20 Aug 2009

Ramai orang complaint "Kenapa asyik demam?"

Well obviously kerana sistem imuniti dalam badan anda adalah lemah.

Ini bukan auta, ini adalah fakta! Individu yang sistem imunitinya lemah, memang sangat senang untuk demam, selesema, batuk, etc (especially penyakit yang boleh berjangkit dengan mudah, contohnya virus yang dibawa oleh persekitaran).

So, macam mana nak mengekalkan @ memperkuatkan sistem imun tubuh badan? (Wah, cakap macamlah hengkau doktor! Errr...memanglah bukan, tapi ini hanyalah general knowledge yang diperolehi daripada 2 orang kakak dan seorang abang ipar yang bertitle doktor)

Makan ubat
Nak cakap apa lagi? Kalau sakit silalah makan ubat. Walaupun anda bukan penggemar ubat, tapi anda wajib makan ubat-ubatan sekiranya anda sakit bagi mengelakkan penyakit anda melarat. Kakak saya menggelarkan saya sebagai "penagih tegar" kerana saya boleh menelan pelbagai jenis ubat tanpa was-was (ini bukan kes nak up diri sendiri, please dong!). Meman benar, saya tiada masalah untuk makan ubat, baik yang berbentuk capsule mahupun cecair =D.

Entah kenapa ya, kakak saya yang 2 orang itu, memang spesies takut makan ubat...tapi boleh jadi doktor? Saya pernah berkata begini kepada salah seorang daripada mereka, "...nama je doktor, tapi ubat pun takut nak makan." Beliau jawab, "...memanglah. Aku doktor, siapa nak marah aku kalau aku tak makan ubat? Aku yang marah orang, kalau orang taknak makan ubat. Hahaha." (diiringi dengan gelak yang jahat sekali, cisss)

Ehhh, macam dah menyimpang daripada tajuk asal. Tumpang lalu~

Berbalik kepada perihal makan ubat. Adakah anda tahu, bahawa anda perlu menghabiskan kesemua pil antibiotik walaupun penyakit anda telah pergi meninggalkan anda? Maksud saya, katakanlah...anda demam. Anda ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan juga ubatan. Selepas dirawat, doktor memberikan anda beberapa jenis pil iaitu pil demam dan pil antibiotik. Pil antibiotik yang diberikan oleh doktor adalah sebanyak 10 biji. Katakanlah juga, selepas 2 hari...demam anda tela kebah dan pil antibiotik itu masih berbaki 6 biji (setelah dimakan 4 biji - 2 biji 1 hari, bukan?). Baki yang 6 biji itu ANDA WAJIB HABISKAN walaupun demam anda telah kebah.

Mengapa?

Kerana, besar kemungkinan...jika anda dihinggapi virus demam sekali lagi, antigen (virus tersebut) yang berada di dalam tubuh anda semakin kuat dan antibiotik yang sama tidak akan dapat membunuh antigen tersebut. Mereka pulak yang imun terhadap ubatan, bukannya anda.

Elakkan ke tempat yang sesak
Ini dalam TV, surat khabar, radio pun sudah diumumkan. Jika sistem imunisasi tubuh anda lemah, elakkanlah ke tempat awam yang berisiko tinggi menyebabkan anda terkena virus yang tidak diingini.

Perintah kuarantin perlu dipatuhi
Saya rasa arahan ini tidak sampai sepenuhnya kepada orang ramai. Contohnya: anda dikenakan perintah berkurung di dalam rumah selama 1 minggu. BERKURUNG DI DALAM RUMAH SELAMA 1 MINGGU. Maknanya, anda tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar bersiar-siar. Tolonglah jadi rakyat yang bertimbang rasa dan patuh kepada arahan. Jangan pandang remeh dan ambil ringan arahan kuarantin tersebut.

Beberapa minggu yang lalu, saya ada terbaca seorang guru menulis begini di dalam blog peribadi beliau "I disuruh kuarantin selama 1 minggu di rumah. Gila ke I tak boleh keluar rumah 1 minggu? I pedulik apa, I ajak hubby and my friend pergi tengok wayang." See??? Itu individu bertitle guru (saya tak kata semua gurulah, this is based on that particular person) berfikiran begitu, apatah lagi individu yang less educated? Errr, saya juga tidak bermaksud orang yang tidak berpelajaran semuanya akan berfikir sebegitu...no offence ya :)

Saya harap saya tidak silap dan tidak ada orang yang salah faham dengan apa yang saya tulis. Ehhh, kalau silap sila beri tunjuk ajar =D

3 comments:

eddie dewanaga said...

jangan malas untuk habiskan dose anti-biotik anda walaupun sudah kebah... ia akan menganjalkan lagi sistem kekebalan dalam tubuh.

c'sya said...

napelah xkuar awal2 entry psl kesihatan ni, blh membantu kite menjawab soalan ptd...:(

CikChelsea said...

eddie:
bagi 5 brooooo! wahhh i kena catch up siri senandung raja naga..sudah ketinggalan 2 siri...

c'sya:
gunakan common sense anda =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...