29 Apr 2009

Angan-anganku...LV!?

'Sesuatu' sungguh aku rasa sejak 2-3 minggu nih. Sesuatu tentang angan-angan dan bila difikir-fikirkan balik, lebih kepada pembaziran. Nafsu serakah..haha =p (Al-maklum lerr nafsu perempuan kan ada 9).

1st thing 1st, apa yang aku tulis nih berdasarkan + merujuk kepada diri sendiri. Sekiranya ada sesiapa yang terasa, I'm sorriiii (gaya Amir).

Sepanjang suku ke-3 tahun lepas, aku dok berangan nak pakai handbag LV. Ok, sila gelak. Angan-angan tak bley blah nih! Hahahahahaa...to tell you the truth, memula aku memang tak minat langsung design LV. 1 pon tarak, seriously! Aku rasa design handbag LV ni macam makcik-makcik, very old fashion (no offense. Once again, merujuk kepada diri sendiri). BUTTTT, bila terpandang Berkeley...terus tersuka...motippp??? Pastu, dah tak gila Berkeley...aku tergila-gilakan Neverfull MM in Damier pulak T___T. Sampai sekarang masih tergilakannnn...tssskkk T___T.

Hehe tu mukadimah. Cerita yang sebenarnya ialah...

AKU NI LAYAK KE NAK PAKAI HANDBAG LV???
Layak maksud aku dari segi kemampuan. Macam orang lelaki...nak beristeri lebih daripada 1, LAYAK KE ENGKAU???

Ok berbalik kepada handbag. Aku cakap pasal handbag ori lah kat sini. Sorry lah b'coz I'm not into imitation. Pendirian aku ialah, kalau tak mampu, tak payah pakai. Serious, imitation = ciplak. Cuba bayangkan isi blog @ even a piece of your blog kena ciplak? Marah tak? Ada tu..aku pelik, bukan main marah lagi orang copy paste blog dia (from what I've read and saw)...tapi, diri sendiri pakai barang 'copy paste'..duhhhhhh??? Walaupun situasinya tak sama, tapi aku rasa kalau dah nama copy-meng'copy' nih, samo jo!!!

Ehhhh, macam dah terbabas pulak =S

Sebenarnya, sejak 2-3 minggu lepas...aku terfikir pasal tahap 'kelayakkan' aku nak menggendong sebiji handbag LV YANG ORI. Bila aku muhasabah balik diri sendiri, fuhhhhh...terasa betapa kerdilnya diri ini. Sebab? Aku ada 2 orang kakak yang berstatus 'Dr.' kt depan nama dorang. Sorang Ketua Klinik Kesihatan, sorang lagi berstatus 'registrar'. Registrar tu position kat UK, if kat Malaysia...macam consultant lah. Gaji masing-masing 5 angka tiap-tiap bulan T___T. TAPIIIIII...neither of them yang melaram dengan LV ke Gucci ke Hermes ke, etc...paling power pun akak aku yang dok UK dulu tu pakai Jane Shilton @ Liz Clairborne. Yang lagi sorang, Bonia je. They're not into riban-riban punya handbag. Kagum...kagum!!! Owhhh..mereka juga tiada subscribe 'duit plastik'. Double kagum!!!

So, itu yang membuatkan aku terfikir banyak kali. "Dorang mampu, tapi kenapa dorang tak nak pakai?" Well, obviously...both of my sisters mendahulukan family especially anak-anak and yang sorang tu gigih mengumpul asset. Aku pulak, on the other hand...dah lah belum kerja...verangans pulak nak memakai handbag mahal bagai (sedo diri =S). Aku rasa suami dorang cukup bertuah sebab dapat wife yang 'taste'nya sederhana...maintainence pon tak tinggi. (Ok, insaf lagi di sini tassskkk =S).

Out of topic sket...aku start blogging dulu banyak cerita pasal 'those' things. Sebab? Aku dipengaruhi oleh blog-blog yang patern "Buy and blog". Beli tempek kat blog...even beli stocking cap Hush Puppies pon nak letak kat blog??? Duhhhhh??? And I'm starting to realise that's just not me! Banyak lagi pasal hidup aku yang boleh diblog rather than "Ok, today I pergi shopping mall, I beli kasut crocs." Berbaloi? Yes, no? Aku rasa ada yang rasa berbaloi sebab, yelah beli Crocs dekat rm200, haruslah blog...baru orang tau. Barulah tak sia-sia beli kasut mahal..kan? Sepadan dengan nilai...haha huhu =p

So, kenkononnya aku tukar layout blog ini sejajar dengan azam baru + nawaitu aku nak berblogging. Tulis apa yang aku rasa nak tulis...yang berbaloi untuk ditulis dan berbaloi untuk dibaca. Aku tak kisah blog aku tak ramai readers, aku lebih puas hati kalau aku dapat menulis apa yang aku nak rather than aku menulis apa yang orang nak baca.

Angan-angan aku pasal LV? 1 masa nanti MUNGKIN aku akan beli...tapi yang pastinya aku tak kan blog about it. Full stop.


Menanti detik kick off Barca vs Chelsea at Nou Camp.

2 comments:

eddie dewanaga said...

game pagi tadi penuh dgn layangan kad dan scene tergolek sana sini, Chelsea begitu tertekan hingga beberapa kali benteng John Terry dibolosi... Eto'o, Messi dan Henry cukup bahaya sekali, namun sang naga biru berjaya mengekang mangkuk2 ayun ini, semoga bila mereka bertandang di Stamford Bridge nanti...

sesuatu akan terjadi, dan Chelsea akan ke final dgn penuh kemegahan yg pasti...

CikChelsea said...

setuju 100% with ur perenggan akhir...sgt tidak thn menengok keberlagakkan man u nye fans...urghhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...