28 Jul 2009

Alpokat nan 3 biji

Hari Khamis lepas say pergi Batu Pahat. Pergi ke Batu Pahat dengan tujuan membeli strawberry di Carrefour. Setelah sampai ke Carrefour, saya pun menuju ke chiller yang menempatkan buah strawberry tersebut. Wut the foyo lah buat ayat skema macam dalam karangan Bahasa Melayu murid darjah 3? T_T

Selepas mengambil buah strawberry, saya telah mencapai buah 'alpokat' akibat daripada pembelian nadi (huh?), err maksud saya buying impulse.

Tahukah anda bahawa buying impulse yang adalah penyebab utama anda berbelanja terlebih tanpa sedar? Tiba-tiba mengadakan segmen tahukah anda? Dalam entry, wut the foyo? #@$%&PFT$#

Saya beli 3 biji buah alpokat (dalam bahasa Indonesia, Bahasa Melayu standard ialah buah avokado). Sebiji harga RM1.69 --> sebab itu beli 3 biji sahaja sebab mahal =p

Lepas beli saya gigih cari resepi Alpokat Juice kat internet. Ok, dapat 1 yang macam sedap dan pastinya sangat senang untuk dibikin. Ini resepinya: (I dah try, sodap I tell you!)

How to make your own avocado juice:

5 sudu besar gula
5 sudu besar air panas (yang baru lepas didih)
1/2 cawan susu segar
1 cawan susu coklat
2 biji buah avokado
Ais (secukupnya)

Larutkan gula bersama air panas. Jadikan syrup.
Kupas buah avokado, buang bijinya dan masukkan dalam blender (Tips: kalau beli buah avokado yang masih hijau mengkal, jangan gunakan dulu. Biarkan buah tu beberapa hari sampai layu so that bila buat juice tak akan pahit)
Campurkan syrup ke dalam blender bersama buah avokado tadi. Blend.
Masukkan susu segar dalam bender. Kacau.
Tuang buah avokado yang telah diblend ke dalam gelas tinggi. Separuh gelas yerr.
Masukkan ais ikut banyak mana yang anda suka.
Last sekali, tuang susu coklat (Tips: saya guna susu coklat Dutch La*dy and rasa dia kurang 'ngam' dengan rasa avokado tu. So, after this instead of using chocolate milk, I will use chocolate drink into my avocado juice. Confirm lagi yummeh!)

Hasilnya...


Sedap owh! Sila cuba, saya paksa anda supaya cuba resepi ini kahkahkah! Ok tak, tipu je. Tak paksa pun, kalau nak cuba...cubalah :). Tapi, avokado memang banyak khasiat dan bagus diamalkan. Ni antara khasiatnya:

Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung.
Credit to: pkukmweb.ukm.my
Artikel penuh berkenaan khasiat buah-buahan @ sayur-sayuran yang lain, boleh tengok kt sini

Balance buah avokado yang ada saya nak buat jus guna gula melaka syrup pulak. Orang kata pun sodap juga. And owh owh, saya nak buat Es Tele (Indonesian version of ABC). Esok pagi nak suruh abah petikkan kelapa muda. Tapi, mana nak cari buah kabung ek?

3 comments:

Liyana said...

Now ni akak pun rajin buat sendiri fruit juice. Ni kalau kat restaurant yg high end sikit, mau nye RM10+. Buat sendiri pun sihat coz you can control the sugar content.

eddie dewanaga said...

instead of using the usual choco drinks or choco milk, why don't u replace it with Hershey's Chocolate Syrup...

dekat Tesco ada, dekat Cold Storage pun ada.

gua rasa itu lagi syurga!

CikChelsea said...

liyana,
mmg bagus kn buat juice sndr...baik utk kesihatan badan dan juga kesihatan poket..hehe =p

eddie,
tp kalau bubuh itu Hershey's choc syrup...lu tak payah letak gula masa blend buah avokado itu..kang tlebih manis..elok2 nk kurangkan kolestrol ke gula ke apa ke dlm bdn..jd menambah2 pulak =p

psstt...lu try la, nt bgtau wa syorga ke tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...