25 Apr 2009

Aku bukan 'bohsia'!

...dan aku tak akan menonton filem Bohsia! Nak cakap apa lagi, tak ada sebab aku nak pergi tengok. Err..mungkin kalau elaborate lebih, banyak sebab kenapa aku malas + tak ada niat langsung nak menonton filem itu. Mual! That's the exact word.

Aku rasa yang menonton filem itu nanti golongan bohsia itu sendiri...ataupun mat rempit. Cerita mereka masuk panggung lagi, mahunya tidak cik-cik bohsia dan abang-abang rempit tak bangga? Ehhhh...tapi yang nak pergi tengok silakanlah, duit korang..korang punya pasallah macam mana nak spend kan? Aku tak tuduh @ kata yang pergi tengok tu akan jadi bohsia. Kalau ada yang terasa macam tu, sila revise balik apa yang aku taip dalam awal perenggan ni. Revise dan pahamkan. Kang ada pulak yang sentap tak pasal-pasal!

Seriously, sampai bila penonton filem negara kita nak di'gula-gula'kan dengan cerita macam tu? Dulu dah ada anak haram, remp-it, etc...latar dan plot cerita yang sama. KISAH ANAK MELAYU YANG HANYUT. Muak beb balik-balik cerita yang sama, aku rasa kalau tak pergi tengok pon boleh guess macam mana story line dia!

Al-kisah kononnya dengan paparan cerita macam tu, akan ramailah yang insaf. Harapan!!! Cuba selidik balik statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan mat rempit, kesalahan lalu lintas yang melibatkan mat rempit, masalah sosial yang melibatkan bohsia...berkurang atau tak berubah langsung dengan adanya cerita berciri moral sebegini? Ataupun...patut aku tulis MAKIN BERTAMBAH?

Aku jijik tengok montaj filem bohsia yang acap kali keluar kat tv. Dengan baju tak senonoh para pelakon wanitanya...jijik! Lantaklah kalau ada orang nak kata aku ortodoks ataupun konservatif. Ada aku peduli? Serious aku tak nak buang duit tengok filem bodoh macam filem bohsia ni! Lagipun aku memang bukan peminat filem-filem Tok Usop, apatah lagi anak teruna dia! Dia pengarah..dia jugak hero ke? Hero sangatlah in real life tumbuk perempuan..haha (oppsss, terbabas sudah).

Tapi aku 'kagum' tahap yang tak boleh diperkatakan lagi sebab Tok Usop satu-satunya director yang boleh buat pelakon-pelakon dia berdialog macam orang tak normal. Paham maksud aku? Pernah tengok cerita Sembelit Sembilu? Maksud aku Sembilu drama kat tv tulah...seriously, ada ke manusia zaman sekarang bercakap macam tu? Aku tak tau nak describe macam mana, kalau tak paham korang search jelah mana-mana drama @ filem Tok Usop kat utube. Korang dengar betul-betul macam mana pelakon dia baca skrip. Tak natural langsung. Aku rasa lagi sedap dengar dialog skrip zaman P Ramlee.

Dalam banyak-banyak filem @ drama Tok Usop, ada ke yang pernah menang award? Pelakon menang award tu lain ceritalah...yang aku maksudkan 'story line' dia. Aku tak tahu, sebab tak penah langsung aku follow cerita hasil 'buatan' anak-beranak nih. Ada siapa-siapa yang tahu?

Owh, disebabkan nak menulis pasal filem Bohsia ni, aku ada gugel makna 'bohsia'. Ini yang aku dapat daripada wikipedia:-

bohsia - young female slut

Kesian betul pada perempuan yang dapat title bohsia, obviously bukan something yang boleh dibanggakan.

2 comments:

eddie dewanaga said...

setuju dgn lu beb 100%...!!!

gua memang geli dgn cerita2 usop ase-lam ni, syok sendiri, contoh; cerita polis tu, balik2 dia yg jadi 'big guy'... org bawah cuma 2-3 orang, inspektor sampai sepuluh orang!!!

bangang yg abadi.

CikChelsea said...

bagi 5 sama kamu!!!

haha...nasib baik lerr ada juga yg rasa apa yg aku rasa

tp berkat cerita polis tu dia bjaya mendapat 'datuk'..kahkah!!! wut to do...kipas baik punyeeeee

(okeh, berani mati btol aku tulis statement di atas)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...