11 Aug 2009

Banyak mahu cerita tau!

Sekarang saya ber'blogging' live mengikut waktu di Ulaanbataar, Mongolia. Kahkahkah. Ok tak, tipu je. Maksud saya...saya kepenatan dan kekurangan waktu tidur disebabkan jadual kerja yang sangat pack sepanjang 5 hari yang lalu. Makanya, waktu tidur saya tunggang terbalik dan menjadi tidak stabil. Ada hari tidak tidur, ada hari tidur-tidur ayam...dan ada hari dapat tidur sedikit lama (which was heaven sungguh owh!).

Saya ada banyak sangat cerita mahu kasi tahu, tapi sekarang kena berehat banyak-banyak terlebih dahulu dan mengemas segala tok-nenek barang-barang yang sangat banyak (barang yang digunakan semasa di tapak gerai).

Perlu menulis secara point form dulu supaya tidak terlupa (dulu cikgu suka pesan jika dapat soalan esei @ karangan, perlu tuliskan isi topik yang ingin dibincangkan secara point form supaya tidak akan hilang @ lupa. Rindunya mahu buat esei panjang, kahkahkah tipu lagi!)

Cerita yang mahu diceritakan:
  • Apabila kawan lama ber'business' MLM terdiam bila diajukan soalan bernas.
  • Beza di antara orang yang sombong dan orang yang kelihatan sombong.
  • 'Hutang' tag Cik Marlissa berkaitan dengan kecantikan diri (cantek ke? ceh ceh ceh).
  • Mestilah entry istimewa beserta gambar yang banyak sepanjang saya di booth Karnival Konvo UTHM.
  • Tidak dilupakan juga, brand new with tag tote handbag from Coach for sale! Warna hitam, saiz ala-ala Neverfull GM (besar owh banyak best boleh isi macam-macam hehehe) di mana ia sangat sesuai dijadikan beg kasual ataupun beg kerja. Gambar beg belum diambil. Akan digayakan dan digambarkan untuk tatapan potential buyers. Jika berminat untuk mengetahui harga dan melihat secara 'macro' handbag tersebut, sila emelkan keminatan anda ke harlina007@yahoo.com. Harga adalah di bawah paras 1k, sila percaya! Tunggu apa lagi? Sila emelkan keminatan anda sekarang. Ok, tak nak pun takpe...boleh tunggu hingga gambar 'ditampal' di sini. Tapi, layanan istimewa diberikan berdasarkan siapa emel dulu, saya layan dia dulu :)

Ok, tata for now.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...