13 Jul 2009

Kucing tiruan @ kucing salinan?

Apakah perasaan anda bila diri anda 'disalin' oleh orang lain? (Tet...tet...tet bunyi photostat mechine. Ehhh, maaflah kalau bunyi mesin tu tak macam tu, saya tembak je sebab tak tau bunyi dia yang sebenarnya macam mana)

Jawapan saya: Saya rasa sungguh menyampah! Bengang dan rasa nak pijak-pijak orang itu. Haha.

*SAYA BUKAN SEORANG TREND SETTER, JADI ENTRY INI BUKAN MEROYAN PASAL SI POLAN YANG SUKA MENIRU 'GAYA' SAYA (AKU ADA GAYA KE? KAHKAHKAH!). SAYA HANYA BENGANG KERANA DIA MENIRU APA YANG SAYA BELI. SEBIJIK SEBADAK SAMA SEOLAH-OLAH SI POLAN ITU TAKDE TASTE SENDIRI. WALAUPUN DIA GUNA DUIT SENDIRI, TAPI IANYA TETAP MENYAKITKAN HATI!*

Takde langsung saya rasa bangga sebab ada orang ikut-ikut cara saya tau. Saya bukan artis pun, apasal dia nak ikut pun saya tak tahulah! Apsal kau tiru-tiru aku eh copycat? Dia nih kategori Copycat-Paling-Tak-Malu. Ok, mari kita namakan dia sebagai Gedix.

Saya sedar dia start tiru apa yang saya beli masa saya kat Shah Alam lagi.

1. GUESS HANDBAG. Dulu kau tak pakai pun designer (Guess termasuk dalam designer handbag ke? Kahkahkah) handbag. Pakai cap ayam je. Tapi, sejak duduk dengan aku kat rumah sewa (ehh matilah kan, bagi hint clear gila hahaha) sibuk pakai Guess jugak. Tapi, aku tak kisah sangat pasal ni sebab kau beli design lain. Tapi, taste bf kau sangat la mendukacitakan. YB gak taste bagus, Eh eh tetiba cite pasal YB, tumpang lalu...

2. HIGH HEELS. Apa kejadah nak tiru sampai jadi plastic? Kau tu dah la tak pernah pakai high heels. Lepas tu, 1st time beli terus nak yang 2 inchs. Kau tau tak buruk kau jalan terkengkang-kengkang time pakai heels? Apasal la kau desperado sangat nak tiru aku sampai menyeksa diri sendiri? Orang dok gelak je tengok kau pakai heels tau tak? Kesian, tapi kau tak tau kan?

3. BELLARINA FLAT. Kau kot ye nak tiru, takyah la tiru benda yang dah lapuk. Aku beli kasut nih bulan 9 tahun lepas kalau tak silap. Eh eh tup-tup dengar kau pun pakai flat ni masa training kat Desaru hari tu. SEBIJIK SEBADAK sama! Kan ada few designs, apasal kau tak beli yang kale putih belang-belang biru navy tu? Kau memang tak malu kan? Sume nak sama dengan aku. Menyampah okeh!

si Gedix yang tak malu beli flat ini juga!

4. TIE RACK. Kau memang dasar kaki skodeng. Apa aku post kat blog ni sume jadi bahan kau kan? Kau jangan tak mengakulah, aku tau time kau online kau ada bukak blog aku. Kau kenal Tie Rack pon lepas kau baca apa yang aku tulis kat sini kan. Poodah jangan nak deny plak. Time kat rumah sewa dulu apsal kau tak pernah beli @ pakai Tie Rack? Sebab masa tu kau tak tau langsung pasal Tie Rack kan? Dulu mati-mati kau cakap, kau tak nak pakai tudung yang leceh-leceh. Tak nak yang licin, tak nak yang nipis, etc...kau nak setia dengan tudung bawal kau tu je. Plastic sampah la kau nih!

Aku baru dapat sebungkus Tie Rack minggu lepas, kau nak? =D

5. Aku malu nak tulis yang nih, tapi aku terpaksa sebab kau psycho! UNDERWEAR. Agak-agaklah kan kot ye kau nk tiru sangat apa yang aku ada. Sampaikan underwear, top wear aku pun kau beli yang sama. Please la jangan cakap kau memang dah pakai brand tu sejak azali. PUHLESSS ok! Aku duduk 1 rumah dengan kau, aku tau...so jangan nak tipu! Dulu kau pakai Scarlet brand kat Jusco tu. Tetiba, eh eh kau nampak aku punya comel-comel (macam tuannya...kehkehkeh), kau beli gak sama brand, SAMA DESIGN...exactly macam aku punya. Motipppp kau nih???

Tu aku belum cerita camner kau dah beli Guess jeans dulu dari aku. Tak lama lepas aku cakap, aku teringin nak ada 1 ketul jeans Guess, tup-tup kau dah menayang dengan jeans baru. Takpelah, tu rezeki kau kan. Walaupun aku sakit hati je bila semua yang aku cakap kau nak jugak T_____T. Tapi, 1 jelah...kau pilih jeans kau tak try dulu ke kat fitting room? Kot ye kau ni buta fashion ke apa, takkan la tak tau orang rendang kureng sesuai pakai boot cut sebab nanti lagi nampak bantut dan kaki besar dah la peha kau memang besar. Kalau kau tak tau, sekarang ni kau tau la kan =p. So, kau beli jeans mahal pun tapi tak sesuai dengan sepasang kaki kau tu sangatlah tidak berguna.

Aku tau kau akan baca post ni. Mesti kau pelik camner aku boleh tau pasal kau beli Bellarina flat dan Tie Rack tu kan? Haha. Pandanglah sekeliling kau. Kau memang muka tak malu, dalam diam dok tiru-tiru aku. Walhal, dalam dunia nyata...kau tak tegur aku pun lepas incident-bodoh-nak-mampus-kau-berkira-pasal-parking-kereta masa kat rumah sewa dulu!

You can't fit any of these! Jangan jelesssss =p

Wahai Gedix, jadilah diri sendiri takyah nak tiru-tiru orang lain. Kau ingat apa yang orang lain pakai cantik, akan jadi cantik kat kau ke? Sila ukur baju dibadan sendiri ye. Kau dengan aku lain. Kau tu rendang tak berbuah, aku tinggi sket =p. Tapi, 1 je kan kau sentap sebab takleh nak tiru apa yang aku pakai. Aku tau kau nak sangat pakai SKINNY JEANS tapi kau tak boleh sebab PUNGGUNG KAU BESAR!

10 comments:

Hana said...

kite ley pki skinny jeans jugak....

yeahhh2!!!

punggung kite x besar...

same cam awk...

motippp....

=P

CikChelsea said...

hahahaah...
its true veveh ;)

mati la si polan mkn ht dgn kenyatan kita my dear =p

eddie dewanaga said...

sampai seluar kecik pun dia tiru pakai eh..??

baguslah beb, dia jadikan lu sebagai kind of 'role model'. Tapi perlu pastikan yg dia sama saiz dgn lu, kalau tak...

CikChelsea said...

mode model?
kahkahkahhh!!!
lawak la lu bro

kalau smpi undies pon nk copy..tak ke psycho?
definitely kami tak sama size yeeee!

c'sya said...

kembalilah ke pangkal jalan... kat dunia ni sumernye hanya pinjaman... if btul lh smpai nk jdkn kwn sejati sy ni sbg anda pnye mentor, pd sy itu xslh... tp, motif lh kn kalu sumer nye nk copycat... kite sbg manusia ni kenalah saling tegur menegur... jd lh diri sndiri, itu yang penting... jgn jd spt orang "bodoh" wpun x bodoh sbnarnye...

CikChelsea said...

c'sya,
aku takmo jd mentor sape2..apatah lg 'dia'..tak koser mak okehhh!

jd mentor ko time study dl cukup la..hazab..hahahahaa =D

hawa said...

statement..!!!!jadi idola orang ke??huhuhuhuhu=p tapi kalo bab dalam2 pun nak di copycat kan..macam ter'over' plak..obses ngan ko ke?

CikChelsea said...

tah apa kejadah...aku lyk ke nk jd idola org? dr sndr pon biol..kahkahkahhh

obsess? scary wu wu wu~

mimie said...

i kwn lama u pun tak pernah tiru u...tapi i pun nak tirula gak...i suka jadi gedix...hu3. i nak belila beg guess tapi kat pasar malam...lalalalalalaa...kesimpulannya, jadi diri sendiri lagi baik k. itu namanya kita yakin pada diri sendiri dan kita ada prinsip sendiri...dalam peksa pun tak digalakkn meniru kan....hu3...peace!

kiva said...

hehe..byk je org meroyan cmni...hr ni tegur jeans levis nmpk lurah..sok2 die lak yg pakai..kuikuikui..sgt kesian kn dgn org cmni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...