12 May 2009

Lepas kantoi...alasan bodoh pulak yang keluar!

Nih saya copy paste petikan artikel daripada Berita Harian semalam (Isnin - 11 May)
Rakaman dimanipulasi pihak tertentu

KECOH di internet dan juga laman sosial Facebook apabila tersiarnya klip rakaman Diari INT yang mendakwa pihak Astro sudah merancang lebih awal drama sebabak yang berlaku sewaktu konsert minggu kelapan.

Dalam klip itu, pengacara program berkenaan, Sarimah Ibrahim didakwa mengulas perkara itu lebih awal sedangkan kejadian itu belum lagi berlaku. Buktinya, dalam footage itu pada masa yang sama turut menunjukkan salah seorang peserta, Akim sedang berlatih sebagai Sultan Melaka iaitu watak persembahan teater muzikalnya untuk malam itu.

Untuk meleraikan kekeliruan itu, Khairul berkata apa yang tersebar di internet itu adalah footage embargo produksi AF.

"Sebenarnya untuk episod diari minggu berkenaan, kami memang menyediakan tiga rakaman yang berbeza dan ia adalah untuk tujuan embargo. Dan setiap rakaman itu memang Sarimah akan bercakap secara am mengenai apa yang akan berlaku pada malam itu.

"Lagipun, kita sudah pun menetapkan lebih awal berapa orang pelajar yang akan disingkirkan setiap minggu. Cuma apabila rakaman disebarkan oleh mereka yang mempunyai niat tertentu, maka ia menjadi bahan manipulasi walhal ia adalah rakaman biasa," jelas Khairul menerangkan situasi sebenar.

Ditanya apakah perkara itu berlaku kerana kecuaian pihak produksi, Khairul tidak menganggap perkara itu sedemikian kerana menurutnya apa yang mereka lakukan itu adalah prosedur biasa dan tegasnya berkali-kali, ia bukanlah satu konspirasi seperti yang didakwa ramai.

Tak sampai hati saya nak ketawakan jawapan 'jujur' ketua saluran As*tro Ria nih.

Inchiiiikkk...hang ingat orang kat Malaysia nih semua bodoh belaka macam produksi hangpa ka?

3 comments:

eddie dewanaga said...

seperti yg di duga, diorang masukkan balik mamat muka cantik tu kan?

hehehe... AF dah hilang gah.

CikChelsea said...

marilah kita buat-buat terkejut dengan kejutan AF nih eddie =p

kesian lak nanti dorang penat-penat je nk wat surprise..tp tak jadi

mimie said...

astro yang sengal...ingat nak tipu orang tak pg sekolah ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...