7 Jul 2009

Hampir tercekik tatkala mencekik

Sabtu lepas saya bersama 2 orang rakan- Awe + Dot telah berkonvoi ke rumah Not (nama watak adalah nama samaran =p, untuk mengelakkan identiti mereka dikenali. Kahkahkah!!!). Kedatangan kami bukan saja-saja, kedatangan kami adalah membawa hajat di perut. Hahahahaa.

Ada orang baru dapat gaji + nak celebrate birthday sekali. So, nak belanja kami makan seafood. Bak kata mak saya "Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari". Tak gitu kawan-kawan? =D

(WARNING: Entry ini banyak gambar as I have to practise to use the camera to get fab photos. Yessss...especially gambar makanan. So gambar-gambar kat bawah ni ada yang clear ada yang a bit blurry, saya masih dalam proses menyesuaikan diri menggunakan bridge camera)

Rasanya Medan Selera Sabak Awor, Muar ni dibuka seawal jam 5 petang. Sebab by the time kami sampai tu, tempat duduk dah penuh okeh. End up kami kena duduk kat meja khas (chehh saja nak kasi sedap bunyinya, padahal extra table yang diletak kat tengah-tengah laluan orang).

Not a.k.a birthday girl kata kedai makan no.8 (nama kedai = Gerai Wak Jos) tu sedap. Jadi, kami pon makan la kat situ. Lauk pauk kena pilih sendiri. Lauk fresh! So that day, kami pilih ikan pari, kupang, kerang, sotong dan sayur kailan sebagai menu mencekik kehkehkeh.

Yang takde ais tu air saya
(I minum yang suam-suam je yang, dengar kata sungguh I kan? Sila bangga dengan gf sendiri sekarang juga ngehngehngeh =p)

Lauk pauk yang dibaham oleh kami berempat. Gila banyak kan? Memang tak habis. Tapi takde hal. Gerai itu menyediakan perkhidmatan menapau, tak habis boleh tapau bawak balik =p

Can you spot something's not right in the photo? Ok, sapa dapat detect memang terer! Lauk pauk kami takde yang berkuah sebab itulah SAYA HAMPIR TERCEKIK TIME MAKAN! Lupaaaa nak order tomyam campur, tssskkkk T____T. Memang tak best langsung makan takde kuah. Membantutkan selera, seriously!

Nasi putih. Aik, takkan nasi pun nak kena review? =p

Kailan ikan masin. Rasa macam biasa. Setakat ok je belum sampai tahap sedap.

Kerang rebus. Taste as the usual kerang rebus la, what do you expect? =p

Kupang sambal. Hmm so-so. Sambal tu terlebih rasa serai and not spicy enough for me.

Sotong goreng tepung. Guna instant powder je. Hampagas sungguh ok! Boleh rasa macam tepung ayam goreng segera tu. Dah la takde sos lada yang kale putih tu . Berambah-tambah tak sedap.

Pari bakar. A disappointment too I must say. Tak sedap.

Total yang perlu dibayar oleh Cik-Tukang-Belanja =p
Dalam pada tak sedap tu, total yang perlu dibayar adalah sangat-sangat murah. Total seperti dalam gambar di atas, sapa tak nampak adalah rabun. BUT, sedap tu lagi penting daripada jumlah yang perlu dibayar, I don't mind paying for good foods (chehh tetiba berfalsampahhh).

Inilah Cik-Tukang-Belanja. Mekaseh Not. Bulan depan gaji belanja kitorang kat Jalan Bentayan lak ehhhh (sambil buat muka cute)

Perut kenyang hati pun senang. Saya tiada dalam gambar, sungguh tak aci T_____T.

Based on my experience, HIGHLY NOT RECOMMENDED. Makan kat Jalan Bentayan, Muar wayyyyyy better from this gerai. Owh, yang kat Jalan Bentayan tu bukan medan selera, tapi kedai 1 bijik. Thai style, I'm pretty sure the owner is Kelantanese :). Makan kat situ HIGHLY RECOMMENDED, memang sedap...you should try their Siakap 3 rasa!

Gerai No.8 kat Medan Selera Sabak Awor nih memang takleh challenge seafood kat Umbai (Melaka), Senibong and Sayam (JB) ataupun Restoren Pantai Timur kat Yong Peng ;p (seriously!)

6 comments:

eddie dewanaga said...

Sayam JB...??

kalau ke situ setiap malam rabu, (sekarang ni dah kurang kesana)nampak kelibat iras2 john terry dengan t-shirt metallica, jumpa dia dan ucaplah...


"hey eddie, lu kena belanja gua makan malam ni...!!!"

CikChelsea said...

pergghhh!!!
terry tu captain gua tu beb...gile la bia betik muka lu mcm dia. ok xpe, nt wa dtg bwk note book skali..nk mintak sign =p

belanja wa makan tomyang + sotong goreng tepung tau..hehhhh

c'sya said...

th xpe... kurang enak mkn d warung "wak jows" 2...ln kali kite mkn d bentayan k... tunggu bonus2, hehehe...

CikChelsea said...

c'sya,
heheh...i likeeeeee
keneterian sila bg kawan sy bonus skrg juga!!!
kesian dia sbb prnh jatuh dlm kls..oppssssss =p =p =p

c'sya said...

ehem2, shhhhh...!

R LEeN said...

setuju!!!

lau g sana mmg amek no bertuah tu....no.8!!

lor owg muo ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...