24 Aug 2009

Bila sedang rajin...

...jadinya 'melangsaikan hutang' Cik Marlissa.

Bulan lepas (ye ke bulan lepas? takde kepastian tarikh hoho~) dia telah men-tagged saya. Tag tersebut bertajuk "Segmen Berkongsi Rahsia" (weehh Cik Mar, nih tag ke reality TV show siap ada segmen-segmen semua? =p)

-------------------------------
Tag tersebut adalah seperti berikut:

Cara-caranya:
1. Baca tag ini.
(okey dah baca)

2. Ambil gambar barang-barang kecantikan yang you olls pakai. Mengikut kategori. Kalau nak tambah lagi bagus.
(chop! chop! saya malas nak snap gambar, yang mana ada je saya amik dari koleksi peribadi...yang lain saya guna khidmat En.Ahmad Gugel saja, aci tak?)

3. Kena bagitau brand dan sama ada u olls suka atau tak. Kalau suka, kena rekemen semua orang pakai.
(okeh berehhhh...!!)

4. Pastu kena info kat orang yang tag kamu bahawa kamu telah buat tag beliau.
(will do so after finish typing this entry)

5. Kena pas mesej kat semua orang suruh baca dan kongsi rahsia kecantikan kamu.
(wohhh ini berbentuk paksaan. rahsia lah sangat? kahkahkah!)

P/S: Saya punya so-called-beauty-secret takde la banyak and details macam Cik Mar punya. I punya very the basic tau Cik Mar (malu)
--------------------------------
Mulakan...

1. Shampoo: Pantene
Saya rasa sebab saya ada genetik Chinese blood, so rambut takde banyak masalah. Memang sejak azali lurus dan tak kasar. So, I don't need those expensive or various type of shampoo @ conditioner @ serum untuk 'elokkan' rambut. Saya hanya guna Pantene hair fall control (nih je masalah saya, rambut senang sangat gugur =S) sebagai penjagaan tetap. Conditioner plak sangat jarang pakai sebab pemalas. Hahaha.

2. Skin Care:
Daily routine
Before this saya guna Nourifusion from Herbalife...kesan ok dan memuaskan, tapi sebab susah and leceh nak dapatkan supply, terus stop and cari produk lain. Motif utama tukar jugak disebabkan nak guna produk yang berciri semulajadi. So, saya pilih The Skin Food.

Face cleanser: The Skin food (Tea Tree Bubble Cleansing Foam)
Cleanser ni khas untuk kulit berminyak. Saya punya kulit muka jenis yang oily (kat T-zone) but dry at the same time. Baru je guna so takleh nak bagi review sangat, tapi so far so very good ;)

Toner: The Skin Food (Lettuce & Cucumber Line)
Disebabkan cleanser saya dah guna untuk oily skin, toner saya pakai untuk stabilkan kulit saya yang kering nih. So, toner nih sesuai untuk melembabkan kulit. Best sangat toner ni, sejuk je (tapi bukan sejuk sebab alcohol tau...toner ni takde alcohol)

Moisturiser: NouriFusion Normal to Oily Moisturiser
Pelembap nih best sebab tak buat muka jadi berminyak. Tapi nih last guna, lepas nih kan bertukar kepada moisturiser The Skin Food juga hohoho~ (Ada orang kata kalau guna produk campur-campur, takut nanti muka rosak. Well, dulu pun saya fikir macam tu...tapi sebenarnya tidak asalkan produk yang kita guna tu sesuai dengan jenis kulit kita)

Weekly routine
Scrub: The Skin Food (Chlorella Peeling Gel)

SA yang recommend saya guna scrub yang ada peeling ni kata product nih bagus untuk buat kulit jadi sekata. Baru guna 2 kali, takleh nak bagi review sangat.

Mask: Rice Mask Wash Off
Product yang berasaskan beras yang memang diketahui khasiatnya untuk kulit (bukan saja untuk kulit muka, malah untuk tubuh badan juga). Even SK-II pun guna beras dalam product range they all tau ;p. Kulit jadi mulus lepas pakai mask nih, sumpah tak tipu!

3.Make-up remover: The Skin Food (Milk Mania Cleansing Cream)
Some of you might know, make up remover yang terbaik adalah yang berasaskan susu sebab texture susu yang sangat gentle boleh membersih sehingga ke dalam liang pori. Highly recommended for those yang bermake-up setiap hari untuk guna this product :)

4. Make-up base: Benefit (Dr.Feelgood)
I have been using this particular face balm since last year. I'm very much satisfied with the product. Muka saya kan ala-ala bulan kan, liang pori besar akibat pimples yang banyak waktu zaman nakal dulu (zaman nakal tu merujuk zaman baru lepas period. Jerawat = masalah hormon yang biasa bagi perempuan lah kan?). So, bila pakai face balm dari Benefit ni dia akan 'tolong' samarkan liang pori and saya perasan since guna benda nih, minyak kat muka tak banyak sangat after apply make-up. Make-up pon tahan lebih lama!

5. Deodorant: Lady Speed Stick
Tak dapat nak ingat since bila saya start guna brand nih untuk kasi wangi my armpit...muahahaha! Memang sangat selesa guna sebab tak melekit (owh saya sangat tak suka yang roll on tu, melekit yuks!) and baunya sangat best. Saya guna yang berbau Orchard Blossom :)

6. Body, Hands & Heels lotions:
For hands lotion, I use Eubo's sensitive repair and care for dry hand, 1 minggu guna anda dah boleh nampak kesannya. Memang sangat memuaskan. As for heels saya yang ala-ala orang tua nih, crack la kering lah best solution is Ellgy Plus Cracked Heels Cream. Banyak-banyak brand untuk tumit yang pecah, this ONE yang paling bagus. Body lotion pulak, saya 'ada' Nivea Whitening Lotion tapi tak pernah guna...boleh? Very the malas I tell you nak sapu-sapu kat badan ;p. Nasib baiklah memang dah dilahirkan cerah semulajadi, makanya tak payah nak putih-putihkan kulit kehkehkeh (tumpang lalu sikit~)

7. Acne solution: Vicks Viporub + Tidact gel
Mula-mula takut nak bubuh Vicks kat muka, takut jadi makin teruk or kulit jadi merah. Ni petua dapat dari si Pinot. Kalau ada pimples yang baru nak keluar (As for me, selalunya time 'bulan nak mengambang'), guna cotton bud amik sikit Vicks and tenyeh kat tempat yang berjerawat tu, then coat (tenyeh pulak) dengan Tidact gel tu. Ikut sukalah 1 hari nak letak berapa banyak kali pun, lagi kerap letak lagi cepatlah pimple tu surut. Tidact gel ni boleh beli kat pharmacy yang berdekatan dengan anda :)

*pic Vicks & Tidact gel tu snap guna webcam, sebab dah gugel jumpa Vicks je Tidact gel nan ado...terpaksa la rajin sikit snap pic 'mereka'. Hehhh

8. Perfumes:
Voley view entry nih, malas nak gugel gambaq lagi (very the malas hoh? title dan-dan kata rajin, chaitttt). 'Mereka'lah bau-bauan yang saya sukak =D

Tamat.

Fuhhhhh, boleh tahan berpeluh nak menyiapkan entry nih. Mood memang kena rajin la untuk buat tag nih. Apa kata tag nih kita tukar nama jadi 'tag yang paling memakan masa untuk disiapkan' =p. Sumpah anda kena gigih untuk siapkan tag nih!

------------------------------
Sekarang, mari kita tag orang lain pulak biar mereka pulak yang merasa seksa untuk menyiapkan tag ini. Keji tak? Kahkahkah!

Errr..sepertinya takde idea nak tag siapa, anda yang baru selesai membacanya tolong buat tag ini boleh?

Hah, kamu!
Ya, kamu yang tengah baca nih...sila buat tag ini.
Oit-oit bulan puasa ni tak baik menipu, nanti pahala puasa kurang!
Lalala~

P/S: Kot-kot Eddie si Dewa Naga yang baca, mahu tak dia buat ek? Hua hua huahhh

5 comments:

MarlissaMusa said...

thanks buat kan :) ok, best known method captured..pasni kena beli vicks n tidact :D

CikChelsea said...

heheheeeee u r most welcome cik mar ;)

eddie dewanaga said...

what...?

lu nak suruh gua bikin pasal penjagaan kulit?? hahaha... kalau tag berkenaan sidearms, rifles, favorite ammunition, bayonet and grenades... mesti gua bikin beb.
tapi takpe, untuk lu, gua bikin kat sini...

syampoo.. zaman rambut libas (headbanging)macam megadeth dulu, gua guna rejoice je, murah beb, sekarang ni guna pantene (untuk oily hair) pasal keja gua yg berminyak2 ni.

pencuci muka.. gua dari dulu guna nivea for men (ada juga tukar biore kejap) untuk kulit yg lembut dan licin, lu tak caya pegi tengok muka gua kat facebook gua.

face mask and make-up remover... gila beb, gua bukan azwan ali. takde gua tak pakai.

shaving foam... untuk tebas rumput kat pipi ni, gua guna product gillete, dulu guna schick tapi blade dia tak smooth, kasar pipi ai... auww!

deodorant... memang guna nivea for men, kadang2 guna rexona juga sebab model dia 'sari yanti'... huhuhu!

body, hands & heels lotions... takde guna apa pun, dulu zaman remaja guna baby oil johnson n johnson, tangan gua kasar sangat beb.

jerawat... takde pakai apa pun.

perfumes... brand gua cuma hugo boss, (boss 6 dan hugo c), polo sport dan carolina herrera punya 212. dulu gua dah bilang kan..??


sekian tag untuk cik chelsea. ada facebook nanti lu add gua ye.

CikChelsea said...

eddie,
lu mmg terbaeeeekkkkkk (gila sporting tanpa segan silu buat tag tak formal ahaha =p)

tepok tepok tepok!

ada facebook, penat je wa letak FB badge kat side bar tu..lu tak prsn ke? tssskkk T___T (apa nak cari lu punya nama kat FB?)

~PakKaramu~ said...

Miuwww tu black cat ke ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...