4 Mar 2009

Minggu lepas yang meng'gila'

Hepp..heppp...sila jangan gunakan perkataan 'gila'...nanti orang kata kamu kurang ajar!

Hepp...heppp!!!
Jangan perli-perli orang ;p

Minggu lepas saya...sangat menggilakan (gila bukan perkataan kurang ajar jika membawa maksud bergurau, ok?). penat gila. letih gila. mengantok gila. nervous gila. semuanya gila.

Membaking dalam keadaan yang sangat busy semenjak hari Khamis lepas sehinggalah hari Ahad petang. iya, kerja saya sekarang membaking saja. mari..mari..siapa mahu buat saya sebagai calon menantu? ;p tapi membaking seronok I tell you! 4 hari tiada rehat...weekend paling memenatkan. menyiapkan order daripada kawan-kawan kakak =S

Habis saja membaking petang Ahad, terus tidur. iya, macam pengsan pon ada. nikmatnya dapat tidur! seronok! best! macam orang dah 8 hari tak dapat tidur..haha.

Hari Isnin pulak ke KL. ada interview. nervous gila! haihhhh...harap2 la menemuramah menyukai (suka untuk dijadikan pekerja, tahu?) saya. adalah harapan mendapat kerja itu. pagi-pagi sudah bertolak ke KL. dalam perjalanan balik, banyak kali sesat pula. Awe, aku cadangkan lain kali kita tak payah guna side navigator lah...semacam lagi menyusahkan...kan??? (menyalahkan side nav pulak, sebenarnya sendiri yang dungu...kahkah!!)

Sudah lah mengalami sesat-sesat, kereta pula tiba-tiba meragam. air cond rosak. berhenti di sisi jalan untuk meng'check' kereta. tidak lama kemudian, pakcik polis bantuan pon sampai dan menolong apa yang patut (tapi tak tolong sangat la, sbb dia pon macam tak reti sangat je..haha). apa-apa pun, terima kasih kepada Encik Polis yang bernama Wan kerana membantu kami (memang tugas anda la bukan, Encik Wan?hehe)

Ok, sekarang sila bayangkan perjalanan kami dari KL ke Johor tanpa air cond. yaaaaa...berpeluh segala liang roma (sopan sikit kan bunyinya...daripada menulis berpeluh ketiak :p)


Sekarang dah tak tahu nak letak gambar apa, sebab dah malas nak snap gambar melainkan gambar cupcakes yang dibuat sendiri. jadi, anda tengok sajalah gambar cupcakes buatan saya di blog ini. kahkah!!! ok, sila jangan marah :p

3 comments:

MarlissaMusa said...

wah..penatnya membaking eh??ada tanjak ni jadi enteprenuer

Liyana said...

Kagum la. Mana belajar ni? :)

CikChelsea said...

to marlissa,
penat cik marrr..sungguh.
tp syiok...bile dh siap..tp part paling menyampah...time kemas..hahaha ;p

to liyana,
akak, sy g kls deco cupcakes 1x je...lain, sy bnyk tengok...blaja sndr =) mmg tawakal je bnyk2..keke ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...