3 Jul 2009

Tips mencari awek

Sabtu lepas YB telah datang ke rumah saya (ehem ehem). Tengok tengok gediknya dia eh silap gediknya saya - mengapa musti meletak deheman di situ? Chehhhh!!!

Terpesona saya dengan Persona hitam itu =p (Ala kecoh, bf beli kete proton pon kecoh!Malulah sikit setakat Persona, petik jari je dapat!)

Ala, bukan kecoh la, saya tumpang bangga dengan kegigihan bf saya...dulu hidup kami susah. Aik KAMI? Bunyi macam sudah kahwinlah bukan? Kahkahkah...memang tidak syak lagi gatal! Bukan itu maksud saya, dulu zaman saya masih belajar dan YB baru mula kerja...sangat susah waktu itu, tiada kereta sendiri jadi terpaksa membuat muka tebal meminjam kereta ayah beliau.

Lagipun apa yang hendak dimalukan. Kakak saya yang bergelar doktor itu pun hanya memakai kereta Persona. Sempoi je dia. Bayar cash! Takda dia terhegeh-hegeh nak buat loan bank untuk pakai kereta Merz @ BMW @ Audi @ Honda. Lepas tu kasi semua orang tau nak beli kereta mahal tapi pinjam bank. WTF #$%&FGRS???. Beli kereta murah dengan pinjaman bank takpa, sebab tak mampu sebab tu pinjam bank, sebab tu beli kereta buatan tempatan. Ehhh, belit-belit pulak ayat nih =S. Pakai kereta mewah tapi hutang buat apa? Patut lagilah malu! Betul kata pepatah "BIAR PAPA ASAL BERGAYA" (Ehhhhhh...macam dah tersasar dari topik asal).

Sebenarnya, mahu menceritakan sedikit hal berkaitan dengan hasil kedatangan YB ke rumah saya tempoh hari. Tadi saya ke kedai membeli ais, lalu terserempak dengan jiran saya yang rumahnya berhadapan dengan rumah saya. Lalu terhasillah perbualan seperti ini:

Jiran: Hari ni tak buat kek?
Saya: Buat cik, ni nak balik cepat-cepat sebab malam nanti ada orang nak datang amik kek.
Jiran: Tak tido malam la kau hari ni
Saya: Hehe...lebih kuranglah.

(Ingatkan perbualan sudah tamat. Rupanya...)

Jiran: Ehhhh, hari minggu lepas 'awek' kau datang ye?
Saya: Hah, mana ada? (Apa kejadah haku ada awek. Ingat saya nih lesbo ke? Kira saya tak tipulah kan saya jawab mana ada =p)
Jiran: Ala yerr cik nampak, ada kereta Gen-2 eh silap Persona hitam naik rumah kau hari tu, kan? (Sambil ketawa dan menepuk-nepuk bahu saya dengan mesranya)
Saya: Hehehehehehehhehehehhhhh... (Dah termalu-malu tak tau nak jawab apa!)

Moral of the story dan tips mencari awek:
Jangan cari awek yang rumahnya terletak di atas bukit. Free-free anda di skodeng oleh seluruh penduduk kampung T___________T.

4 comments:

yantie said...

dah la umah no. 2 atas bukit pulak tu..HEHE..ye sokonglah barangan buatan malaysia..proton ok ape..

CikChelsea said...

nama je rumah no.2...tp dari jalan raya mmg nampak rumah aku dulu =p

yaaaa..belilah brgn buatan mesia (tetiba je mcm kempen..haha)

eddie dewanaga said...

Audi memang best ah... gua dah try!
tapi harga dia sungguh mati akal dan hilang akal!

myvi juga setia...

CikChelsea said...

eddie,
kereta mahal wajiblah sepadan dengan harganya ;p prestasi pon wajiblah mantoppp sesuai dgn harga yg dibayar

bagus2..setia dgn produk buatan malaysia!

(baru2 nih keluar balik iklan lama 'kasut gombak' kat tv. hehe..time tu aku belum kenal asyraf sinclair)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...