27 Jun 2009

Movie dan YB

Last week saya telah ke JB untuk memadu kasih (hak ptuiihhh!!! Ingat Allah sikit), untuk attend kelas baking sebenarnya. So, dikesempatan itu...sambil menyelam minum air jugaklah, sempat berdating-datingan dengan Encik Sayang selama beberapa puluh jam (describe puluh-puluh jam macam takde balik, tidur atau berenggang langsung. Sebenarnya ada..heheh =p)

Ok, jadi salah 1 aktiviti kami pada waktu senggang ialah menonton wayang. Ada kisah di sebalik nak tengok wayang nih (Yang, boleh ke I cerita pasal you merajuk dengan I sampai tak bercakap langsung dalam kereta lebih dari setengah jam?) Hoi aku (ye bercakap dengan diri sendiri!), kau sila tutup mulut sekarang, nanti YB merajuk ngada-ngada lagi...siapa mahu pujuk? Kahkahkah!!! I'm sorry YB =p

Errrkkk...sebenarnya memang patut pun YB marah (ya sebenarnya marah, bukan merajuk ye adik-adik dan kakak-kakak). Apa taknyerr, haku bersiap lembap nak mamfus sampai kami missed waktu tayangan. Badan letih woooo...setengah hari dok menguli fondant untuk buat kek =S. Tu yang bila dapat tido rasa macam tak nak bangun. Lepas dah ter'missed' tu, terpaksa lah saya bermanis mulut memujuk YB dan berjanji akan menggantikan tiket wayang yang burn sia-sia begitu sahaja disebabkan saya T___T.

Cerita inilah yang kami tengok "Jangan Pandang Belakang Congkak"

Sakit hati okeh tengok Azlee jadi Tok Moh. Sakit hati yang kelakar which is in a good way la kan. Tengah-tengah serius nak tangkap hantu raya nih, boleh plak mobile Tok Moh bunyi. Nak tangkap hantu boleh siap pause lagi! Tension je haku, YB kat sebelah gelak mengekek dah macam orang kena sampuk. Serius malu kalau tengok cerita kelakar dengan YB. Dia buat panggung tu macam tok ayah dia punya T________________T.

Boleh tahanlah tahap ke'best'an cerita ini. Cukup sifat kelakar, seram yang ala-ala. Well done Idham (pesanan tak berpenaja untuk Mr.David Teo "Taukeh, lepas ini lu kasi Idham direct semua lu punya film haaaa...lu buang duit saja kasi Razak direct lu punya movie. Seriously la Taukeh, siapa mahu tengok cerita yang sama? Balik-balik Tanjung, balik-balik Tanjung. Orang Penang pon dah muak tengok! Lu kasi ingat haaaa Taukeh.")

Agak-agak David Teo paham ke apa saya tulis? =p

2 comments:

Abrahyn said...

hi salam kenal,
best ye citer tuh? teringin nk p tgk...tapi mr jon tak suke citer anto maaa...haiya!

CikChelsea said...

hi sis,
best gak la..agak mujarab utk hilangkan tension...alaaaa, ckp kt mr,jon seram nye sgt la ala-ala...keluar panggung komfem akan ingt yg klaka je =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...