12 Sep 2009

OST, Lirik Lagu & Sinopsis penuh drama Nur Kasih




Lirik Nur Kasih ~ Yassin

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Sebelum anda teruskan membaca, apa kata anda click 'play' kat MP3 kat atas tu...barulah syiok membaca sambil berlatar-belakangkan lagu berciri Timur Tengah T__T.

(pic credit to google)

Adakah anda tahu bahawasanya drama Nur Kasih ini mempunyai 26 episod. Jumaat lepas adalah episod yang ke 16. Baru episod E.N.A.M B.E.L.A.S??? Pfttttt!!! Ada 10 episod lagi weh. 10 darn weeks until the ending a.k.a final episode. Gila babas nak tunggu lagi seploh minggu.

Disebabkan kecewa dengan jalan cerita Nur Kasih yang agak slow sekarang nih, saya telah membuat 1 bentuk siasatan mencari kesudahan tentang episod ini. Thanx to Inchek Ahmad Gugel kerana wujud di dunia yang fana ini keh keh keh!

Drama nih boleh dikategorikan sedang berada di 'tengah-tengah' plot cerita, belum klimaks...lambat lagi. Macam mana saya tau? Sebab saya dah baca sinopsis penuh cerita Nur Kasih (sengaja taip in Malay supaya akan naik rating page ini di search engine hahahahahah). Ceh, perasan macamlah ada orang gugel then masuk sini T____T.

Saya kan very the anti climax, malas nak tunggu 10 minggu lagi. So, decided to search for the answer from the internet. Sebagai cucu angkat Kosuke Kindaichi merangkap kawan baik Sinichi Kudo dan Conan Edogawa (dan-dan mengaku cucu angkat...kawan baik segala), maka saya telah menggunakan segala skills yang mereka turunkan untuk menjejaki kesudahan cerita Nur Kasih ini.

Sooooo, sesiapa yang very the anti climax macam saya boleh teruskan membaca untuk mengetahui ending cerita hot kat TV3 nih =D. Barang siapa yang akan setia menunggu untuk menonton drama ini setiap minggu, anda disarankan agar menutup page ini. Tiada paksaan di sini, read at your own risk (bunyi macam berbahaya, cheh!) =p

(picture credit to HafizAdam)

Ringkasan sinopsis penuh drama Nur Kasih (from episode 17 onwards)
(Disebabkan kemalasan penulis, maka penulis hanya memberi plot yang dianggap 'spicey' dalam cerita ini. Juga disebabkan kemalasan, sinopsis akan ditulis dalam bentuk point form)

Episod 17:
  • 1 tahun selepas itu (setahun selepas scene di Mekah), Adam (Remy Ishak) dan Nur (Tiz Zakyah) jumpa balik kat Malaysia.
  • Aidil (Fizz Fairuz) akan kahwin dengan Aliya (Ayu Raudhah)

Episod 18:
  • Watak Katrina (Sharifah Sofea) muncul kembali. Dah pakai hijab and dah insaf (biasalah, predictable!). Dia 'mengejutkan' semua orang datang time majlis kahwin Aidil.

Episod 19:
  • Adam bagitahu siapa Katrina pada mak dia.
  • Nur dan Katrina hidup bermadu.

Episod 20:
  • Sarah (Ummi Nazeera) yang tak puas hati dan frust menonggeng sebab 'abang' Aidilnya kahwin dengan perempuan lain pun pasang jerat supaya rumahtangga Aidil dan Aliya porak-peranda.
  • Of course lah Aliya jelous!

Episod 21:
  • Katrina mati (innalillah...). (Pun macam boleh agak? Kesian Katrina jadi watak tempelan, bila dah tak diperlukan...kenalah matikan wataknya uhuhuh~)

Episod 22:
  • Nur dan Aidil bersemuka dan telah kantoi secara senyap oleh Aliya & Adam.
  • Aliya lari balik ke rumah parents dia sebab Sarah punya pasal! Sarah yang 'racun' otak dia dengan macam-macam cerita. Kesian Aidil...

Episod 23:
  • Adam pergi out station ke Mumbai (bestnye berlakon drama nih, merata-rata tempat Tuan Director hantar pergi shooting).
  • Mumbai under terrorist attack dan hotel tempat Adam menginap ditawan pengganas. Haiyokkkk.
  • Adam tak dijumpai selepas serangan. Mayat tak jumpa, so dianggap hilang (of course la tak mati, mana boleh hero mati kan? Bwahahah!)

Episod 24:
  • 6 bulan selepas kejadian Adam hilang. Aidil dan Aliya bincang pasal rumahtangga dorang. Kantoi semua pasal Sarah. So, dorang pun baik balik (tepok tangan tepok tangan)

Episod 25:
  • Nur hantar emel tiap-tiap hari kat Adam assuming Adam akan baca emel-emel tu (memang pon!)
  • Adam tak nak balik sebab dia nak berkorban untuk abang dia. Nak 'serahkan' Nur kat abang dia la tu...
  • Sarah rasa bersalah kat kakak dia then tulis emel kat Adam cerita perkara sebenar.

Episod 26: (final episod nih, drum roll please kah kah kah!)
  • Nur ambil keputusan balik KL dengan alasan tak nak kacau rumahtangga abang dan kakak ipar dia. Balik KL naik keretapi <-- macam kelakar kena mention nih!
  • Adam buat 'surprise' kat Nur dalam keretapi.
  • Happy ending hoyeh hoyeh.

Boleh tepuk tangan sekarang, cerita dah habis =p

Kalau nak download full episode drama Nur Kasih (LQ) boleh click >>SINI<< (Complete from episode 1 until the latest one). If nak video HQ cari kat jiwang.com (malas nak cari URL)

Suka gile tengok muka lelak ini, sangat Melayu
*melting*

gagagagagagagagaga~

(pic credit to www.budiey.com)

18 comments:

cik ienn said...

entry best. mmg tak sabar kan nak tunggu smp ep.26. gila ah lagi 10mggu kot.

double thumbs up kat kamu.

izwan7 said...

mak aih..dah ade sinopsis..
tak surprise le beb..
aku tiap2 ari jumaat tercongok dpn tv nak tgk awek amina tu..

izwan7 said...

mak aih..dah ade sinopsis..
tak surprise le beb..
aku tiap2 ari jumaat tercongok dpn tv nak tgk awek amina tu..

mimie said...

bagus! tak payah i nak tunggu tengok pai habis...:p

CikChelsea said...

cik ienn,
eheh..mekasehh cik ienn (feeling feeling jd detective =p)

CikChelsea said...

izwan7,
hehe..hang takyah la bace =p

CikChelsea said...

mimie,
alaaa..tgk la jugak..sbb sinopsis tu pendek je...kena tgk utk real scene...klo baca sinopsis dpt imagine je..mana la tau xsama mcm dlm imaginasi u (ko kan tak berapa nk betul sgt thp imagenasinya..huwakakak)

eddie dewanaga said...

gua tak boleh 'usik' si buah hati setiap jumaat malam pasal cerita ini laa... then, dia tak boleh 'menyentuh' gua setiap malam minggu kerana EPL.

MarlissaMusa said...

hehe..mekasih cik c..lenyap segala pertanyaan di hati i..hahahaa..cter ni mmg lembab..i ingt next week nak habis da tau..rupanya..klimaks pon blum!haih!very the lembab!

:: vErde+hAzizi :: said...

salam...

hey babe...

Mr.Doc & I would like to wish YOU & FAMILY peace, happiness & prosperity on EID-UL-FITR!!!

May the divine blessings of ALLAH be with you & family on EID & Always!!!
:D

izwan7 said...

lalala..
nur nur ya kasih..
aku mencari semangat kembali..

jahanam ko wigan..huhuhu..=P

eddie dewanaga said...

orang lain pun beraya jugak, sayang oi... takde la senyap 2-3 minggu.

ahad ni beb, the bridge is calling!!!

Abrahyn said...

heppp!!! itu remy akak punyer tau...auwww!!! hehehe

CikChelsea said...

eddie,
aku tgk nur kasih..tgk EPL jugak...xleh usik jumaat smpi ahad..lg best..haha =p

marlissa,
alaaaaa dear..still kne tgk jugak cite itu utk menatap wajah kesayangan hamba (remy) keh keh keh

CikChelsea said...

sis verde,
w'salam
thnx for the wish sis, same too u...sorry body n soul yah :)

izwan7,
red card beb, jahanam itu red card..haha..aku rilex je =p

CikChelsea said...

eddie,
i tak beraya sakan pon sayang (huwakakak) tp sgt la bz...pastu cam malas nk update blog..boley? heh. lu rindu kat gua ke bro? lalala~

(mengreply lu punya komen semasa half time game 'kita')

sis aida,
auuwww mana bleyyy..nt inchek jon akak marah kang br tau. pass la kt sy yg single lg nih...keh keh keh

♪♠Azs♠♪ said...

bez sgt,,,,ske tgk..hohohoho
episod 18 n 19 besh...hehhehe

CikChelsea said...

azs,
dh hbs dh mlm td..pas neh dh takyah kejar2 tgk tv =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...