5 Mar 2009

Dendam kesumat tahap separa

Hahahahahahahahaa...
(Intro kasi gempak dengan gelak syaiton!)

Haih...macam la pernah dengar syaiton gelak...errkkk???
Astargfirullah hal'azim...

Sebenarnya saya 'agak' happy hari ini. sampai tidur pagi semalam tidak off kan laptop. tahu kenapa? sebab saya sedang menanti serangan daripada haram jadah makhluk penusnah di kampung travian saya. sudah 2 minggu dia meng'farm' kampung saya, tahu? gerammmmya rasa...askar semua mati dan tiada dapat berbuat apa-apa.

Lantas, saya menyusun 1 modus operandi untuk membalas dendam. dendam kesumat! hahahahaaa...agak berhasil penantian saya selama 2 minggu. (lama tu weeeiii 2 minggu. aku baking kat dapur pon siap bawak laptop tau. kejap-kejap check, kejap-kejap check...tengok ada serangan datang ke tidak ;p. nasib baik lah cupcakes takde yang hangit...)

Modus operandi pagi tadi hanya melangsaikan separuh daripada dendam saya terhadap si penyerang. separuh lagi akan tercapai sekiranya dapat men'tarbil' kampung si penyerang itu. which is impossible dalam masa terdekat nih. haihhhhh...

Ok, sekarang mari tengok carta di bawah =P

Paham? tak paham? takpe...saya dengan baik hati, murah jantung, terbuka paru-paru akan menerangkan serba sedikit perihal gambar di atas...heheh :p

Tanda Merah:
Jumlah askar yang dihantar oleh penyerang = 600 Guruh Theutates. askar jenis nih laju gila...sebab mereka adalah tentera berkuda. agak kuat dan dapat angkut banyak sumber.
Bulatan merah yang panjang itu adalah hasil rompakan si penyerang = 0. kahkahkah!!! yang part nih paling seronok anda tahu! sudahlah askar mati, tiada dapat membawa balik sesen satu pun sumber daripada kampung saya. hoooyehhhh!

Tanda Hitam:
Ada 3 bulatan di situ. kesemua askar itu adalah askar pinjam ;p sebab kampung saya tidak dapat mem'produce' askar...tak sempatlah weehhhh. macam mana la nak buat askar, kalau 1 hari 5-6 kali serangan mangkuk hayon tu hantar!
Bulatan 1 = 1000 Askar Pertahanan yang dipinjam dari kampung Kawan saya. makcik, terima kaseh ya kerana meminjamkan askar yang sebegitu ramai! I owe you my pren...ngeh3 ;p
Bulatan 2 & 3 = 300 Falanks + 270 Penunggang Druid. ini 'diseludup' dari kampung primary saya. hohoho~ (mati lah kalau kena tangkap dengan multi hunter ;p)

Hari ini si penyerang (aku menyampah betol dengan kau tahu tak! kau sangat annoying sebab nak farm kampung aku!) 'hanya' menghantar 1 serangan. yang di atas itulah...yang mengakibatkan banyak askarnya mati. sekarang rasain kamu...gi mana rasanya bila askar guwe lu bunuh! ngerti kamu??? (lohhhh...kok tiba-tiba aja bahasa ku bertukar. ngapain sihhh?)

=S

Tapi...naluri berasa tidak kesedapan lah. semacam ada serangan yang lagi besar bakal datang. haduiiiiii...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...