13 Aug 2009

Membelai wajah (ceh ceh ceh)

Isnin lepas, balik je dari 'bungkus' kedai kat UTHM...saya terus angkut anak sedara ke BP Mall. Niat di hati nak beli Chocolate Blog je, tapi bila dah sampai kat situ, mulalah rambang mata nak beli macam-macam =p.

Makanya, niat untuk membeli 'peralatan' membelai wajah terus saja dilaksanakan. Niat dah dipasang entah sudah berapa lama T__T baru 2 hari lepas dapat ditunaikan.

Gembira sekejaplah dapat memiliki 'mereka' =p. Terus hilang penat kerja macam orang gila selama 5 hari, kehkehkeh.

Errr...kulit muka saya kan jenis yang sensitif, at the same time macam oily and dry. Duluuuuuuuu (huruf 'U' yang banyak menunjukkan efek lama gilos) kalau pergi buat facial...musti beauty consultant tu akan cakap kulit saya ni sensitive and dehydrate.

Jadi, semalam saya terjah The Skin Food untuk mendapatkan 'makanan' untuk kulit wajah saya. Sebaik saja masuk ke dalam kedai, saya disapa dan dilayan dengan begitu mesra oleh amoi yang cantik sekali, eh tak..cantik berkali-kali! Saya pun bagitau la apa masalah kulit saya and dia pon consult and tolong carikan product yang sesuai.

Makanan untuk kulit :)

Saya cakap, saya mahu scrub and mask sebab sudah lama tidak memberi 'makanan' tersebut kepada kulit. Sungguh tak bagus, sila jangan tiru =S. Tidak dilupakan juga, saya memang sudah lama mencari make up remover yang berasaskan susu sebab ia paling bagus untuk buang make up hingga ke liang pori. Liang pori I kan besar-besar kesan daripada pimples yang jahat, tsskkk T__T.

Memang sangat baguslah I tell you! Saya sangat puas hati dengan Milk Mania Cleansing Cream from The Skin Food ni. Lepas ratakan pada muka, lap guna tisu...akan tertanggallah semua kotoran pada wajah anda :). Muka berasa sangat selesa dan bebas daripada minyak!

Ini pula scrub. Dah malaslah saya nak bagitahu betapa bestnya produk berasaskan bahan semulajadi ni. Sangat sesuai dengan kulit wajah saya, sebab takde alcohol (kulit I sensitif tak boleh guna skin care yang ada alcohol sebab nanti muka akan rasa pedih). Yang saya beli ni untuk kulit sensitif and untuk ratakan tone kulit muka, biar tak berbelang-belang =p (ceh ceh ceh!)

Mask yang berasaskan beras. SK-II pun guna bahan asas beras kan, mahal sangat (=p) guna je The Skin Food punya product. Nak beli SK-II tak mampu ohohoh~ Yang ni functionnya ialah melembapkan and melicinkan kulit wajah. Saya dah try semua product yang saya beli, so far so good...hopefully it would last! Sebab senang nak restock and harganya pun sangat affordable ;)

Yang ni FREE GIFT (mirror) dengan setiap pembelian RM100 dan ke atas. Comel heheh.

Hutang Cik Mar (tag pasal skin care itew) lambat sikit heh saya bayar =p

4 comments:

c'sya said...

wahhh, hari merawat muke...i nengok pori2 i ni dh makin m'besar lh plak... apakh cara rawatannye?
u know me...hehehe

c'sya said...

wahhh, hari merawat muke...i nengok pori2 i ni dh makin m'besar lh plak... apakh cara rawatannye?
u know me...hehehe

CikChelsea said...

soalan aut la u..i pun tatau cmne nk kecikkan pori...tp u must use the right product la tu minimize ur pori...skrg ko pakai product apa pun aku tatau T__T

lailasani said...

kekeke.. akak tergoda kali kebrp ntah nih.... nti pas pantang kena melawat skin food lah...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...