6 Feb 2009

JB & YB

Serius saya takde idea nak letak tajuk apa. hari nih 060209/Jumaat nak gerak ke JB.. memang kalau ingat JB je, 'otometik' ingat YB kesayangan hamba (sila lah muntah hijau..haha). itu pasal lah tajuk entry sebegitu rupa.

Anda tengok berita semalam? pasal BN dah ambil alih semula kerajaan negeri Perak? entah pemimpin apa lah, melompat2 parti sana sini...tak lain tak bukan macam katak. --> harap2 tulis begini tidak akan disumbat ke Kem Kemunting =S

Owh, berbalik kepada cerita asal. sebenarnya, ada beberapa benda nak dibuat di JB:

1) Jumpa Kak Ami hantar Herbalife products yang dia order. kan saya tengah buat offer nih sampai 14hb...ada % untuk setiap set pembelian! free delivery & shaker cup (*TNC apply) rugi sapa lepaskan peluang (aik? market nampak? kahkah!!).

2) Menuntut ilmu tentang sesuatu. tentang apa? nanti lah, kalau sudah jadi, akan diberitahu. malu nak cakap sekarang =)

3) Today sampai Monday ada MJ warehouse sale di PERSADA. haruslah pergi. kau ingat senang nak jumpa warehouse sale di Johor? (ingin ke warehouse sale konon, hoi kau sila sedar siri sikit...diri kau tu sudah lah unemployed..tiada gaji = tiada duit. tahu?). ok cuci mata saja. pesanan penaja untuk YB: "Yang, jom g warehouse sale. kita tengok2 je..." (maksud tersirat ialah 'Sayang, nanti kalau saya berkenan apa2...awak tolong bayarkan yerr'). hahahahaaa...memang kena luku la kepala aku sama YB! errrkkk...

Walaubagaimanapun (walaubagaimanapun? terakhir menggunakan perkataan ini semasa menjawab peperiksaan STPM tahun 2004..kahkah!!), kepada anda yang berminat untuk menghabiskan duit pergi...maklumat lanjut seperti di bawah:


When: 6 Feb - 9 February 2009
Time: 11am - 8pm

Brands & Products Offered:
Cosmetics & Fragrances:
Givenchy
Hugo Boss
Miss Sixty
Nautica
Versace
Loreal

Ladies & Men:
Goggles
Wacoal
Body Glove
Bonia Apparel
Renoma Apparel
Hush Puppies Apparel

Children:
Renoma Junior
World of Cartoons
Poney
Hello Kitty Homewear
Barbie & Power Rangers Toys
Thomas & Friends

(ada lagi untuk 'home'...tapi saya malas mahu copypaste)

Where:
Exhibition Hall 101 & 102
Persada Johor International Convention Centre

Source: http://trailsshoppers.blogspot.com/

Nanti saya buat review tentang sale itu ya kawan2, kakak2, abang2, acik2 dan yang lain2...siapa2 mahu kirim make up kah, perfume kah, apa2 lah...sila emel saya, sila jangan malu2. tiada mark up akan dikenakan. anda hanya perlu menyediakan tambang yuran pos sahaja =)

P/S: Kak Fatin, nanti saya text akak ya pasal make up apa yang ada kat situ. tungguuuuuu ;p

P/S/S: tak dapat shopping untuk diri sendiri, tolong shopping untuk orang lain pon seronok juga =)

4 comments:

cik_ienn said...

owh indah nya dunia dapat p warehouse sale. kat penang taktau la ada ke tak. sobsobsob.

Aida Narina said...

Hi there =)
I'm just blog hopping and found your blog from some of your friends.
Nice knowing u.

p/s: if u have the time, u are most welcome to my Sales Blog. We have tie racks scarves all the way from UK. Thanks!

H A N A said...

awak niii...

sye taw la laki awk yb...

bank bergerak awk 2..

jeles taw...

=))

CikChelsea said...

to cik ienn,
anta la surat rasmi kt MJ...soh depa bukak kat sana plak..kekeke..tp yg kat JB nih siyes xbeshhhh..langsung..huhuhuh

to ida,
hi there..thnx for dropping by...nice collection u have there...sgt menggiurkan..hahahaa ;p

to hana,
xde mkne la dia nk jd bank bgerak...kedekot ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...