakai jugak rupernyee ..

hakhakhaka

CikChelsea said...

to miss x,
oiiii...sakit perut tu kesan sampingan la...nih psl tekanan darah aku...kau nihhhhh

CikChelsea said...

to cik-ienn,
gelak laaaa...telinga sy dh kebal skrg..kahkah!!

to wanny,
uittt...tade keturunan 'S' tu pon..kekeke...

apo nak buek..dah naseb badan den ;p

mommy said...

sorry sis, kena gelak dulu semblm simpati. tgh imagine minyak tu kena rambut, nk cuci bagai. fuhh!!

CikChelsea said...

to mommy,
hahahahaaa..xyah la imagine..malu sehhh :p

yantie said...

haha..kelakor gila seyh!!
ko cite je dah ter'imagine' camne..haha..
kesianye..

CikChelsea said...

tambah lg sorg gelakkn...citttt

simpati la weiii..muahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...