1 Jul 2009

Baru saya tau orang grad dapat hadiah

Seronok weehh dah grad! Selain daripada dah takyah amik exam, kena pulun study...grad juga dapat hadiah! Kalaulah saya tau konvo dapat hadiah, dah lama konvo banyak-banyak kali! (Aik? Ko ingat habis 1 sem boleh konvo, sambung sem depan...lepas habis, boleh konvo lagi?). Haha...berita lapuk lagi sudah berkulat, lepas sebulan dah konvo barulah terhegeh-hegeh nak buat entry pasal graduation.

Tapi, ini pun gambar hadiah, bukan gambar konvo kehkehkeh. Gambar pakai jubah, topi, kasut tinggi, baju kurung, etc...tu kemudianlah. Belum siap edit! =p

Ini hadiah daripada A.Aman + K.Fadd + baby dalam tummy =p
Sejambak bunga (1st time dapat bunga haruslah jakun. Kesian, takde orang nak bagi sebelum nih...tssskkk T____T)


Ini pula hadiah daripada K.In
1. Novel Remember Me by Sophie Kinsella. Serius best! Sekarang dah terjebak pulak dengan novel makcik nih. Tapi, belum terbuka hati nak beli siri Shopaholic itu
2. Seketul teddy bear kecik yang comel memakai mortar-board sambil memegang scroll
(Kau dulu fakulti apa eh teddy bear? Kau amik dip ke degree? Tak pernah jumpa pun kat campus!)



Ehem ehem (Eh mengapakah musti ada deheman di situ? Ngada-ngada =p) hadiah daripada YB. Saya tak mintak, dia yang nak kasi - tanda mintak maaf berjuta-juta lemon sebab tak dapat hadir ke majlis istiadat konvokesyen saya. Merasalah haku Levi's baru kehkehkehhhh... (Terima kasih sayang, semoga you sentiasa murah rezeki...nanti boleh belanja I buku kat Harris tu pulak. Ala, buku cakes decoration yang kita tengok hari tu =p)


P/S: Gambar konvo pon belum amik lagi daripada studio UiTM. Apa gayalah muka saya ketika menerima scroll itu?

P/P/S: Saya baru start belajar amik gambar guna DSLR (BIL punya heheh). Gambar no.1 cilok from blog INI, gambar no.2 dan 3 amik sendiri...untuk beginner ok la kan??? =p

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...