16 May 2009

Ciri-ciri peminat yang tegar

Adakah anda seorang penyokong pasukan Selangor yang tegar?
A. Ya, jika anda pernah menyaksikan perlawanan secara live di dalam stadium.
B. Ya, jika anda pernah menjejakkan kaki ke dalam stadium.
C. Ya, jika anda selalu lepak bersama kawan-kawan menonton perlawanan secara live di 'mamak'.
D. Tidak, jika A, B atau C tidak pernah anda lakukan.

Motif lah saya jadikan pasukan Selangor sebagai contoh. Tukar-tukar...harus menukar kepada pasukan Johor. Pasukan Johor dulu ada pemain bernama Afandi Zamzam...sekarang sudah kahwin dengan kawan saya. Sudah selamat menjadi suami orang (ehhhh..tetiba terlajak cerita rumahtangga orang T___T).

Mintak maaf sekalian rakyat Johor, saya memang tidak mengikuti perkembangan bola sepak Johor mahupun Malaysia (errr..bukan tidak langsung..kuranglah T__T). Saya kenal Eddie Helmi sahaja dalam pasukan Johor FC. Sangat lame lah bukan? T__T. Errrr..tapi saya pernahlah tengok perlawanan pasukan Johor @ Johor FC di Stadium Pasir Gudang dan Stadium Haji Hassan Yunus di Larkin (sangat bertuahlah YB mendapat gf yang sekepala bukan? Tidak ada paksaan jika mahu menonton perlawanan bola sepak. Malah terhegeh-hegeh mahu ikut ke stadium...kahkah!!! Up diri sendiri lepas tu membuat ayat yang agak memalukan diri sendiri. Entah apa-apa T___T)

Ok, dengan tertulisnya perenggan di atas...saya adalah berciri peminat bola yang tegar (bagi pengiktirafan kepada diri sendiri).

Dalam entry ini, seorang 'kenalan' baru dengan baik hatinya telah meninggalkan jejak di sini. Terima kaseh kepada kenalan baru Bean (err..bean apa yaaa...harap maaf lupa. Cihhh..nampak sangat malas padahal boleh membuka 1 lagi window untuk melihat nama dia. Dasar pemalas. Harap maaf kenalan baru Encik Bean. Harap tidak serik untuk singgah ke sini =p).

Dia komen 'mana saya punya Chelsea'. Header blog ini memang Cik Chelsea...tapi ke'Chelsea'annya memang tiada dan kurang terserlah. Jadi, untuk tidak menghampakan harapan Encik Bean yang mahu melihat Chelsea di blog saya, entry ini adalah untuk beliau.

Stadium Tour
Tiket masuk 10 Pound per person
(masa neh pergi hari Selasa 2hb April 2005, esoknya Rabu...Chelsea ada game semi final lawan Bayern Munich. Confirm haku ingat sampai bila-bila sebab that day during lawatan sambil belajar tu kitorang tak dibenarkan turun ke padang sebab dorang baru trim rumput untuk that game. Siottt betol T____T. Melepas peluang nak rasa jejak kaki kat padang)

Poyo...hahaha.
Lawak giler la tengok muka sendiri 4 tahun yang lalu.
Mengapakah berasa sangat lain? Errr...macam sangat comot. Sekarang perasan lawa sikit
KAHKAHKAH!!!
Shopping bags letak tepi tak boleh masuk dalam gambar nanti kakak nampak kakak marah sebabnya dalam Megastore je habis dekat 200 pound. Sila convert time tu 1 pound rm7 T__T

Cukuplah 2 keping. Sidai gambar banyak-banyak pun tiada guna, nanti YB jeles (aikkk..tiba-tiba YB dikaitkan? Sowi Yang...takde alasan lain yang boleh difikirkan...muehehehee). Beliau akan jeles berbakul-bakul apatah lagi jika melihat gambar saya di dug out, changing room berlatar belakangkan jersey Joe Cole dan John Terry =p


Beginilah baru berciri peminat sejati =p

2 comments:

eddie dewanaga said...

oh my goodness...!!

dah jejak rupanya ke bumi Inggeris ye. Adoi, perasan cemburu tiba2 melanda jiwa.


*sebagai peminat bola tempatan suatu waktu dulu, sekitar 1988-1996, gua selalu ikut pegi Stadium Larkin, ketika kemuncaknya dimana Johor dibimbing oleh Micheal Urukalo dengan pemain2 seperti Nasir 'the prof' Yusuf, Abbas Saad, Ervin Boban serta Alistair Edward, gua merantau touring menuju segenap lokasi perlawanan dgn kelab penyokong Johor... kami tidur dalam bas, berkongsi roti dan kaya (dulu patrol station bukanlah rangkaian kedai serbaguna mcm hari ni) berebut2 tandas...

ambik cuti di tempat kerja hinggakan annual leave gua kering, semata2 untuk ikut sana dan kemari, pernah jual 'avon' kepada rakan2 tempat keja semata2 untuk duit lebih, belum kira lagi dgn menjual minyak gamat(kalau game sampai Kedah) dan jual burger semasa home game(stadium larkin)

*kalau la gua boleh buat begitu lagi bersama Chelsea...

sekarang sudah tidak ikuti lagi bola tempatan, cuma suka2 je...

CikChelsea said...

eddie dewanaga,

lex la bro..dunt jeles2..jeles bnyk nt cpt tua..kihkihkih!!

nt ada rezki...anda juga akan ke sana bro..insyaAllah :)

bnyk2 nama yg anda sebut...sy kenal abbas saat dan ervin boban je..tu pun sbb kakak sy gilakan mereka suatu ketika dulu...

sbb tu time chelsea dtg melawat Malaysia, sy rilek sajeeee...tak pergi pun tak mengapa..kehkehkeh ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...