28 May 2009

Movie review :: Syurga Cinta

Aktiviti semalam sangat menyeronokkan! Aktiviti ke dunia lain iaitu menonton wayang. Last time tengok wayang citer The Fast and Furious 4, few months back. Perghhh..lama gile tak meremajakan diri dengan menonton wayang...kahkahkah!!! (Eh, apasal gelak padahal tak kelakar pon T___T).

Semalam marathon 2 moview terus: 1. Night At The Museum 2 and 2. Syurga Cinta

(Review citer omputeh tak payahlah. Kita sokong industri perfileman tanah air. Tiba-tiba patriotik =p)

Terpaksa memarathonkan diri sebab saya nak tengok English movie and Cik Mimie mahu tengok Malay movie. So, to be fair and square kami tengoklah 2-2 cerita. 1st time tengok movie kat MBO Cineplex Square One, BP (Tata GSC Summit, I dah dapat tempat hang out baru...lagi selesa dan segar. Kehkeh =p)

Semalam, tak ramai pun yang tengok Syurga Cinta. Rasanya lebih kurang 10 orang je kot. Saya kan 'prejudis' sikit dengan Malay movie. Hanya yang benar-benar menarik minat dan berbaloi untuk ditonton saja akan pergi ditonton (apa ayat haku nih?). Dahlah kena paksa semalam, pergi pon sekadar nak temankan Mimie and tak letak high expectation pon towards that movie.

Storyline dan ending adalah seperti yang dijangkakan. No twists and tiada element kejutan untuk filem tersebut.

Jika ditanya berbaloikah menonton Syurga Cinta? I would say YES eventhough the storyline is predictable! Comedy romantic movie yang memang komedi (buat ayat kling lagi...cessss) dan dalam masa yang sama menginsafkan. You should watch it with your couple @ partner lah seriously! Mungkin ramai di antara kita terlupa apa itu 'CINTA' yang sebenarnya...

My personal comments towards this movie and the stars:

Awal - As natural as he can be! Tapi, masa scene dia cakap omputeh dengan Mustafa Kamal di awal-awal cerita kureeeeeng natural. Nampak ackward and nampak sangat berlakon (scene tu jelah)

Heliza - Polish and improve your acting skill deh! Haiyooo..manyak kaku lah ini adik manis. Dialog memang script habis. Kaku. Kekok. Tapi, it's her 1st movie...takpe, boleh improve :). Towards the end, part touching-touching tu ok lah...better than scene yang awal-awalnya. Part dia marah Awal "Cinta saya hanya untuk orang yang benar-benar ikhlas menerimanya dan bukan untuk disia-sia atau dipersendakan" (or something like that) tu memang jadi. Muka nampak fierce gila, heheh.

Haziq - Budak nih kalau polish betul-betul cerah masa depan beb. Walaupun sebijik-sebijik dan seketul-seketul dia punya dialog, filem nih tak akan hidup tanpa dia. Memang tiap kali scene yang dia ada, kitorang gelak lupa diri =p (nasib baik tak ramai orang, bantai gelak ikut suka-suki). You did a very good job kiddo!

Fizz Fairuz + Samzy - Menjadi 2 ekor badigol so'od kawan kepada Awal yang sangat annoying dan mereka melakonkan watak mereka dengan baik sekali. Scene dalam disco + clubbing tu memang natural (dah memang in real life pon gitu kan? Opssss..terlebih sudah).

Ahmad Idham - Takde dalam filem tapi nak komen gak hahaha. Bro, tolonglah next time you buat cerita ala-ala bermoral macam nih, kurangkan scene yang 'menyakitkan' mata macam dalam club, orang minum-minum, budak Melayu rosak akhlak sume tu boleh tak? Yea..yea we get it. Lu nak tunjukkan betapa muda-mudi zaman sekarang nih dah hanyut, tapi no need to expose scene tu banyak-banyak as it just scene tempelan cukuplah 1 atau 2 scenes je. Dapat, dapat...kami dapat mesej tu! Tengah feeling-feeling insaf, keluar lak scene betina perempuan terkinja-kinja ala-ala nak buat pole dancing dalam club. Haiyoooohhhh...kacau mood lah!

Pelakon perempuan extras - (Merujuk kepada pelakon-pelakon perempuan tempelan yang berpakaian tak cukup kain lepas tu terkinja-kinja macam beruk untuk scene 'joget-joget' dalam club, anda tak payah banggalah dapat berlakon macam tu. I bet it was NO acting at all. Confirm jenis yang dah biasa sangat dengan scene macam tu!)

Sound effect - Terbaik wooookkkk! (tetiba je masuk trademark Aril dalam nih...kahkahkah!!!). Seriously, bunyi seruling yang hadir dalam part-part touching tu perghhhhh menusuk sampai ke kalbu. Terasa beb. Mohram ke yang main seruling dalam itu filem? Ada siapa-siapa tau? Sampai berkaca-kaca mata nak menitiskan air mata malu plak dengan orang sebelah jadinya saya tahan sambil tak mengelipkan mata kalau tak confirm air mata menitik...jatuh! (fuhhhh..semput lah sengal baca ayat panjang-panjang takde tanda koma mahupun noktah T_______T). Memang best sound effects seruling itu! Terbaik dari ladang! Tak caya g tengok sendiri ;p. Credit untuk orang yang bertanggungjawab menyusun atur sound effects untuk filem Syurga Cinta! Seriously.


Ok, pergi tengok Syurga Cinta sekarang. Booking tiket untuk sesi insaf diri (tak dapat banyak sedikit pon jadilah). Pergi tengok dengan orang yang anda sayangi..pergi pergi =p



Dialog ini antara watak atuk Syuhadah dengan Irham:
"Jodoh terbahagi kepada 3...
Jodoh yang datangnya daripada Syaitan, iaitu kamu jumpa Syuhadah, kalian berpegangan tangan dan kemudian melakukan maksiat. Syuhadah mengandung, barulah kamu bernikah.
Jodoh yang datang daripada Jin. Kamu sukakan Syuhadah, Syuhadah tak sukakan kamu. Kamu bomohkan Syuhadah sampailah dia jatuh hati pada kamu, kemudian kamu bernikah.
Jodoh yang datang daripada Allah. Kamu pandang tepat ke matanya, lalu menusuk terus ke kalbu. Kamu pinang dia dan bernikah. Itulah yang dipanggil SYURGA CINTA..."
(Bunyi seruling pun mendayu-dayu..kehkehkeh)
Sekali dengar je saya boleh hafal dialog tu. Ahmad Idham sila amik saya jadi pelakon sekarang! (tak pasal-pasal je nih...hahahahahaa)

Ok, review dah habis. Boleh bersurai sekarang =p

2 comments:

eddie dewanaga said...

hahaha... it's ok kalau sometimes keluar ayat2 'kling' dlm entry, it's our blog and we can do pretty much everything that we want to....

but seriously, filem2 melayu memang ada peminat, memang berpotensi utk jadi yg terbaik, cuma perlu sedikit keberanian, kewangan dan tinggalkan tema2 klise, mcm yg berlambak dlm tv tu...

~JuLiE~ said...

kite pun baru je tgk jgn pandang belakang congkak kat mbo tu..hehehe..cik chelsea pun dok bp erk???salam kenal..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...