5 Mar 2009

Begini saja yang aku mampu...

Aku tiada kerja. maka sama dengan tiada wang. runsing! susah hati. iya...terus terang aku cakap, aku susah hati kalau tiada wang. hei, betol lah. kau bayangkan lah, jika tiada wang...macam mana mahu beli pad tiap-tiap bulan? takkan nak mintak wang emak? malu. aku malu ok.

Ada orang cakap, wang tak boleh beri kebahagian. cihhhh...itu cogan kata orang sedang angau. tolong lah jadi realistik (bukan materialistik, ok?), kalau tiada wang..macam mana mahu hidup? siapa setuju, sila anggukkan kepala di depan PC =p

Aku bukan nak cerita pasal wang ke cinta...

Hari ini, banyak blog cupcakes yang aku terjah. kau tahu aku buat apa? aku bandingkan harga yang aku quote dengan mereka punya. haha ;p (aku dah mengantuk sebenarnya, tapi entah lah semacam ada kuasa magnet apabila melihat cupcakes yang lawa-lawa + comel-comel di depan skrin laptop).

Owh, cerita pasal harga. ada lah beberapa kedai cupcakes online yang aku terjah membuatkan aku menggenyeh mata sebanyak 2x. kenapa? sebab mahal. haha! ehhhh, serius nih! ada yang beza harga sebanyak RM15 dengan harga jualan aku (untuk set tertentu). aku semacam tak percaya. mungkin itu harga di bandar. kos bahan mentahnya mahal. tapi, aku pon membeli bahan di ** juga (owh, blog yang aku terjah semuanya cupcakes di **). jadi, raw materials tidaklah boleh dijadikan alasan. hmmm, aku pikir lagi..kenapa mahal ya? aku give up, jawapan yang aku dapat hanyalah 'nak dapat untung besar'. kau silalah pergi wahai hati busuk! syuhhh..syuhhhh...

(Kalau kau belajar marketing, mesti kau tahu itulah main objective of every business which is to maximize profit and minimize costs). haha...aku rindu study! --> sila abaikan ;p

Terus terang, ada terdetik di hati aku nak menaikkan price yang aku list kan sekarang. tapi 2 saat selepas itu aku teringat pesanan emak. "Jangan letak harga mahal-mahal. kesian orang yang nak beli nanti. lagipun, berniaga jangan pikir nak untung je...niat sedekah sekali. dapat pahala lebih." itulah pesanan emak masa aku dapat first order bulan lepas. diam tak diam, lagi seminggu genaplah sebulan business aku beroperasi.

Aku jadikan kata-kata emak sebagai landasan utama aku berniaga. aku berniaga bukan untuk cepat kaya. (aku bukan nak berlagak bagus, entah lah, aku malas nak jelaskan.)
Niat pertama: cari duit. kan aku belum mendapat pekerjaan tetap. jadi tak payah lah aku mintak emak duit time sengkek. kahkah!!
Niat ke-2: minat. aku memang minat baking. suruh lah aku masak...bisa saja dong! tapi jangan sesekali suruh aku menjahit. harammm aku tak reti...kahkah!
Niat ke-3: sedekah. mudah-mudahan emak aku akan terus dapat pahala sepanjang aku berniaga nih. kata-kata dorongan + nasihat daripada beliau memang jadi pegangan. terima kasih, emak!

Makanya, mulai March...setiap order yang aku dapat, RM1 akan aku salurkan ke akaun "Palestine Relief Fund" bagi membantu kehidupan mereka di sana. aku memberi setakat yang termampu. harap-harap sumbangan aku nanti akan membantu =)

3 comments:

cik ienn said...

sangat setuju dengan mak kamu. :)
pepun, cuppies kamu nmpk sunggh comel. kalau la saya di johor, mesti sata nak order jugak!

CikChelsea said...

hehe..tq cik ienn..ala meh la dtg cni..nt sy blanje cik ienn mkn cupcakes special =) treat utk org jauh...ahak ahak ;)

c'sya said...

alhamdulillah, bagus kwn ku ini...
Kite plak? ble lh nk jd mcm die ni...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...