28 May 2009

United hanya jaguh kampung!

Tajuk entry yang akan memanaskan punggung para penyokong MUFC. Confirm ada yang maki saya lepas nih...tapi, ada haku kesah? Muahahahahaaaa (Astaghfirullah hal 'azim)

Saya memaksa badan yang letih bangkit daripada tilam yang empuk pada jam 2:25am. Letih semalam melakukan aktiviti yang sungguh keremajaan dan sangat seronok walaupun sangat meletihkan!

Sebenarnya saya tidaklah 'terhegeh-hegeh' sangat mahu menonton perlawanan akhir UEFA Champion League di antara Man Utd versus Barcelona (ceh ceh ceh...cover line). Saya memaksa dan menggagahkan diri untuk bangkit kerana perlu menyiapkan order yang datang daripada cikgu sendiri lewat malam semalam (cikgu saya sangat pandai menggoda, eh maksud saya memujuk. Cikgu perempuan lah).

Haihhhh...this is what I hate so much about last minute order, terkejar-kejar and sangat unprepared. Tapi, demi tidak mahu menghampakan cikgu yang sangat dikasihi (poyo =p), saya kata YES jugak dalam tidak berapa kelaratan. Nasib baiklah stok barang-barang untuk baking masih ada (ehhh...tadi bukan ke citer pasal bola, camner boleh terbabas citer pasal kek pulak nih? T___T)

Aktiviti dimulakan dengan semug nescafe pekat lagi panas berwap-wap pahit tapi sedap!

Ok, tadi sesambil mengayak tepung, memukul telur dan gula (tipu sebenarnya mixer yang melakukan pekerjaan tersebut. Terima kasih banyak mixer!) saya sempat menjeling-jeling ke arah tv untuk mengetahui apa yang berlaku. Abang ipar turut bangun untuk menonton perlawanan tersebut dan sempat menyapa saya begini "Kau bangun untuk qiyamulla'il ke?" Hampagas $%^&*KESYHMM%$^& perli tahap tak boleh blah!

Seawal minit ke-10 Barcelona mendahului hasil jaringan Samuel Eto'o. Senang gila tengok Barca dapat 1st score tuh, hasil hantaran bola yang mudah daripada players mereka. Takde sebarang gol tambahan sampailah habis separuh masa pertama.

Second half: minit ke-70, Barca menambah skor hasil jaringan Lionel Messi (ada gaya pengulas sukan yang amatur tak? Kahkahkah!!!). KESIAN defenders United, 'diayam-ayamkan' saja oleh midfilder dan strickers Barca.

Pada pandangan PERIBADI saya, United memang bukan lawan Barcelona! Not even close. Tak terkejar players United dengan serangan bertubi-tubi daripada pihak lawan. Barca's players just keep passing the ball to each other and banyak menghasilkan attack. They can have more than 2 goals man! Banyak missed.

Pritttt...prittttttt!!! Masa permainan tamat.

Final score: Barcelona 2 - 0 Man Utd


(Menaip entry ini menggunakan lappy kakak yang memang sedia terhilang di atas iron board sambil menunggu kek sebanyak 5 bijik masak. Aiyooohhhh...mengantuk sungguh!)


P/S: Sila tengok jam berapa saya menghasilkan entry ini. Gigih tak gigih saya berusaha untuk menjadi blogger tegar =p

P/S/S: Walaupun agak sibuk hari ini, saya akan on YM sambil meletakkan status "Amcam...best kalah?" Kasi sedar sikit kat MUFC fans, roda mereka tidak selamanya di atas!

1 comment:

eddie dewanaga said...

seorang rakan ajak gua layan bola pagi tadi di Singgah Selalu...

gua malas, this ain't my war...

walau gua decide nak support MU pagi tadi, tapi gua malas nak keluar, tadi dia menceritakan apa yg terjadi disana... table reserved utk supporter Man Utd dan Chelsea sahaja(what the hell??)

hahaha... diorang nyanyi Glory2 punya lagu hingga abis game, dan masing2 walau frust... tapi boleh pulak buat lawak2, a few guys ada berjanji utk support Chelsea mlm minggu nanti, sebagai penghargaan gua sokong MU... tapi kenapa gua sokong MU tiba2..???

mungkin kerana gua nak tgk the cup stay in England or something...

what do u mean 'or something', Eddie?

nanti baca la kat blog gua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...