11 Jan 2009

Sesi: Bayar hutang

Nih 'hutang tag' yang perlu dibayar secara tunai kepada Cik Ienn. telah di tagged pada tarikh 19 December 2008. humang aihhhh...nak dekat sebulan terkepam..kahkah!!!

Nama timang-timangan anda dari orang tersayang.....

1. Family?
Cik Na

2. Kawan-kawan?
Halina. skolmate SMKDS. tapi 'Budak-budak Degil' masa form 6 dulu pakat panggil Chek Na..tah bile masa haku jadi makcik dorang. hoii korang..kalau nak panggil, sile panggil aku 'Cik Na' bukan Cheq Na. dannnn ada seekor mamat nih, berani2 saja memanggil saya Cheq Na..dan saya sangat tidak suka..geli!!! mendengar dia menyebut 'Cheq Na' itu membuatkan gegendang telinga merasa loya.

Laili. skolmate STA. dipanggil begini sebab bnyk sgt nama Lina kat ostel. akibat dipanggil dengan nama ini..saya telah diketawakan secara besar-besaran oleh ahlil kluarga..cittt!!! dorang cakap nama Laili ayu sangat utk saya..tsskk tsskk..ada ke patut???

Lin. UiTM. dapat nama ini gara-gara si Awe Donde yang berani-berani saja mempendekkan nama saya Lina >> Lin. dia cakap 'Lina' panjang sgt. kau memang pemalas Awe...mahu sebut 2 suku kata pon malas!!! dan kau telah menyebabkan orang lain turut menjadi malas dengan memanggil aku Lin sahaja. nih sume salah kau!!! sile rasa bersalah berkoyan2 dan seumur hidup. kahkah!!!

Lina. kawan-kawan YB. ada yang seorang itu memandai-mandai saja dengan confident menyebut nama saya ialah 'Nor Azlina'. apesal ko nih??? memang dasar sawan punya budak - Shahrul Afendi!

Baby. YB. malas nak menjelaskan dengan lebih lanjut. nanti anda akan muntah berkoyan-koyan.hahahahahaa.

3. Operator TM?
Cik Harlina. hahahahaa..ini pon termasuk dalam orang kesayangankah? mestiiiii...sebab saya call mereka 5 kali dalam 1 hari pon mereka tidak pernah marah. terima kaseh wahai abang2 technician :). tapi ada seorang itu telah memanggil saya 'Inchik'..aik??? bila pulak haku jadi jantan?


Anda seorang yang....

Kekuatan?
GABAN. hahaha!!!
Saya nih tahan lasak! dulu masa di U telah memasuki peetandingan Rempuh Halangan dan mendapat tempat ke-2. telah mendapat runner-up saja gara-gara kelembapan Komander Tuttt (nama dirahsiakan) campak beg tak lepas2. hoiii Komander, kalau tak kita menang tau! kahkah!!! berasa geram sehingga kini :p

Kelemahan?
Tiada daya tahan pada emosi marah. sangat cepat main.teng.teng melenting @ panas baran. ini yang paling ketara..yang lain malas nak letak. boleeee..???


Makanan and Minuman Favourite Anda.....

Foods?
Nasi ayam. soto. spaghetti meatball bolognise. kariiiiiiiii (ayoyo..sgt best). laksa Penang (semasa menaip ini, telah memproduce air liur dengan banyaknya. maka terjadilah aktiviti menelan liur..kecurrr seh dok teringat Laksa Penang kat Bukit Bendera..tssskkk. Cik Ienn, volee tlg post laksa tak??)

Drinks?
'Press' Orange. yogurt. limau suam. ais (sgt gian mengunyah ais! akan dan pasti dan mesti dimarahi oleh YB dan Pinot dan Awe apabila aktiviti ini berlangsung. ketika dimarahi...tiba-tiba saja menjadi pekak, jadi tidak mendengar. jadi, boleh buat lagi pada masa akan datang. hahaha)


Favourite Colour.....
Hitam. hitam. hitam dan hitam lagi. err...dan juga cokla., baby blue. turquoise. green. dulu pernah membuat kerja gila memakai hitam sepanjang minggu semasa part 1 di U. bila jemur di ampaian terasa macam "banyak gak baju aku kale hitam", baru tersedar. patutlah kawan2 akan marah jika mahu membeli baju baru kale hitam. hahaha.


Favourite Song.....
Aerosmith ~ I Don't Want To Miss A Thing. gilaaaaa lagu nih sangat evergreen. movie nya entah sudah berapa kali ditengok sampai khatam. (emak tidak boleh tahu ini..nanti beliau akan cakap "tgk tv khatam banyak kali, Quran tu kau khatam berapa kali?". adoii emak...sesungguhnya saya kalah apabila ayat itu diungkapkan. tebaboomm...kena sebijik peluru berpandu emak!)


Siapa yang membuatkan anda tergelak.....
Currently - Johan + Zizan + Peserta Raja Lawak.

All time - Para sohabats yang semuanya kepala 3 suku...hahahaha. errrr..dan juga a few bloggers (seperti meniru jwpn Cik Ienn..kahkah!!)


Siapakah yang membuatkan anda stress.....
Sepatutnya menanya begini "siapa yang selalu stress sebab anda???" lebih mudah untuk dijawab. muahahahahaa.


3 benda yang mesti ada dalam beg anda.....
1) Purse. ini sangat dan amat penting.
2) Vicks. langkah berjaga-jaga andai kata tiba2 berasa mual. pening. gatal hidung. selesema. semua voleee...
3) Pen. aiii..takkan la pen pon perlu diterangkan untuk apa??? hikssss..eh kenapa 3 benda sahaja? enpon, compact power, blotting paper, lip balm? sume tu mana mau letak..kahkah!!! (ini sudah mengelat...melebih2 dari 3 benda)


Kali terakhir anda beriya-iya menangis. Kenapa?
YB buat. emosi tak stabil. dengan dia memang selalu begini. senang sangat mahu berasa sayu dan pilu. menangis macam disebat bertubi-tubi, ditengking sekuat hati dan penderaan fizikal yang lain. padahal hanyalah mendengar dia memarahi sedikitttt saja. akan tertambah beriya-iya melalak jika mendengar dia memujuk. mendengar suara dia yang lembut dan mendayu2 itu lagi membuatkan hati berasa sangat pilu. okeeee..anda boleh muntah hijau sekarang. hahaha!!!


Perkara paling lucu dan memalukan dalam hidup anda.....

Lucu?
Banyak sgt la yang menggeletek ketiak hati. especially time gelakkan orang lain. sgt la lupa diri..huhu~

Memalukan?
Jatuh depan lane bowling. enuff...menaip ini juga sudah amat memalukan. sila jgn tanya lebih lanjut. akan ku sediakan senapang gajah kepada sesapa yang bertanya. tahap kemaluan memalukan adalah maksimum!!


Tag 6 rakan anda....
Sapa-sapa la yang rajin nak buat..sipersilakan dengan segala hormatnya :D

2 comments:

Anis said...

hi dear :) A brand new LV HAMPSTEAD MM in Damier for sale at only RM3999.Msia price is RM4950.pls feel free to visit us darling :)http://www.royale-glam.co.cc

tq dear :)

much lvoe, anis

ajuncr7 said...

aiyarkkk..lu lupa lg 1 nama timang-timangan...itu nama 'nenet', lu lupa letak kaa..??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...