16 Jul 2009

Saya kembali belajar

Kalau anda menyangka saya nak menyambung pelajaran ke peringkat Master, sama sekali tidak tepat. Owhh tidak, tidak. Saya belum terbuka hati untuk menyambung pelajaran. Camne la nak sambung master, sedangkan part nak buat research tu saya paling pemaleh?

Sebenarnya, saya dalam proses belajar guna 'bridge' camera Fujifilm Finepix S9500. Abang ipar saya yang punya, sekarang dia ada Nikon D300 jadi yang lama ni bolehlah saya 'pinjam'. Theheeeeeeeeeee~ (sambil tersengih macam kerang busuk). Ehh mana ada busuk?


Fujifilm Finepix S9500

Eh, anda tahu apa itu bridge camera? (Tetiba berlagak macam sangat berpengetahuan luas, padahal tahu pun sebab BIL yang cakap kahkahkah!). Ala, niat saya mahu kongsi sedikit ilmu tak salah kan? Bridge camera tu tengah-tengah antara compact dan SLR. Dulu time saya kelek camera ni, semua orang (termasuklah saya) ingat camera ni DSLR, padahal bukan. Yelah itu zaman jahiliah =p. Mentang-mentanglah saiznya gedabak, terus assume DSLR (Eh anda patut tengok D300 @ model Nikon yang lain, humang aihhh lagi besau. Berpeluh-peluh ketiak cameraman time buat photoshoot. Berat owh!).

Jadi tadi di atas jasa baik Encik Ahmad Gugel (BIL saya yang kasi ini nama), saya telah menjumpai resourses yang baik untuk belajar tentang camera ini.
1. Owner's Manual dalam bentuk PDF file (73 pages hambek ko!)
2. Model review daripada Photographyblog & Cameralabs
Hari itu, BIL saya telah menghantar surat email untuk bersara. Pencen. Dia dah nak sambung kerja, so lepas ni untuk bakery business, saya kena ambil gambar sendiri. Sedih sob sob =(.

Dia adalah ajar serba sedikit pasal composition and lighting. 2 benda basic yang paling penting untuk take good photos! Macam pening-pening lalat sikit nak paham 100% hahaha. Lepas ni, baca secara mendalam Owner's Manual confirm mata berpinar! T____________T.

--------------------------------

Ini shots yang saya ambil, hasil daripada sedikit tutorial daripada my BIL.




Gambar-gambar tidak di touch up, hanya crop sahaja.


Ini sudah touch up skikit di Photoshop. Masih jakun kehkehkeh!


Saya sangat terujalah untuk mengambil shots yang baik dengan camera ini. Nanti boleh ambil gambar lawa-lawa macam Kakak Nana =D

4 comments:

Liyana said...

Malu weh... tiba-tiba nama naik!
Takpe, belajar sikit-sikit. Tapi kena practice selalu. I pun belajar from buku, hubby, observation etc.
For, food photography I prefer natural lighting. Selalu ambik tepi tingkap. Suka tgk pics kat Martha Steward's website :)

CikChelsea said...

kak nana,
apa nak malu =p
yaa practice..BIL sy pon ckp benda yg sama "to get fab photos, u need to take million of photos" tssskkk...

tp xpe, sy sukakan cabaran!

owhh if amik pic cuppies, usually mmg pg n guna natural lighting..bukak sliding door besa2 n letak cuppies tu atas meja dgn dgn pintu...heheh

Abrahyn said...

wah,itu kamera mmg jd idaman atiku ini...tapi tak mampu la dik akak nak membelinyer...kalao itu BIL tanak, jual kat akak ek...hehehehe...

p/s : btw, entry copy cat tu cam sama je dgn ape yg akak alami dulu...kawan 1 opis...kelakar sgt...mcm akak ni bagus nor smpi org nk tiru...hahahaha :P

CikChelsea said...

sis abrahyn,
dl dia beli time kt uk..ms baru2 kua 300 pound, skrg rasanya sudah murah secara bnyk. dh try survey?

eh ehh kalau BIL sy sudah tak mahu itu camera, harus la sy yg kenen2 dulu...kehkehkeh =p

kwn 1 ofis baik ke x kak? sy nih bdk tu tegur pun tidak..i rimasss =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...