13 Jul 2009

X.T.V.T masa lapang

...saya adalah membaca. Membaca sangat bagus ya tuan-tuan dan puan-puan. Membaca boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer (macam la orang lain tatau kan =p).

Bulan lepas, saya habis membaca novel pemberian kakak. Hadiah graduation. Saya suka cerita ini, 2 hari je dah habis baca. Err...Puan Sophie Kinsella ni macam meletak dadah di dalam ayat-ayat yang dikarangnya. Sereyes! Sanggup bersengkang mata, minum nescafe semata-mata nak habiskan novel ini secepat yang mungkin.

Highly recommended! Tak boring langsung. Fast storyline and as usual hilarious!


This one pulak, saya beli sendiri bulan lepas. Gara-gara sudah tergoda dengan hasil penulisan Puan Kinsella T_______T. Ok-ok, saya ketinggalan zaman. Orang lain dah baca novel ni dah berkurun, saya baru nak terhegeh-hegeh mula, tssskkkk. Tak apalah, janji dah memulakan langkah (ayat sedapkan hati sendiri...kehkehkehhh)

Yang ini lagi kelakar-nak-mamfus berbanding Remember Me?, betul saya tak tipu. Bila membaca novel ini, tahap ketagihan saya semakin menjadi-jadi. Lupa makan, lupa tidur, lupa diri ehhh over! Saya suka betul dengan watak Jack Harper dalam novel Can You Keep A Secret? Sangat C.O.O.L oh la la~

Oh oh oh, tidak lupa juga...bertuahnya badan menjadi Emma Corrigan =p. Novel ini highly HIGHLY recommended! Super duper funny!


Yang ini pula baru habis baca beberapa hari lepas. Ambil masa yang agak lama, err...lebih kurang 5 hari. Peringat awal @ permulaan cerita, saya sangat excited bila membaca novel ini sebab agak kelakar! Dengan watak Farisya yang gila-gila dan agak boyish, saya suka cara penulis 'mencipta' Farisya.

Tapi, masuk pertengahan cerita saya mulai bosan. Mungkin sebab banyak sangat 'scene' hal rumahtangga Farisya dan suaminya. Towards the end lagilah...sakit hati. Baca novel pon boleh sakit hati? Sakit hati dengan watak suami Farisya, Farish Hakimi yang macam psycho! Saya tak faham macam mana Farisya boleh memaafkan jantan lelaki seperti itu??? Eh ehhh terlebih emo pulak T______T.

End up, habis je baca, saya campak terus novel ini (kakak saya punya, sesuka hati je main campak-campak =p). Saya campak dengan perasaan bosan dan menyampah sebab happy ending Farisya and Farish $%FG$#&. Tak patut betul.


Penulis (Siti Rosmiz*ah) juga menghasilkan novel Andai Itu Takdirnya sebelum novel Cinta Kau dan Aku. Tapi, saya belum baca lagi. Tak ada hati nak membacanya walaupun feedback daripada kawan-kawan dan kakak adalah positif. Sebab? Dalam cerita itu, lelaki berwatak kejam sampai sanggup merogol isteri sendir! Malaslah nak baca, saya tak suka baca cerita lelaki jahat dapat isteri baik lepas tu buat salah lepas tu isteri maafkan lepas tu happy ending bersama selamanya. Bluweehhh. Mengikut feedback yang saya dengar, novel ini sedih sampai ke tahap kalau baca air mata akan berjurai-jurai keluar tanpa segan silu.


Ini pula novel yang masih dalam proses pembacaan. Suku jalan pun belum. Macam bosan lah =S. Ceritanya slow, macam menyesal pun ada sebab beli...tsskkk T___T. Haruslah mencari kekuatan untuk menghabiskannya juga. Kalau tidak, akan berasa menyesal seumur hidup memberli novel berharga RM35.90 tapi tak baca sampai habis. Oh kekuatan, silalah datang!

Mungkin saya hanya perlu menonton Lipstick Jungle berbentuk drama siri di tv, instead of membaca novelnya.


Lapar pulak tengok rancangan masak kat AFC, nak makanlah. Bye.

4 comments:

eddie dewanaga said...

memupuk budaya membaca... bagus!

gua sedang menghabiskan Doktrin Pertahanan Asia dan Panduan Logistik Dalam Medan Perang (tajuk gua dah alih bahasa..)

percaya atau tidak, teks2 sebegini perlu diteliti oleh setiap penganalisa yang mengambil subjek Ketenteraman Awam dan Nilai2 Budaya Sesebuah Bangsa bagi calon2 yang ingin menyertai Agensi Perisikan Pusat mahupun Kementerian Pertahanan yg akan berkhidmat di mana2 konsulat luar negara... sedangkan gua cuma seorang pekerja kolar biru yg memiliki sijil penghargaan Rukun Tetangga, Jiran Muda dan sijil penyertaan kursus membaikpulih penghawa dingin domestik.

...bila gua toleh kiri dan kanan, mereka banyak baca majalah pasal artis bercerai, berpeluk dikhalayak ramai, bercinta dengan VIP serta tuntutan bayaran nafkah oleh sang isteri...

lepas ni gua nak baca buku resepi, untuk cari resepi stew, adakah ia benar2 memerlukan oregano ataupun boleh skip dan tukar kepada herba lain...

:: vErde+hAzizi :: said...

same la kite babeeee...i pon terkedek2 bru nk bace after it has been like few yrs in d market ;p

CikChelsea said...

eddie,
wa xleh baca buku berat2 la bro...nt wa tensen..haha..cukup la buku ilmiah waktu study dulu..buku management yg tebal alam..owhh T____T

tp kdg2 wa baca gak Al-Islam utk sbg bhn bacaan serius.

buku yg wa post kt entry tu sume under category 'chic lit' heheh

psstttt...lu xyah baca buku utk resepi la, wa blh bg tutorial secara live utk masak...ngeeee~

CikChelsea said...

sis verde,
owh owh owhhh...nasib baik ada juga org spt saya...kiranya sy tidaklah keseorangan yg agak ketinggalan zaman..heheheeeeeee =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...