19 Mar 2009

Dah lama tak buat entry makan

Saya pernah baca beberapa bulan lepas tentang 'tips-tips nak menambahkan blog's traffic'. lupa pulak baca kat mana dan siapa penulisnya. penulis tu kata, buatlah entry pasal tempat makan yang best ataupun apa-apa ajelah janji ada kaitan dengan makan!

Entah ye ntah tidak?

Jadi, setelah beberapa bulan (cihhhhh) mengetahui tips itu...mari bereksperimen ;p

Masa pergi interview bulan lepas, saya telah mengepow seorang kawan saya yang-sudah-merasa-duit-gaji-tapi-sekarang-dah-berenti-kerja (sekarang macam hobi pulak suka describe orang panjang-panjang macamlah orang lain sibuk nak tahu...hahaha!)

Nama beliau Shida. saya acah-acah saja apabila membuat muka tak tau malu ketika menanya "Dot, belanja aku makan eh?". selepas berfikir 2-3 saat, beliau pon menjawab "Yelah..." semacam rela dalam paksa...muahahahaha. padan muka free-free kena pow ^_^

Lalu kami pon mencekik mengisi perut di MK Restoran. MK adalah short cut kepada Makanan Kampung. restoran nih dah jadi chain sebab restoran asalnya dulu kat Summit Parade, BP. kecik je kedai tu, kalau time lunch harapanlah kau nak makan kat situ punyalah penuh ramai orang sesak nak mampus. restoran yang kami makan nih cawangan dia kat BP Mall. owner dia Chinese, tapi chefs dia semua Malay. waitress ramai Indo --> sungguh majmuk bukan?

Kami makan western food hari itu. orang yang kena belanja sibuk je ikot menu aku ;p yang aku pon 1 mentang-mentanglah orang belanja, terus amik western..pehhhhh! kawan sapo lah nih? =S

Ini air Shida yang punya - Iced Lemon Tea

Ini kami punya hidangan makan tengahari - Grilled Chicken Chop (yang kat atas jagung tu bukan mushroom tapi bun manis. sedap jugak. potato wedges + coeslow dia sangat ngam-ho! ayam so-so. out of 5, saya kasi 3.5 cukuplah ;p harga 1 hidangan ialah RM14.00)

Ini cik tukang belanja. tersenyum manis apabila di pow...kahkahkah!!!


Dot, TERIMA KASEH daun pisang, belanja lagi bila senang ^_^

1 comment:

c'sya said...

amboi, gmbor si dot ni xnk lg besaw lh kn... hehehe
next time owg2 yg dh ade pndapatan ni blanja kite plak eh...ngeh3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...