22 Jul 2009

Ubat gigi bukanlah ubat untuk gigi yang sakit, sila percaya

Saya dah menanggung derita sakit gigi selama lebih kurang 5 hari. Percayalah, ubat gigi (tooth paste) tu bukanlah ubat I tell you! Tak ada kuasa untuk membaik pulih gigi yang sakit langsung. Kenapalah tooth paste ditranslatekan ke Bahasa Melayu sebagai 'ubat gigi'? I wonder, hmmmm...

Ada hati nak buat lawak bodoh, pangggg sebijik penampar power hinggap di pipi. Eh ehhh, hilang terus sakit gigi I. Ok, dah stop...sila balik ke pangkal jalan T_____T

3 hari lepas, teman rapat saya telah membuat lawak budus mengatakan biasanya orang yang sakit gigi adalah mengandung. Wut da fish? So, selepas adegan komen-komen budus itu masuk dan terpapar di FB saya, teman lama saya yang terbaca adegan komen-komen budus itu pun dengan baik hatinya telah menurunkan 1 tip untuk mengurangkan sakit gigi. Tip turun temurun daripada emak dia owh!

And guess what? No, no...not Guess by Marciano tu, tsskkkkk!

It works! Alhamdulilah. Tiada lagi gulingan-gulingan di atas katil terjadi apabila sakit gigi tahap berdenyut-denyut tiba-tiba datang menyerang. Naz, terima kasih untuk tips itu! Nanti saya belanja awak cupcake 1 ketul, kehkehkeh =p

Ok, bagi sesiapa yag mengalami sakit gigi gara-gara perbuatan Mr.Wisdom Tooth yang baru terhegeh-hegeh nak tumbuh, sila cuba tips ini. (Ok, sila amik pen dan kertas nota sekarang. Nanti boleh tampal kat cermin dalam bilik) Ok, sorry...I over T____T

UBAT GIGI YANG SAKIT: (No, bukan ubat gigi 'toothpaste' dalam bath room tu yang sakit, I mean UBAT UNTUK GIGI YANG SAKIT) Gedix la kau nak explain benda nih, macam la orang tak paham? Panggggg lagi sekali! Terus gigi sakit balik.

Bahan-bahan dan peralatan yang anda perlukan:

Bunga cengkih

Lesung batu

Putik kapas

Lampu suluh

(photos credit to Google)

Cara-cara:
1. Ambil seciput (takyah la sampai segenggam, nanti banyak sangat membazir pulak) bunga cengkih.
2. Tumbuk hingga lumat menggunakan lesung batu.
3. Lepas dah lumat, ambil cengkih yang dah jadi serbuk tu and letak dalam pinggan kecik.
4. Basahkan hujung putik kapas dengan air dan dab-kan putik kapas dengan serbuk cengkih (Apa eh dab dalam BM? Totolkan? Tenyehkan? Ketuk-ketuk secara perlahan? Haha, tak kisahlah janji orang paham)
5. Nyalakan lampu suluh dan halakan kat gigi yang sakit tu. Dab-kan serbuk cengkih tu kat tempat En.Graham Bongsu tumbuh. Kalau rasa-rasa sekali dap tak cukup, buatlah 2 @ 3 kali sampai puas hati dan ikut sesedap rasa.

Cengkih memang rasa pahit sikit ye, kalau ada yang tak tahan dengan bau dan rasa dia nasib le. Sedangkan jamu orang bersalin boleh ku telan, inikan pula rasa cengkih, apalah sangat =p (ayat tak nak kalah, mahu up diri sendiri jugak tu kahkahkah!)

Ok, selamat mencuba 'resepi' di atas!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...