12 Sep 2009

Bila dipandang sebelah mata, apa kau rasa?

2-3 hari lepas saya baru selesai membaca novel 'basi' karya Sophie Kinsella. Diterbitkan pada tahun 2005, bertajuk "The Undomestic Goddess". Gila terrrrrtinggal keretapi perempuan ini, heh.

T_____T

Sebenarnya, tahun ini baru saya berjinak-jinak membaca novel karya Kinsella. Cuma The Shopaholic sequel saja yang masih belum dibaca, 4 yang lain sudah. Yang paling baru 'Twenties Girl' pun sudah =D. Kakak saya kata shopaholic sequel tu kurengggg best. Yakah?


Berkaitan dengan novel 'The Undomestic Goddess'

Samantha si peguam hebat tu kan disalah anggap sebagai housekeeper yang akan ditemuduga oleh pasangan kaya-raya Mr and Mrs Geiger. Pada hal petang tu, Sam (nama manja Samantha. I yang pandai-pandai cipta =p) datang nak tumpang toilet je. Yada yada yada...sampailah 1 masa bila anak sedara Mrs Geiger datang nak menginap kat rumah besar pakcik dan makcik dia tu, Melissa namanya. Dia law student yang akan amik final exam and kenkonon dah hebat sangatlah bila belajar law. Sumpah menyampah bila baca ke-kerek-kan watak Melissa dalam novel tu. Melissa nih takde kerja lain selain menyusahkan Sam kat rumah tu. Asyik perintah suruh buat itu-ini-itu-ini, macam tak reti nak buat sendiri. Dia memang pandang 'slack' je kat Sam, mentang-mentanglah orang tu 'houseekeper' je kan? Siap dia boleh cakap "You don't know how hard if you want to be a lawyer." Dia pot-pet-pot-pet cerita pasal laws and career as a lawyer. Padahal manusia depan dia yang dipandang sebelah mata tu adalah among the best lawyers in London!

Ok, enough with the story. Apa kaitannya dengan saya?

Well, if some of you might know, about a month ago I did participate in UTHM Convo Carnival. Trying my very best to promote my online business and take a chance to gain experience through that kind of event. <-- ini bukan isi utama keh keh keh. Buang masa je explain rasa macam nak delete je paragraph nih!

Menuju ke isi utama

Siapa yang pernah involved mana-mana event mesti akan jumpa macam-macam jenis orang, kan? Yang OK, yang TAK OK. Macam-macam adooo... Saya paling annoyed bila ada orang datang ke gerai and tanya;
"Berapa ni kak?"
Then bila saya jawab, dia cakap kat member sebelah;
"Hui, macam harga Secret Recipe!"
Dia ingat haku nih pekak ke tak boleh dengar dia cakap camtu? Saya nak je cakap kat mereka yang mengeluarkan ayat begitu;
"Tengok portionlah. My cake's portion is definitely 2 kali ganda size 1 slice kek kat SR. So, kalau you pergi beli yang kat SR, untuk dapat size yang I offer ni, you kena bayar double. Paham?"
Sumpah, kalau ikutkan hati memang nak berleter panjang dan bersyarah macam tu. Tapi, disebabkan I am an ex-hospitality student, diajar supaya sangat hormat dengan customer, saya cakap ayat kat atas tu dalam hati jelah. Sumpah makan hati everytime orang bandingkan product saya dengan SR.

Eh dia orang tak tau ke customer saya pernah cakap my Blueberry Cheesecake sebijik rasa macam SR punya. Price sama macam SR punya TAPI portion DOUBLE berbanding SR, mind you! Sorry heh saya bukan masuk bakul angkat sendiri OR riak OR berlagak, nih sumpah tak tipu customer saya send SMS and bagi compliment macam tu. I happy okeh! =p

Lagi 1 saya paling-terrrrrpaling menyampah juga bila customer pangkat 'kakak-kakak' datang tanya;
"Kek you guna minyak ke?"
Hello? Sorry yerr, minyak-minyak tak main okeh. I guna 100% butter. I guna minyak petrol untuk isi dalam tank kereta je, tu pun sebab nak kasi kereta gerak kah kah kah! <-- of course la saya tak jawab macam nih kat 'dear' customer kan T___T.

Saya bukan apa, if you dah biasa baked cakes, you mesti tau nak bezakan if that particular cake guna minyak or butter. Tengok and pandang je pun boleh tau la! Kalaulah tengok je dah boleh tau, apatah lagi bila you rasa. Confirm you boleh bezakan rasa kek yang dibuat guna butter @ margerine @ minyak. If kek buat guna minyak, kek tu akan jadi peroi and agak keras. Sumpah memang tak sedap langsung! T___T. So, bila you tanya I that kind of question, it's very obvious yang you tak biasa baking kan kan kan? Kan dah kantoi hahahahakuhangennnnn.

Eh macam belum masuk isi utama je kah kah kah!

Ok, sebenarnya saya nak cerita pasal pengalaman masa kat booth hari tu. Ada kaitan dengan isu pandang sebelah mata just like Melissa buat kat Samantha dalam novel The Undomestic Goddess tu. Masa jaga booth tu, adalah saya jumpa ramai students yang baru grad siap dengan jubah and mortar board (sumpah 'kagum' sebab mereka boleh berjalan ke hulu-hilir dengan jubah konvo yang tebal tu) lalu lalang depan my 'gerai'. Few of them pandang saya kat gerai tu sebelah mata je, you know what I mean kan? From their facial expresion je boleh tau cara dorang pandang tu macam "Ceh kau jaga gerai je?" HAAAAA camtu ah! Macam dorang yang paling best la dalam dunia nih sebab dah grad. Saya tak kata semua, but few of them. Eh, hina sangat ke orang berniaga and jaga gerai macam apa yang saya buat tu? At least I have my own business and I have something to do and most importantly I have my own INCOME. You baru je grad, belum tentu ada kerja as sekarang nih sangat susah okeh nak dapat kerja!

Pandang orang muka semacam je tak boleh blah. Siap ada yang jeling pulak tu. Sabo jelah T__T. Masa jaga booth hari tu kan saya berdua dengan my niece kan. Dia pun baru je habis study. A week after kat booth tu, kitorang g tengok dia konvo pulak kat UNIMAS. Dorang ingat orang yang berniaga kat booth-booth nih sume tak educated ke apa tah.

Macam kau sorang je yang grad!

Macam kau sorang je yang masuk universiti!

Macam kau sorang je yang ada degree! (entah-entah diploma sajork tapi berlagak je lebih!). Tapi, marilah kita bersangka baik kot-kot dia berlagak sangat sebab dia ada Master @ Ph.D ataupun dia grad dengan Kelas Pertama dengan kepujian CGPA 4.

Akhir kalam, if anyone of you (yang tengah membaca) happened to grad sooner or later, bila nak pergi makan or jenguk booth or jalan-jalan after istiadat konvo korang tu, PLEASElah TAKE OFF YOUR JUBAH.

Poyo gila kau tahu tak?

2 comments:

.BUNGA. said...

hallaamakkk ada twenties girl ker?pinjaammmmmmmm! ;p

undomestic goddess best ah.lagi lagi part die belajar masak.kehkehkeh.

huiiiiii 4 tahun belajar woohhh, xkan nak tgl jubah!muahahahahaha

CikChelsea said...

bolehhhh, nanti raya datang la rumah sy kak yati :) skrg buku tu takde, dipinjam oleh kakak...raya kot br dia pulangkan.

yalahhhh, bila baca cara Iris ajar Samantha masak tu rasa cam nak angkut je novel tu masuk dapur and ttry recipe dlm tu. Buy novel get free recipe inside keh keh keh

Halamakssss, belajar kat skola berbelas belas belas tahun takde dapat jubah tak heran pon kan kan kan =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...