19 Mar 2009

Si Gebu dan Si Bantut

Aku tak faham betullah...kenapa bila cakap pasal baking ke cooking ke atau pergi pasar bawak banyak ikan + ayam + sayur je orang panggil 'very the aunty-aunty type'.

Disriminasi bukan?

Lagipun, aku fikir tak ada sebab nak panggil perempuan yang suka baking ke cooking ke atau yang pergi pasar bawak banyak ikan + ayam + sayur dipanggil aunty-aunty. aik? marah nampak? aku bukan marahlah, tapi entah macam terkilan kenapa orang discribe perempuan yang buat kerja-kerja macam itu digelar 'very the aunty-aunty type'. bukan kaum Adam yang bagi gelaran macam tu, tapi ada segelintir kaum sama jenis dengan aku yang kata.

Bila di describe sebagai 'very the aunty-aunty type', aku rasa macam berdosa pulak kami (aku tergolonglah pasal aku kan kerja baking je sekarang nih!) digelar macam tu. kau cuba pikir, emak kau pergi pasar beli barang untuk bagi suami dan anak-anak serta keluarga makan dilabel sebagai 'very the aunty-aunty type'. tak rasa macam description tu kejam ke? taraf aunty itu memanglah. sebab kawan anak-anak sendiri tak kan lah nak panggil emak anda 'kakak' bukan?

Persoalannya...mengapakah perlu ada label 'very the aunty-aunty type'??? bengang betol aku! sorry aku emo~

Macam customers yang call aku, kebanyakkannya panggil aku 'akak'. takpe, aku tak marah. memang mind set orang kita asal baking je bayangkan 'akak-akak' yang dah agak tua. lagipun, dorang tak tau umur aku berapa. tak kan aku nak letak kat blog header 'tokey kedai baru berusia belum 24 tahun'. terasa macam ganjil dan mencacatkan blog header lah bukan? sungguh tak menarik hati pelanggan T_T

Panggillah aku 'akak'...aku tak kisah. ada juga rasa macam orang hormat kita bila panggil kita 'akak'. betol tak? sebab kita nak mintak tolong orang buatkan kita cupcake atau apa-apa ajelah, takkan lah terus nak terjah "woi, aku nak order cupcakes." --> kalau ada yang cakap macam nih memang aku usrahkan 2 jam!


Ehhhh...apesal cerita aku takde kaitan langsung dengan tajuk entry? emo punya pasal sampai lupa nak cerita apa...hahaha. sebenarnya nak tunjuk ini...

Eksperimen beberapa hari yang lalu:
Si Gebu

Si Bantut (bukan bantat, tahu?)

Try testing percubaan 1, 2...3 buat vanilla flavor resepi baru. resepi baru adalah Si Bantut. resepi yang diguna pakai sekian lama adalah Si Gebu. tapi, Si Bantut adalah sangat moist + rich in flavor. cuma, kurang sesuailah untuk cupcakes sebab mendap sangat. tapi kakak aku cakap, Si Bantut lagi sedap...tssskkk T__T

Macam manusia jugalah bukan? setiap yang ada kekurangan mesti ada kelebihannya. contohnya kawan aku si Pinot, walaupun bantut, hati sangat baik (haha...tak pasal-pasal dijadikan contoh tauladan dan secara terang-terangan mengata beliau pendek kurang tinggi ;p)

Owh berbalik kepada isu panggil 'akak' tadi, aku memang tak kisah! TAPI...amaran keras:-
Jangan ada yang berani call aku, lepas tu panggil aku 'acik' (makcik). tu memang nak kena!

3 comments:

ajuncr7 said...

errrr...makcik, bibik, mek, nyah, nok - panggilan2 kite pade ko...(*_*)
larikkkkk...huk3

CikChelsea said...

kau mmg nk kena...
kau blk nt siap laaa...aufff..aufff

hahahahahaa

c'sya said...

amboi...same kn kite ngan si bantot yerrr... xpe2, nsib bk puji kite baik...hahaha, i like...;D
(ngaku gak umur dh 24thn, kite lum lg...)huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...