5 Jul 2009

Memori lama yang bisa buat saya tersenyum

Hari semalam hari lemau saya. Tak produktif langsung! Saya malas, sudahnya saya tidur hampir sepanjang hari. Iya, sampai pening-pening sebab terlebih tidur. Sekarang sudah jam 2:41 pagi, saya tak boleh nak lelap. Masih menanti seseorang, ada hal yang perlu dibincangkan.

(Perenggan di atas terbantut sehingga ke jam 3.32 pagi. Selesai sesi perbincangan. LEGA! Itu perkataan paling sesuai untuk decribe condition saya ketika ini.)

Saya macam lari setempat je daripada tajuk entry? Hahahahhh. Tadi sementara menunggu seseorang itu, saya berasa amat bosan...terus saja saya masuk ke utube search filem Jangan Tegur. Sambil-sambil video tu tengah loading, saya bukak folder gambar-gambar lama dan korek gambar yang best...terus tersengih-sengih sendiri (sampai terlupa kejap masalah hari saya yang lemau).

(Video cerita Jangan Tegur dah siap load, saya masih terhegeh-hegeh menaip entry ini. 1 je jawapannya = saya takut nak tengok cerita tu sorang-sorang pagi-pagi buta nih, kahkahkah!!! Pengakuan ekslusif yang sangat memalukan T.T)

Ok balik kepada cerita korek gambar tadi. Kedua-dua gambar di bawah adalah gambar-gambar hasil korekkan saya tadi:
(Tapi mintak maaflah, gambar disnap guna camera handphone saja, itu pasal kualiti hampagas kehkehkeh)


Gambar ini dirakam ketika saya selesai belajar membuat cupcakes di rumah Kak Siti (cikgu baking saya yang pertama =D). Saya sangat enjoy dan really have fun during her class! Orangnya sangat ramah dan tidak kedekut ilmu. Macam-macam tips dia bagi :). Masih segar di ingatan saya perasaan ketika itu. Teruja dan sangat bangga dengan hasil kerja saya (takde la lawa mana hasil kerja saya tu, tapi bila selesai tu rasa macam "ehhh tak sangka aku yang deco semua nih"). Itulah kali pertama saya belajar teknik merias cupcakes secara formal. Tidak seperti dalam entry ini dan ini, hasil tangan yang semberono =p. Dalam kelas itu jugalah kali pertama saya belajar menguli, mewarna dan membentuk fondant. Tapi 1 je masalahnya, sampai sekarang tangan saya masih keras untuk membentuk bunga ros yang cantik menggunakan buttercream T_____T.



Ini pula stand mixer pertama yang bonda saya belikan beberapa hari selepas saya pulang daripada kelas mendeko cupcakes. Selepas mengeluarkan modal (menggunakan duit poket sendiri) membeli barang-barang keperluan membuat cupcakes, saya tanamkan azam untuk berniaga secara online!!! Alhamdulillah, rancangan saya mendapat sokongan padu daripada family. Saya sangat bersyukur kerana minat saya yang 1 ini tidak disekat. (Mixer dalam gambar tu dah jaranggggg sangat saya gunakan sebab leceh kena pegang sebab saya tak puas hati dengan hasil adunan kalau pasang standnya sekali. Lagipun, bunyi dia sangat bising, tak tahan telinga! Sekarang guna mixer heavy duty yang juga ditaja oleh bonda. Performance lebih mantap dan of course motornya sangat senyap =D)

Hari ini, bila saya kenang kembali sukarnya nak rolling modal di awal-awal berniga dulu...saya senyum sendiri. Terpaksa tebalkan muka mohon loan daripada banker bonda. Sekarang Alhamdulillah, sebahagian loan sudah mampu saya pulangkan kembali pada bonda. Saki baki tu masih saya usahakan...hehehe.

3 comments:

Abrahyn said...

teringin nk blajo wat cuppies tuh...

eddie dewanaga said...

u should open up a bakery shop, itu minat lu yg patut expand jadik ibu duit...

bikin promo online, gua boleh tolong promo dengan pengaruh yg ada pada gua.

CikChelsea said...

abrahyn
sis boleee aje..tak susah pon deco cuppies nih ;)

eddie dewanaga,
bro..wa tgh menuju ke arah itu..but for sure not a 'bakery shop' as i don't really like the tittle and concept..hehe

wa cadang nk bukak 'cafe' concept..a place where u can chill with ur frens =p

doakan wa berjaya bro ;) (wa bg lu VIP invitation masa grand opening..heheh)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...