30 Jun 2009

Business MLM?

Pertama-tama sekali, ini pandangan peribadi aku tentang MLM (Multi Level Marketing) bermakna, apa yang akan aku tulis basically berpandukan kepala otak aku dan tahap kefahaman dan apa yang aku tau tentang MLM dan yang lebih penting, ENTRY NI BUKAN BERBENTUK DENGKI DENGAN KEJAYAAN ORANG, INI HANYA PENDAPAT dan aku kira aku sertakan sedikit informasi untuk renungan kita bersama.

Fuhhhhh...ayat gile panjang tapi senafas je aku punya disclaimer!

Aku tengok, yang berkempen untuk MLM nih 100% orang Melayu. Berkempen habis-habisan ajak orang join business. By the way, MLM nih business sendiri ke? Aku tak rasa macam tu. Aku rasa lagi, MLM dengan Pyramid Scheme tak juah beza, guna sistem downline and upline. Beza yang jelas, skim cepat kaya tu takde jual beli yang menghalalkan pendapatan, meanwhile MLM agen jual barang. Tapi sama jelah, agen ambil barang dari stokis, lagi banyak agen ambil...lagi kayalah stokis tu, kan? Lagi ramai downline, lagi banyaklah income. Tak ke lebih kurang dengan pyramid scheme?

Aku rasa macam senang je orang Melayu ni dipergunakan. Flash jelah kereta mewah, cheque berpuluh-puluh ribu...kejap je mata Melayu jadi kabur (dah la melayu kabur lak tu). Nampak yang indah-indah je. Cuba bayangkan, contoh : 1 orang agen kena cari 4 orang downline. Nanti, 4 orang downline tu pulak kena cari 4 lagi downline setiap orang. Cuba imagine dan kembangkan lagi carta tu. Tak ke kaya upline? Engkau bolehlah tayang cheque 10k, tapi berapa engkau punya modal untuk join jadi agen MLM? Salah 1 contoh MLM = Hai-O Marketing. Nak jadi agen kena modal RM23,000 (DUA PULUH TIGA RIBU). Kena jual 10 korset. Kalau semua laku dapatlah untung. Kalau tidak? Ingat semua orang mampu ke nak beli korset harga beribu-ribu? Itu baru dari segi modal.

Yang ke-2, MLM ni halal ke dari segi syariah? Aku nak tanya khas kat agen MLM kat luar sana, company yang anda join tu, ada tak penasihat syariah? Ok, aku bukan saja-saja tulis entry ni aku ada buat research juga (aku luangkan masa beberapa jam membaca penulisan mereka yang lebih pakar terhadap isu ini). Ini komen Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman berkenaan Hai-O:
Maaf, saya tiada info tentang Hai-O samada plan mahupun produknya. Cuma apa yang saya tahu, syairkatnya memang besar dan tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur, dan syarikat ini bukanlah syarikat patuh Shariah jika ingin membeli saham mereka. Tapi dalam urusan membeli produk mereka dan memasuki sistem kaki mereka, wallahu 'alam, tidak saya tahu hukumnya dan eloknya diberikan kepada Penasihat Shariah mereka sendiri. Malangnya syarikat ini nampaknya tiada penasihat Shariah, maka terpulang kepada pesertanya untuk menanggung sendiri status halal atau haramnya. Wallahu 'alam.

Ini pula saya copy paste email yang dihantar oleh seorang Perancangan Kewangan Islam kepada ustaz (copy paste dari website ustaz, anda boleh baca keseluruhan artikel di sini)
Dalam kes saudara saya yang join Hai-O tu, saya memang rasa bersalah sebab tak mampu nak sampaikan kebenaran. Semalam, kata beliau, nak beli mercedes, yang baru pulak tu, sebab nak pakai no plate yang sama dengan group beliau. Dari ceritanya, saya rasa beliau macam didesak oleh para upline, untuk menunjukkan pada potential market bahawa mereka successful. Saudara saya ni serba salah sebab kalau ikut keadaan sebenar, memang beliau tidak mampu. Bayangkan, sudahlah berhutang untuk mulakan business, berhutang kereta mewah pulak untuk berpura-pura berjaya. Sedangkan dalam Islam, berhutang ni last resort je.

Saya tak tau nak buat macamana. Kalau di dalam kelas saya, saya memang tegas menentang skim-skim cepat kaya begini. Dalam perancangan kewangan Islam, kita mendidik orang ramai supaya mencari pendapatan yang halal, berbelanja secara sederhana, mengurus hutang dengan bijak (kalau boleh jgn hutang in the first place) dan mengagih kekayaan dengan betul. Tapi bila dengan saudara sendiri, yg saya patut hormati pulak tu, kelu lidah saya jadinya. Saya hanya mampu sampaikan pada saudara-saudara lain supaya jangan terjebak, tapi bila yang dah terjebak dan kaya, tak sampai hati pulak. Macamana
pun, insyaAllah saya akan cuba menyampaikan yang benar pada saudara saya ini.

Pada sahabat-sahabat di group ini, marilah kita sama-sama berjuang menyedarkan orang melayu Islam ni tentang mencari kekayaan secara halal. Perangilah skim-skim cepat kaya begini sebab ia hanya melalaikan umat Islam. Bukan setakat wang ringgit, masa yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga pun habis digunakan untuk bermeeting, bermotivasi. Sayang sangat, kalau semangat mereka ini disalurkan pada kegitan ekonomi yang halal, tentu dah lama kaya umat melayu ni.

Sekian, semoga tulisan saya ini memberi manfaat pada ahli group ini. Yang baik itu dari Allah, yang lemah itu dari diri saya sendiri.

Wasalam
Ini pula komen ustaz berkenaan email di atas:

Ingatan saya sekali lagi buat semua secara umum

Nabi SAW mengingatkan kita bahawa :

إن لكل أمة فتنة , وفتنة أمتي المال

Ertinya : "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta" ( Riwayat At-Tirmizi, no 2337 ; Ibn Hibban , Al-Hakim : Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi. Hasan Menurut Tirmidzi)

Al-Qaradawi mengatakan, godaan harta bukan pada mengumpul dan mendapatkannya melalui cara yang halal dan menjaga kewajiban agama, tetapi adalah dalam ke'gila'aan mendapatkannya, mencarinya dan menyimpannya walaupun dari jalan yang haram. Selain itu, ia juga tidak endah untuk membelanjakannya walaupun dengan cara yang haram asalkan berbaloi menurut aqalnya, tiada pertimbangan halal dalam hatinya.

Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, salah satu tanda kehilangan keberkatan dalam perolehan harta adalah :-

أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )

Inilah sikap kebanyakan hartawan dan jutawan Muslim (yang bukan Muslim sudah tentu bukan fokus kita) di seluruh dunia. Apabila mereka berada di puncak kekayaan, ramai di antara mereka tidak memandang penting kepada unsur keberkatan, halal dan peraturan dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah, kerap kali mereka anggap perbincangan seperti ini adalah kuno dan ketinggalan zaman.

Allah menegaskan :-

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )

Menurut Syeikh Ibn Asyur ayat dari surah Kahfi di atas mengingatkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan dari harta banyak tanpa halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat untung yang banyak ia belum pasti lagi menggembirakan anda di barzakh kerana ia mungkin sesuatu yang haram.

Jika pertimbangan keduniaan menguasai diri, ia adalah suatu tanda dan bukti umat Islam sudah semakin hilang sensitiviti terhadap kebenaran alam barzakh dan akhirat. Sesuatu yang haram dan syubhat amat zalim kepada Allah SWT walaupun amat menarik di sisi mata dan hati manusia.

Allah mengingatkan kita lagi bahawa :

انظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلاً

Ertinya : "Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain dalam perolehan harta). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya." ( Al-Isra : 21 )

Credit to www.zaharuddin.net (Website Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman).

Banyak lagilah komen ustaz yang boleh dibaca kat situ.

Sebelum aku tutup entry ni, aku suka nak berkongsi dengan korang serba sedikit pasal Hai-O Enterprise yang dapat award hari tu. Award beb, jangan main-main! (Award apa tu, aku tak pastilah pulak..hehe)

Board of Directors:

YB Tan Sri Osman S. Cassim
Chairman, Independent & Non Executive Director

Tan Kai Hee
Managing Director - Non Independent Director

Datin Sunita Mei-Lin Rajakumar
Independent & Non Executive Director

Tan Keng Song
Executive Director - Non Independent Director

Chia Kuo Wui
Executive Director - Non Independent Director

YB Dato' Abdul Rani Bin Mohd Razalli
Non Independent & Non Executive Director

Lim Chin Luen
Independent & Non Executive Director

Quek Ah Ba
Independent & Non Executive Director

Ini pulak senarai Senior Management Team Hai-O:

Tan Keng Kang - Director (Chop Aik Seng
Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
Lim Sie Keong - Senior Manager, Business Coordination (Hai-O Enterprise)
Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
Tan Keng Song - Group Executive Director
Phan Van Denh - Director (Seagull Advertising)
Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng) Florence Lee Yuen Ngor - Product Development & Promotions Manager (Hai-O Marketing
Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
Nancy Chua Swee Tin - Manager, Import & Export (Hai-O Enterprise)
Yap Ai Ho - Accounts & Finance Manager (Hai-O Marketing)
Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
Jessica Lim - Group Personnel Manager
Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
Teoh Soo Hin -Group Advertising & Publicity Manager
Mohamed Tajuddin - Marketing Manager (Hai-O Marketing)
Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
Jym Ow Chee Wei - Director/ General Manager (Hai-O Marketing)
Chris Chia Kuo Wui - Director/ Asst. General Manager (Grand Brands)
Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
See Hui Thing - Export Development Asst. Manager (Hai-O Enterprise)
Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
Tan Leok Kwee - Asst. General Manager Cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
Tan Sit Chung - Advertising & Distribution Manager (Hai-O Marketing)
Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
Eric Hew Koon Soong - Group Internal Audit Asst Manager

Yang BOLD tu nama Melayu yang dapat aku detect. Ada la seketul dalam Senior Management Team dorang. Agen ramai Melayu, yang berpangkat semua Cha Ya Nun Alif. Minta maaflah kalau bahasa aku kasar, tapi aku rasa yang jadi agen tu semua kuli batak C.I.N.A.

5 comments:

Anonymous said...

sy setju ngan cik c.MLM ni sape yg jadi upline je untung.pastu mcm2la letak gambar keretala..income checkla,pakej pelancongan dll utk nak pengaruh org lain join bawah dia.tak baik tau kalau kite nak untung tapi tindas org bawah kite..carila rezeki yg halal dan diredhai allah

- h A r h A r h A r - said...

:) hi salam perkenalan. blog ini best. banyak2 info2 berguna dan menarik. kunjungi blog saya juga ya

CikChelsea said...

anon,
sesetengah org mmg sng tpengaruh...xselidik dulu terus je buat keputusan..sbb tu la makin ramai yg tjebak...semoga kita dijauhkan la, i buat bizz cupcakes je..wpun tak cpt kaya tp xpe, tak tindas org lain =P

thnx for dropping by BTW! =)

CikChelsea said...

harharhar,
hi there, thnx for dropping by, salam kenal juga :)

will check out ur blog, a must..heheh ;)

eddie dewanaga said...

gua dah muak tentang MLM ni, yg kena kencing lain, yg kena berak lain...

tapi gua terpaut dgn sorang budak jual AVON kat area JB ni, manis dan pandai bawak diri...

*kalau dia baca... hehehe, ala, abang Eddie yg bilang muka awak tu macam fauziah latip tu laa... hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...