1 Feb 2009

'Mat Saleh' belajar BM

Saya ada seorang kakak yang pernah bermastautin di Britain selama 16 tahun. tapi last year dia dah balik for good =). study sana then terus keje kat sana. (semacam tak sedo diri mempunyai ikat janji sama JPA, sekarang barulah nak balik...menjawab lah kau dengan orang JPA!)

Beliau dikurniakan 3 orang anak. 3-3 lelaki. kami suruh dia beranak lagi, manalah tahu dapat anak perempuan kan (sebab kakak saya yang seorang ini sangatlah baik hati. beliau suka sangat menghadiahkan gaun @ dress cantik2 kepada nieces apabila pulang ke tanah air). beliau jawab, "Kalau dapat anak perempuan takpe...kalau lelaki lagi, camne?" lalu kami pun sepakat menjawab, "Cubalah lagi, mana tahu yang no.5 perempuan pulak."

Hahahahahaaa...kejam tak kami? lalu, di sebabkan ayat kami yang berunsur-unsur kejam itu, beliau pun malas lah nak beranak lagi. plus, malas nak menjaga budak lagi sebab anak-anak dah besar...senang nak jaga.

(Apa daa...dah sampai perenggan ke-3 pon belum masuk kepada isi. intro melebih2 boleh tolak markah, tahu?)

Anak-anak beliau tidak fasih berbahasa Melayu. tapi, kalau orang cakap Melayu boleh lah dorang paham. cuma nak cakap je gagap. jangan kata cakap, nak membaca in Malay lagi lah hazab. merangkak level 1. macam orang tak fasih baca jawi. sini sapa tak fasih baca jawi? jangan angkat tangan, diam2 je. nanti kau yang malu. kahkah!!! ok dah tersasar dari landasan.

So, bila balik sini pergi sekolah kena belajar Bahasa Melayu, kan? so, cuti sekolah tempoh hari, kakak saya telah membelikan sebemban buku latihan BM untuk anak-anak beliau dengan tujuan memantapkan bahasa ibunda mereka.

Lalu, pada suatu hari...saya terdengar kakak dan suaminya ketawa seperti orang hilang akal. ehhh..apa pasal pulak la dorang nih? lalu saya dengan busybody nya terus lah menyebok mahu tahu cerita. lalu, kakak pun menunjukkan buku latihan milik anak ke-2 beliau;

Topik: KATA KERJA BERIMBUHAN

Arahan:
Pilih perkataan yang telah disediakan dan isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Cikgu Ali __________ Cikgu Fatimah.

Jawapan yang sepatutnya = memanggil

Anda tahu perkataan apa anak saudara saya letak di dalam tempat kosong itu?

MENUNGGANG

Ayat itu menjadi "CIKGU ALI MENUNGGANG CIKGU FATIMAH."


Tak ke agak lucah ayat tersebut?
Adeh la...belasah aje lah labu! dah tentu2 la insan innocent yg tulis tu tak paham apa yang dia tulis =S

6 comments:

nooooors said...

nak tglek ak bc!!!c shauki punye kje ke????

CikChelsea said...

errr...bkn. abg dia =)

cik_ienn said...

alahai, mmg nak tergelak baca. so the lu**h tapi still lawak!

CikChelsea said...

cik-ienn,
hahahaa..tu la gamaknye budak baru nk blaja BM...main taram je dia menulis. bkn dia paham apa dia tulis ;p

mimie said...

apala cikgu ali yg menunggang patutnya cikgu fatimahla coz cikgu fatimah pompuan. kalau cikgu ali duduk kat cikgu fatimah manala c.fatimah larat....haiiiii

Anonymous said...

anak saudara saya pn cmtu gk..
baru balik dari london tu, ckp bi je boleh.. skrng da ok la skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...