21 Aug 2009

Saya kecik hati dan terasa

Takde kaitan dengan entry:
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam :)
Semoga Ramadhan kali ini membawa penuh makna kepada kita semua.
Amin...

Hari tu pergi mencuci mata di The Spring, Kuching. Niat di hati nak rembat sepasang Crocs Havana, tapi takde pulak butik Crocs di situ. Aktiviti mencuci mata terus dilakukan dengan gigih, mata melilau ke kanan dan kiri mencari kedai kasut lain.

Wohhhh!!! Mata terus terpandang butik kasut 'Charles & Keith'. Apa lagiiiii...wajiblah meninggah ;p (wohhhhh, nih bukan mencuci mata lagi, niat membeli memang sudah membuak-buak bila tengok perkataan 'SALE' di segenap pelusuk butik)

Wahhhh, dengan excitednya terus menuju ke rak kasut. Berkenan la pulak dengan sepasang kasut (seperti gambar di bawah, cuma yang saya cuba bukan wedges...tapi 3 inchs bulky heels). Sumpah lawa nak mamfus! Dah lah ada 20% off! Saya dengan semangat yang berkobar-kobar pun panggil la SA, "Size 38 @ 39 please," sambil senyum meleret. Dia pun blah gi store carikan size yang saya mintak.


Few minutes later, "Miss, I'm sorry. Size 39 tak dakde, paling besar 38." sambil hulur kasut size 38 tu kat saya. Saya pun terus amik, duduk and try.

TAK MUAT!!!
Sob sob sob...Saya kuciwa sungguh! Di saat dan ketika itu saya rasa diskriminasi terhadap spesies yang berkaki gajah besar macam saya nih, tsskkk T_______T.

Sedih tau. Kecik hati I.

3 comments:

Abrahyn said...

definitely that gorjes is for me sbb akak saiz 38! takpe, takde rezeki...dah try tanya SA tu tak kat outlet mana lagi yng ada?

eddie dewanaga said...

kesian dia...

Jah, kaki2 besar macam lu dengan gua, kita pakai Timberland je...
hehehe...

*Timberland pun ada jenis macam yg lu tunjuk jugak tu tau...

CikChelsea said...

Abrahyn,
sis aida...waaaaaa sgt jelesh neh! =P

err tatau la kat outlet mana ada sbb dh sedih sgt, hati dah merajuk xsempat nak tny apa2..hahahaa =P


eddie:
biae betik neh timberland ada heels? mcm susah nak percaya, dlm website ada x? bole skodeng...heeeee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...