26 May 2009

Aku bukan baik sangat nak tegur orang, tapi...

...aku rasa nak menegur. Boleh? TAPI AKU TAK TAHU MACAM MANA. Tak tahulah kalau orang sekeliling dia dah ada yang menegur (atau belum?)...mungkin jugak orang sekeliling dia tak kisah dia macam tu.

Ok, straight to the point. Sejak lama dah aku perhatikan cara dia dress up. Memang kelas, yelah taste pon bukan calang-calang. Sesuailah dengan status diri :) Aku nak dress up gitu, jauh sekalilah...tak termampu..huhuh.

Aku start pelik and tertanya-tanya "dia nih sebenarnya free hair ke pakai tudung?" Sebab kadang aku tengok dia keluar pakai tudung, kejap tidak. Kejap tutup, kejap tidak. Tudung atas kepala tu, hiasan semata-mata ke? Pengaruh Tok Ti ke apa nih =p (tak pasal-pasal babitkan Tok Ti, kahkahkah!!!)

Pastu, aku ada gak terpandang gambar dia pakai tudung, hang out dengan kawan-kawan dia tapi pakai baju nampak dada. I mean, baju tu jenis yang terbuka luas kat dada and tudung dia pulak tak cukup besar untuk cover. Sudahnya, tudung pakai...tapi dada nampak. Camner?

Pengakuan eksklusif dari aku:
Aku sedar diri aku sendiri pon banyak yang tak betul, inikan pulak nak tegur orang lain. Tapi, pada aku benda nih obvious sangat and terlalu basic kalau nak difikirkan.
Aku mengaku, aku sendiri pakai tudung tak tutup dada. Tapi bukanlah yang nampak dada takde lapik kain langsung, memang jelas dan nyata nampak kulit tang dada tu.
Aku mengaku aku pakai tudung selempang kanan, selempang kiri. Kadang-kadang je kain tudung tu aku biarkan ke bawah.
Tapi, sekarang aku tengah cuba pakai tudung memang tutup dada T___T. Walaupun berfesyen, akan aku cuba untuk pakai cara yang sewajibnya.

Cuba tanya diri sendiri "Untuk apa pakai tudung?" Kalau jawapannya hanya untuk suka-suka atau untuk berfesyen, memang selayaknyalah isu ini dianggap remeh. Kalau tak nak pakai tudung, belum sedia, belum ikhlas...tak payahlah pakai. Sama jugak berdosa kalau cara pakainya tak betul. Setuju?

Lagi satu, aku paling tak suka tengok orang pakai tudung tapi pakai t-shirt lengan pendek. Serious pendek gila! Takat tutup ketiak sikit. Bayangkan ajelah kalau t-shirt tu jenis yang baby-T =S. Dah elok cantik tutup kepala, tiba tang lengan..alahaiiiii. Kan ke elok kalau dah elok bertutup kepala lengan pun tutup sekali. Sejuk je mata memandang.

Aku rasa lagi molek perempuan walaupun tak pakai tutup kepala, tapi tutup lengan (pakai lengan panjang), tak sejanggal perempuan tutup kepala tapi nampak lengan dan dada.

Ini pendapat akulah.

5 comments:

eddie dewanaga said...

gua penah menyuarakan pendapat pasal tudung ni, nak pakai... pakai la dgn tertib, kalau tak, jgn pakai terus...!

ini tidak, tutup separuh je kepala, awak tu selebriti, jadi ikutan ramai, kalau dah ramai2 ikut pakai tudung tutup separuh je kepala, apa nak jadik...

tapi pendapat gua itu di kutuk beberapa pengikut fanatik beliau...

gua..?
gua senyap je laa...

yantie said...

setuju! pandai2 la nak bezakan mana yang patut atau tak patut bila berpakaian..

reena said...

Hi! :)

Kita pun mengaku jugak la kita pakai tudung tak tertib. Tapi kita tidak lah pakai lengan pendek. Rasa macam minah rempit :p Sekurang-kurangnya pakai 3/4 sleeves. Bahagian leher/dada mesti kena tutup walaupun kalau pakai baju dada luas.

CikChelsea said...

eddie dewanaga,
beb, dl aku pun minat gile tau kat tok ti..hu3, tp skrg neh nehi2 laaa..koserr dh nk minat penampilan dia...lagu dia masih layan lg..kahkah :))

tp aku tak ckp psl tok ti tau =p

p/s: OTT jap, tatau nape dl ms mula2 aku baca nama ko jadi 'eddie DEWANGGA', dah mcm dukun dewangga dlm susuk la pulak (LOL)

CikChelsea said...

yantie,
ko mmg sentisa terbaik dr ladang yan..kehkehkeh ;p (cam takde kaitan plak aku neh)


reena,
org yg faham akan buat cm tu la...tau 'tanggungjawab' bila dh pakai tudung tu...bg yg kureng paham tu yg mslh sket, nt non-muslim tgk musti dorg ingt tudung tu suka suki je bole pakai ke tak...krn nila setitik rosak susu sebelanga (pulak dah..mcm karam singh walia ;p)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...