17 Mar 2009

Kerja La La La

La la la kerjalah! itu kata Meet Uncle Husin (camner spelling? Husin or Hussin?)

Mula-mula sekali, nak ucapkan TERIMA KASIH untuk Rudy + Yantie for your advices and opinions berkenaan entry INI. walaupun aku tak ikut apa yang korang nasehatkan (muahahahhh), tapi ketahuilah bahawa aku sangat menghargainya :)

Aku masih kat sini kampung yang aman damai, jauh dari hiruk pikuk kota, pagi-pagi dan tatkala senja mula melabuhkan tirai akan terdengarlah kicauan burung yang bersiul riang (aku sendiri tak sangka boleh tulis ayat macam nih, kagum dengan diri sendiri...hahaha!)

Aku masih di sini update blog...baking dan ya, aku lepaskan pekerjaan di KL sana. kalau aku ambik, aku dah bertittle Financial Advisor sekarang ;p

Mungkin akan ada yang kata aku bodoh sebab lepaskan peluang yang dah tersedia depan mata. tapi tak apa, aku tak menyesal. kadang-kadang ada terdetik juga menyesal lepaskan gaji lumayan. tapi aku ingatkan diri, itu bukan minat aku. dunia korporat? aku akan tembusi dengan cara aku yang tersendiri, satu hari nanti (pehhh...dari mana aku belajar buat ayat novel nih? siap berima-rimaan..kahkah!). Aku ada plan masa depan sendiri. usaha! usaha! usaha dan usaha lagi!

Di samping meladeni pelanggan, aku masih terus-menerus belajar melalui dunia maya. memang tak samalah bukan belajar teori dan aplikasi. tapi, tak apalah...nanti kalau ada peluang, aku akan belajar secara nyata melalui mereka yang pakar.

Minggu lepas, hari Khamis aku pergi 1 lagi interview. kat BP. gila santai punya interview! takda tanya soalan susah-susah @ standard macam masa interview untuk Bank XXXX. tapi aku menyampah betol dengan interviewer tu! takda code of conduct betol! takda etika la maksud aku. dia boleh kunyah chewing gum masa interview orang. apahal lah kau nih encik interviewer? suruh orang datang interview pakai formal, tapi kau dengan seluar jeans + kunyah chewing gum??? aku ada appointment, aku bukan datang as a walk in candidate! kalau akulah interviewer, kau datang dengan jeans + kunyah chewing gum...setapak kau masuk...aku suruh kau keluar balik! hahaha

Ok, enough cerita minggu lepas. semalam wakil syarikat telekomunikasi XXXXX call, dia cakap aku terpilih untuk position tu. awal bulan 4 nanti start kerja. tapi hari nih orang yang sama call lagi, cakap kena masuk kerja awal - 26hb nih. aku sentap! cepat betul...macam tak percaya. lagi 10 hari aku dah nak kena kerja. 2x sentap sebab aku apply kerja nih sama-sama dengan 2 orang lagi kawan aku (yang kadang-kadang terencat otak merangkap best buddies aku -panjangnya aku describe korang...hahahahahahhaa). tapi, dorang tak dapat lagi call. wehhh, takda seri la kerja korang takda T_T

Semalam juga dah slow talk dengan emak (masa on the way back from UiTM Segamat. hantar cupcakes budak Business School order. pagi-pagi tak berapa buta jam 7.15am bertolak. ngantok banget sih!). aku cakap kat emak, "Mak malu tak kalau orang tahu saya kerja salesgirl?". emak pun jawab, "Nak malu apa, kerja tu halal." aku cucuk lagi, "Habis tu, kalau orang cakap anak Jah Mon kan ada ijazah, tapi kenapa kerja salesgirl aje?". emak aku pon rilek je jawab "Nanti mak cakaplah kau nak cari pengalaman..."

Emak aku memang best! hahaha

11 comments:

Liyana said...

Ini kisah benar. I pernah kerja kiosk jual jewelleries & handbags. Tindik telinga orang pun pernah. Jadi sales assistant kat MPH pun pernah.Best pengalaman tu :)

:: vErde+hAzizi :: said...

caya la untie...mmg kewl la ur mum!

CikChelsea said...

to sis liyana,
experiences r best lessons kan sis? hehe

to sis verde,
owh bonda sy mmg cool...sgt kagum tp xboleh nk menuruni sifat itu...haha ;p

isz_3707 said...

Sales Advisor? baik ko bake cuppies tu.

Aku ni ha keje ternak badan je kat umah tau

CikChelsea said...

to kak isz,
akak...financial advisor tu yg bank tu lah...yg sykt telekomunikasi tu br salesgirl...haha ;p

tp, tulah...mcm xnak amik je sbb dpt offer lain...kekeke

yantie said...

best la mak ko..mak aku kan mase aku lepas abis study ari2 dok tanya bila ko nak keje..bosan tau..
pastu aku keje kat giant je..jadi goods receiver..keje penat..balik x tentu mase..tapi bessstt..pengalaman..=)
lepas tu baru la skrg ni jadik pemakan kicap sepenuh mase..haha..

CikChelsea said...

to yantie,
mak aku mmg tiada paksaan. (agaknya dia pon xmo aku kje jauh2 kot..psl dia bosan nt kt rmh xde sape..adik beradik aku yg lain mn de kat rmh kecuali akak aku yg tgh tgu posting tu)

hr tu yg kje bank tu, mmg dia ckp "kalau tak minat takyah g.nt dh kje xkn nk berenti plak" bole??? gile memahami la mak aku kn ;p

FENDY NOAH said...

yg aku suka tentang post nie sbb ade name aku, 2nd sbb ko dah dapt koje, 3rd sbb mak ko sempoi....4th sbb aku syg ko..hak3....

Liyana said...

just my opinion. grab aje experience yang mana. masa ni lah nak jumpa 1001 perangai manusia, nak develope PR, gain confidence etc. pengalaman tak datang sendiri kalau tak dicari.

CikChelsea said...

to fendy noah,
aku pon syg kau jugak..hahah ;p

p/s: nanti aku konvo..sile datang bwk bunga paling terbesar dan terlawa utk aku..pls pls...hahahahhahahaa


to sis liyana,
sy mmg kalau boleh tak nak memilih kerja..tp skrg nih mmg tgh dlm proses nk expend yg little biz, tu yg kne korbankan + buat pilihan. nway, thnx for ur advise =)

c'sya said...

wahhh, sy sgt sukelh jwpan auntie jah mon... kim slm yerrr...;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...