9 Sep 2009

Operasiiii (harap dapat dicapai seperti yang dijadualkan)

Menaip sambil dengar koleksi lagu raya yang ada dalam lappy.
Current song: Menjelang Hari Raya - DJ Dave.
Tarikh: 090909

Pagi semalam adik saya send offline messages kat YM kata parcel yang berisi baju-baju raya dia dah sampai. So far takde complaint pasal baju (tengoklah pulak siapa yang pilih kannnn, harus nak puji diri sendiri jugak hahah) cuma dia kata "...tudung raya Yah mengerlip gila tahun nih."

Hahahahaha hambek ko! Aku memang sengaja pilih yang berbatu-batan besau-besau untuk ko. Biar ko kelihatan seperti Mak Datin. Kah kah kah! Kenapa mesti bila bab yang agak over mesti nak kaitkan dengan datin? Salah 1 bukti ialah Datuk Siti. Dulu sebelum jadi Datuk @ datin tak bergaya over seperti sekarang. Apakejadahkaupanggilbendapenutupataskepalakaututudung, mazhab mana kau guna Tok Ti? Maaflah, aku minat kau duluuuuu time kau tak hipokrit macam sekarang. Menyesal gila aku pergi habiskan wang 25 pound semata-mata nak tengok kau beraksi kat Albert Hall, kalaulah aku tau time tu kau dah ada affair dengan Datuk K sumpah TAK MUNGKIN aku pergi tengok konsert kau. Dahlah punya hazab nak sampai ke London train pulak rosak (macam tak logik gila Virgin train boleh rosak, tapi yang best disebabkan kerosakkan itu merasa duduk dalam first class seat.

Menyimpang lagi, tumpang lalu~

Tiba-tiba rindu kenangan silam, tsskkk T__T.

Realitinya, ko yang jauh di perantauan pun dah ada 2 pasang baju raya (yang cantik sebab aku yang pilih lalala~), aku kat sini takde lagi baju raya untuk digayakan (macam bagus guna perkataan 'gaya' chet!) di pagi Aidilfitri T__T. Nafsu nak membeli pun suam-suam kuku je.

Yah, ko simpan lagi tak CD lagu-lagu raya yang aku bagi 2 tahun lepas? Siap ada takbir raya dalam tu (punyalah hasad dengki nak kasi kau nangis sebab tak dapat raya kat Malaysia, muahahahah!).

Eh, tiba-tiba macam excited gila nak shopping hujung minggu nih. JB I'm coming!!! (cheh bunyi mcam JB tu jauh sangat je). Sesambil nak shopping tu nanti boleh lah ajak YB dating, eheh eheh eheh <-- rasanya ini penyebab utama kepada terjadinya perasaan excited itu. (Sila behave, hormati bulan Ramadhan yang mulia ini). Walaupun dah 'bersama' errrrr maksud saya sudah mengenali YB lebih daripada 3 tahun, tiap kali nak jumpa pun masih terasa getaran cinta di jiwa (Liza Hanim, I pinjam tajuk lagu you sekejap...tumpang lalu~). Sumpah macam nervous gila je tiap kali nak bersua (bersua? gila klasik bahasa haku T__T). Mesti nak betul-betulkan tudung, kalau tudung dah betul pun tetap nak usik jugak. Pastu, kalau dah nampak dia datang (dia datang jeng jeng jeng dengan lenggang-lenggoknya) mesti akan senyum sikit. Sikit je tak boleh nak senyum banyak. Terasa macam gedik tapi inilah hakikatnya, I pemalu kah kah kah!

Eh, macam best taip entry blog sambil dengar lagu raya, mood raya terus je datang =D. Err, tapi tak boleh nak raya cepat-cepat sangat sebab Almond London lebih seribu biji nak kena buat, Blueberry Cheesetart punya pastry pun seribu lebih belum buat, biskut raya untuk kakak-kakak tersayang pun belum buat. Tahun nih rasa berat sungguh tanggungjawab yang digalas <-- asyik nak create ayat yang tak nak kalah je, macam ada orang nak impress. Kesian T__T

Ok, kena bersiap sedia untuk melelapkan mata sebab today akan buat Almond London secara pukal. Perlukan tenaga yang banyak untuk duduk secara tetap di satu tempat sambil menggentel adunan biskut. Mungkin lagu hari raya akan membantu secara banyak mood pada hari ini.

Current song: Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz.
Lepas Subuh boleh ZzzzZZzz.

4 comments:

izwan7 said...

raye jb ke?
ko pemalu ke weh?
haha..gile susah aku nak percaye..

eddie dewanaga said...

beb, lu minat siti beb..??

gua cukup tak berkenan dgn dia.

CikChelsea said...

izwan7,
not particularly at JB..but still somewhere in johore (mcm rahsia sgt..heh =p)

sila percaya i mmg pemalu orangnya T__T

CikChelsea said...

eddie,
broooo...

"dulu kireeeennnn"

skrg cuma minat pada suaranya...undeniable suara dia mmg merdu. kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...