24 Jan 2009

Saya dan diri saya

Received it from Cik Marlissa & Cik Azreen (menulis nama betul kamu berdua :D)
Tapi masa dapat daripada Marlissa dia tade soh buat pape pon...soh amik je. jadi saya pon buat dang jelah...amik diam-diam dan tempek di blog diam-diam..kahkah!!!


10 fakta tentang diri saya:

1. Saya perempuan.

2. Bayi perempuan yang dilahirkan pada tahun 1985.

3. Apabila dilahirkan pada tahun tersebut, secara automatiknya saya menjadi anak ke-13 daripada 14 orang adik beradik.

4. Adik beradik saya semuanya berwajah Chinese look.

5. Walaupun mempunyai rupa paras + berdarah kacukan Cina , tapi saya tidak tahu cakap apatah lagi menulis dalam Mandarin.

6. Limau Mandarin adalah buah paling saya gemari kerana ia sangat lazat.

7. Apabila membayangkan masakan emak yang lazat seperti Asam Pedas Ikan Terubuk, saya akan menelan liur berkali-kali dan menjadi seperti orang ketagih.

8. Ketagihan dalam aktiviti bershopping amat sukar untuk dibendung apatah lagi untuk dibuang daripada kamus dewan hidup.

9. Hidup mesti enjoy!!! bak kata Puteri. tapi pada saya, enjoy biarlah berpada-pada. biar kena pada tempat, masa dan keadaan sekeliling. (motivasi free untuk anda semua...kahkah!!!)

10. Saya sangat bersyukur dikelilingi oleh keluarga, teman, teman lelaki dan keluarga beliau individu-individu yang membuatkan hari saya bestttttt.


Sekian, setel tag dari Cik-Ienn ;p

1 comment:

ajuncr7 said...

no 8...terapi yg baik..huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...