25 Feb 2009

Saya seorang Power Rangers

Rindunya pada blog sendiri. cipta rekod nih sudah 10 hari tidak men'update' blog sendiri..kahkah! readers sudah larikah? aik? ada readers kah? perasan la muka haku =S

Rutin harian saya sudah berubah. hari2 memasuki dapur...untuk makan ;p muahaahaha (ini sudah pasti). selain daripada itu, baking juga adalah pekerjaan baru saya sekarang, sehinggakan seorang teman saya telah menggelarkan saya 'cik cupcake'...dan dengan confident meletakkan status di YM beliau sebegini rupa "cik cupcake, banner dah siap". yaaaa...yaaaa...terima kaseh banyak2, daun keladi, daun keledek...daun pisang wahai encik aCa kerana telah membuatkan banner merangkap logo untuk blog cupcakes saya =) saya suka, saya bagi 10 bintang! bling..bling~

Inilah logo rasmi blog cupcakes saya...merangkap logo yang akan diprint pada sticker paper yang akan ditampal pada setiap box cupcakes yang dijual...ngeh3

Tahukah anda, pekerjaan mem'baking' melatih diri kita menjadi lebih sabar? tak percaya? sila baking sekarang. ya anda yang sedang membaca! sila angkat laptop atau pc anda ke dapur sekarang dan mula membaking! kahkah!!! ;p

Antara alasan membaking melatih anda menjadi orang yang lebih penyabar:
  1. Jika hasil baking-an anda accident hangit, anda terpaksa mem'baking' sekali lagi. sabar..sabaaaarrr
  2. Apabila memasukkan 3 biji telur ke dalam adunan, tidak boleh masuk sekaligus. musti masukkan 1 per 1. masuk-pukul-masuk-pukul, fahamkah? ini juga menuntut kesabaran...sabaaarrrrr.
  3. Apabila loyang ke-2 sudah bersedia untuk dimasukkan ke dalam oven, tetapi loyang di dalam oven belum masak sepenuhnya, sila ikut giliran. beritahu loyang tersebut 'sila beratur, janganlah memotong barisan'...perlu sabaaarrrr.
  4. Yang paling penting, kesabaran dalam melayan + menurut kehendak pelanggan. customer service...ini paling penting + kunci kejayaan sebuah perniagaan. tak percaya, sila tanya hospitality student =)
Esok saya busy lagi, ada 2 tempahan cupcakes untuk hantaran yang perlu disiapkan. saya sangat nervous sebab kalau tak cantik nanti pengantin + bakal pengantin yang malu. kesian pengantin =S. walaupun nervous, saya berasa yakin + excited! seronoknya tengok orang nak kawen, bilalah diri sendiri mahu kawen? wuuuuu~ (ini bagi hint kepada YB ke apa?) kahkah!!! ampun bang, eh salah pulak..ampun yang ;p

Saya kuat seperti Power Rangers sekarang (di rumah ini sudah ada 2 Power Rangers; 1. Power Rangers merah = Syauqii, 2. sayalah ;p). saya mem'baking' dari siang sampai ke malam hanya penat sedikit saja. kahkah!! nampak sangat tipu! kalau dapat tidur rasa macam tak nak bangun. psstttt, sayang...U jangan jeles I kerja sendiri. takda boss nak marah kalau I masuk dapur lambat ke apa. (sile jeles sekarang...muahahahaha)

Owh lagi 1 kenapa saya rasa seperti Power Rangers sekarang. saya sudah reti membuat Blueberry Cheese Tart. 1 lagi produk untuk jualan. bangga betol dengan pencapaian diri sendiri...motippp??? hahaha...haruslah mak vangga nox, mak tak pernah pergi kelas baking ke amik kursus intensive ke seminar IKS ke. mak collect resepi dari internet je. tadi 1st time mak try...Alhamdulillah jadi. (kembangnya lobang idong...kahkah!!!)

Okey, lepas nih saya mahu men'try' buat Blueberry Cake pulak. sila doakan kejayaan saya kawan-kawan :D

Sekian, terima kaseh.


(Banyaknya hutang tertunggak pada blog kawan-kawan. sungguh tak sempat nak baca =S. akan dilangsaikan sedikit demi sedikit. sila jangan update blog anda mulai sekarang...kahkah!!!)

2 comments:

nad nazira said...

haha..power rangers yg terer baking..so cool ~

CikChelsea said...

nad,
ngeh3...
(tetibe pakai speck itam tanda macho)

=P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...