7 May 2009

United fans yg sgt meluatkan!!!

Nih bkn secara general okeh. Ada specific criteria yang membuatkan aku menyampah, meluat dan jelik dengan Man Utd nye fans!

1. Obses. Aku rasa ada beza antara fanatik dengan obses. Contoh obses, masa aku g tengok UEFA Champion League season lepas which is MU menang (menang penalti okehhhh!!). Right after last kick tu dan mereka di'declair'kan menang, ada seko mamat dok depan aku nih p panjat kerusi dan tak cukup dengan tu dia turun dari kerusi dan mencampak kerusi tersebut ke luar. Apa ke bangang sangat perlakuan seperti itu? Takleh pikir ke, kot terbaling kat orang...pastu berdarah ke injured ke orang tu...kan naya? Andai kata akulah mangsa keadaan tu, confirm-confirm aku wat report polis lepas tu kalau nak settle luar bagi aku Rm100k. Takde duit banyak tu masuk court. Kalau tak dapat bayar, merasalah kau duduk jail. Lepas tu, andai kata MU masuk final season depan (which is true sebab MU akan lawan Barca in the final untuk season ni), jangan harap kau nak dapat tengok. Dok dalam penjara buatlah cara dalam penjara, jangan nak mengada-ngada nak tengok TV! Reti?

2. Menyakitkan hati. Aku ada kawan peminat MU, tapi beliau sangat tidak menyakitkan hati. Sangat relevan dan tidak berlagak. I love u Mi!!! (bukan Azmi atau Helmi atau apa-apalah nama lelaki yang berakhir dengan 'Mi'. Kawan aku perempuan bernama Umi). Ok, berbalik kepada perihal 'menyakitkan hati', contoh situasi: Perlawanan tamat jam 4.45am, sejurus selepas tiupan wisel oleh pengadil (game pagi tadi diadili oleh pengadil paling S**T ever!!!) menandakan game dah habis, akan kedengaran telefon bimbit anda dihujani dengan text daripada peminat MU dengan kata-kata lebih kurang begini "padan muke Chelsea kalah" atau "final MU vs Barca...yessss" atau "cuba lagi tahun depan ye...hahahahah". Tidakkah menyakitkan hati walhal anda sudah mahu melelapkan mata ketika itu? Tidakkah boleh menunggu matahari terbit untuk mengucapkan 'takziah'??? Sangat rajin...kagum kagum, sanggup menghantar mesej semata-mata mahu menyakitkan hati! Naseb baiklah aku cool (biru kan lambang cool..hahahaha) malas mahu 'menuang minyak ke dalam api' dengan balas mesej kurang bermoral itu! MU fan mana tau cool (setan kan api...suka mengapi-apikan orang..tulah kerja setan. Aku cakap pasal setanlah...yang engkau nak terasa tu kenapa? Kau setan ke? Haha). Lagi 1 kes menyakitkan ialah bila anda letak status begini di YM "Chelsea vs Barca 2.45am - Stamford Bridge", selang beberapa saat anda mempublish status itu, rakan-rakan YM anda merangkap MU fan akan membuzz anda dengan tidak memberi salam apatah lagi cakap "hai ko sehat?", takdeeeee maknanya....mereka akan membuzz dan menerjah anda dengan ungkapan "jangan harap la chelsea nak memang" atau "bole menang ke Chelsea?" atau "jangan mimpi la, final is between MU vs Barca". 1 kali, ok lagi. 2 kali ok lagi. Masuk yang ke 5-6 kali??? Memang dapat maki secara percuma! Aku jawab 2 patah je kalau ayat berbaur begitu dilemparkan untuk kesekian kalinya "SHUT UP!". Silalah paham dan terus blah jangan mengada-ngada nak cari pasal lagi. Tapi, ada juga yang berani menjawab "Ala rilex la..cool la, jangan la emo". Kau dah cucuk aku nye buzzer kau nak suruh aku cool la? Sengal!

3. Poyo. Yang nih supposedly paling TOP dan paling tak boleh blah! Ini paling + sangat + amat memeluatkan (fuhhhh..kau tengok sikit punya dasyat nak describe betapa teruknya tahap ketermeluatan terhadap spesies poyo ini). Contoh kepoyoan yang teramat sangat: Bila diajukan mengapa kalah angat teruk seperti team lauk kepada Liverpool dalam EPL, mereka jawab begini "Saja bagi Liver'fool' menang, kalau depa menang pon bukan leh take over 1st place." Ehhhhh...apa ke bangang sangat ye jawapan seperti itu? Kau ingat macholah jawab macam tu? Menang kalah boleh saja-saja bagi kat orang. Coward!!! Setahu aku menang kalah itu adat bertanding. Bukan kalah sebab saja suka-suka nak kalah. Dasar POYO!


Perhatian, perhatian:
Jikalau anda mempunyai ciri-ciri di atas iaitu
1. Peminat MU,
2. Sangat obses (atau tergolong dlm kategori obses),
3. Sangat pandai menyakitkan hati dan berkelakuan dan...
4. Mempunyai kebolehan untuk memberi jawapan poyo...

...andalah orang yang saya maksudkan!!!

4 comments:

mimie said...

i love u 2. i tak terasa pun, maknanya bukan i la tu.hahahahahahahahahaha.

eddie dewanaga said...

ref game hari tu memang bangang...

jantung gua boleh macam nak putus beb, tinggal lagi satu minit je, pelamin anganku musnah...

besoknya gua check email, sms dan comment di blog Bumi Sang Naga, sangatlah mengharukan, ramai yg support kita, ramai yg beri sokongan...

namun ada juga sindir dan kutuk, gua buat bodo je, kita tau mcm mana perangai diorang kann...

it takes a few seconds to destroy a dream of whole season...

tapi ia sikit pun tak ubah sokongan gua buat Chelsea, malah gua jadi lebih minat, one more thing, Eidur Gudjohnsen ada masuk last minute, gua teringat blog lu... dia memang brilliant, tapi bila sampai Barca, jadi substitute je, what a waste!!

kita tunggu end of the month,
FA Cup final, buat penyejuk jiwa...

CikChelsea said...

mimie,
u mmg best sentiasa cool mcm i..wpun i 'blue' dan u 'setan merah' <--hahahaha kita tetap serasi bersama...i lap u forever =p

CikChelsea said...

eddie,
wa (ehem2 amik feel reply cara lu bcakap beb..heheh =p) rasa lemah + longlai sungguh selepas last minute goal tu...tp kalah semi tak seperit rasa kalah final mcm season lps. 1 hari wa xde tenaga..haha huhu

wa mmg rindu zaman gudjohnsen bergandingan bersama encik jimmy floyd hasselbaink la bro T____T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...