12 May 2009

Laksa Shack

**Okey okey, dah betuikan L.A.K.S.A S.H.A.C.K T___________T. Nampak sangat jarang makan di situ sampai ejaan pon takda pedulik betul ke tidak. Nampk sangat pandang sebelah mata je...hahahahahaahaaa (cover malu)**

Kira-kira 3 tahun lepas, saya telah dibelanja oleh abang saya di Laksa Shack OU (err...ke Mid Valley ek? Mengalami sedikit kelupaan dan kekeliruan di situ). Selepas kejadian dibelanja itu, saya tidak lagi pernah menjejakkan kaki ke kedai makan jenama itu. Ketika makan 3 tahun lepas, saya merasakan laksa di sana sangatlah tidak sedap dan tidak memenuhi tahap piawaian tekak saya ;p. Asam laksa yang paling tersedap pernah saya makan of course lah kat Little Penang Cafe (owwwhhh...sesiapa peminat asam laksa silalah cuba! Siryes tak menyesal. Kuahnya dah la pekat gilerrrr...memang sedap lah. Ayayai...ketika menaip ini, saya sangat terliur =S).

Setelah mencipta rekod peribadi selama 3 tahun takda menjejakkan kaki ke Laksa Shack, saya dengan rasminya telah memecahkan rekod tersebut semalam bersama Cik Awe + Si Pot-pet Ika ke Laksa Shack, Kluang Mall. Sedaaaaaaaappp woo asam laksa dia. Dah la portion sikit punya banyak...tak habis makan (membazir tak baik..tapi dah takleh masuk, mengah wo makan banyak semalam =S)

Venue: Laksa Shack, Kluang Mall
Pemakan: Saya + Awe (Ika diet minum air je ;p)
Peminum: Kami 3 orang

Milo ais, Cincau, Sirau cincau
Air sedap. Bagus Laksa Shake!

Asam Laksa
Sedap, bagus sekali lagi Laksa Shake!

Nasi Kerabu
Ni tak pasti sedap ke tak. Lupa nak tanya cik pemakan
(Awe, sedap ke tak ek nasi kerabu neh?)

Ini Ika. Bakal pelakon. Muahahahaa..!!

Kau memang terbaik la Ika. Masa tengah makan-makan, si YB lak call. Saya suruh Ika yang cakap. Saya suruh dia tanya YB pasal kawen (menyalah-gunakan kanak-kanak =p). Ayat intro dia memang best, lain saya suruh tanya...lain dia tanya.

Ika: Abang neh mesti belum kawen, kan?
YB: Belum la.
Ika: Bila nak kawen?
YB: Nanti la
Ika: Nak kawen dengan sapa?
YB: Dengan Ika la... (apa punya jawapan nih #$%GFG&$%)
Ika: Hah? Nak kawen dengan Ika?????? (Dia terus buat-buat nak pengsan)


Perhatian:
Jika berminat untuk mencari pelakon kanak-kanak yang sangat petah, comel, hyper active dan bijak...sila hubungi saya segera!
Hohohooo~

6 comments:

jetsetter said...

Sayangku,
Laksa Shack kan?:-)
I guess tersgt terliur nk mkn laksa sampai igt nk minum "shake" ke:p.

eddie dewanaga said...

eh, laksa shake atau laksa shack??

yg memulakan franchise ni budak JB beb, mulanya byk kekurangan dalam ramuan2 laksa2 yg ada, tapi diorang berjaya belajar untuk memantapkan lagi mana2 yg kurang itu..

gua anggap diorang dah berjaya dah...

c'sya said...

Jahatlh kowg ni...
mkn xajak...sedih tau....
huhuhuh...:(

CikChelsea said...

jetsetter,
aik...perli nampak ;p

eddie,
bro..sume benda lu tau...gerek seh ;p

c'sya,
ko kn dh kje...mn leh joli2 mcm ktorg..muehehehee..lgpun..sile la kumpul duhet gaji ko...aku nk mkn kat tony roma's..nak mkn lamb rib..hohohoho

eddie dewanaga said...

hehehe...
semua benda gua tau??

tak jugak,
cuba lu tanya camana nak masak
asam pedas ikan pari, haram gua tak tau...

gua bila sesuatu yg menarik perhatian gua, gua akan selongkar asal usul dan perkembangan terbaru...

contoh...
pasal metallica, pasal chelsea, pasal buah hati gua, lisa surihani... hahaha, lu jgn senyum!!

CikChelsea said...

eddie dewanaga,
mari berguru dgn saya utk masak asam pedas ikan kari. haihhh..malulah menjadi rakyat jhr kalau tidak reti memasak asam pedas (utk kaum perempuan semestinya)

oppsss...lu patut sound jgn senyum dulu baru tulis psl lisa...gua dh tsengih dulu bro..sorri...

hahahahahaa..ok skrg ketawa pulak!!! ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...