4 Sep 2009

Spaghetti Bolognese TM

...TM tu bukan short form of 'Trademark' tapi TEKAK MELAYU =P

Resepi yang telah diolah sepadan dengan tekak Melayu saya yang tak boleh makan kalau takde rasa pedas lalala~
cik ienn said...

resepinye mano darling???

*boleh i belajar. hiks.

Kepada Cik Ienn darling, ini resepinya. Sila jangan malas untuk try sebab ia sangat senang untuk dimasak terutamanya kat rumah sewa, keh keh keh ~.^

(gambar 'dipinjam' daripada sini. Sumpah saya malas nak angkut camera pergi dapur T__T. Tapi, saya 'pinjam' gambar yang paling hampir dengan hasil spaghetti yang saya buat semalam, jadi terimalah gambar ini sebagai gambar hiasan, kah kah kah!)

Resepi Spaghetti Bolognese TM (Tekak Melayu)

Bahan untuk sos:
Bawang besar 1 biji - didadu
Bawang putih 2 ulas - dicincang
2 sudu besar chili paste - cili kering yang diblend tu (kalau nak lagi pedas silalah tambah ikut tekak Melayu anda. Kalau tak nak pedas langsung, original recipe from Italiano tak payah la bubuh chili paste)
500gm mince meat
1/2 batang carrot - didadu (saya guna saiz yang besar, so guna half pun dah dapat banyak)
1 botol bolognese sause (brand Prego @ Dolmio je best lain tak best. Nak buat sause sendiri from scratch bak pertanyaan Si Dewanaga, saya malas tahap dewa yerr =p, gunakan je kemudahan yang ada lalala~)
Garam, oregano herb & black pepper secukupnya

Cara-cara:
Tumis bawang hingga layu. Masukkan chili paste, kacau sampai chili masak. Kang cili tu undercook ada plak yang sakit perut =S.
Masukkan mince meat, kacau hingga daging masak. Kalau ada meatball, boleh masukkan sekali (tapi jangan 'godak' secara ganas ye nanti meatball hancur =S)
Masukkan bolognese sause.
Masukkan garam, black pepper dan oregano herb (takde pun takpe) secukup rasa.
Kalau sause dah didih, dah boleh matikan.

Kalau rajin, boleh buat meatball sendiri.

Bahan untuk meatball:
Bawang besar 1/2 biji - dicincang
Bawang putih 1 ulas - dicincang
Mince meat ikut suka berapa banyak
Telur 1 biji
Tepung gandum 2 sudu makan
Garam secubit.

- Gaul semua sekali. Bila dah sebati kepal-kepalkan bentuk bulat, dah siap =D

30 minit dah boleh siap, kalau kurang terer 45 minit hahahaha. Ok, selamat mencuba.

11 comments:

:: vErde+hAzizi :: said...

oooo meatballs!!!
sooo yummeh...rase nk buat tp mals ;p hehehhee

cik ienn said...

tq. tq. tq. nnt boleh la ku coba resepimu ini.

eddie dewanaga said...

nice job beb...!

CikChelsea said...

sis verde,
alaa buat la senang je =p

cik ienn,
ok nt dh coba sila post sikit utk testimonial..ehehe

eddie,
trimasssss =D

abang besi said...

oo..sedapnye nk buat sdr tk reti..mkn kt pizza je la..huhu...anyway sy br kt cni...assalamualaikum...=)

CikChelsea said...

abang besi,
wa'alaikumussalam. thnx sudi singgah :)

kat pizza mahal..pastu tak sedap mana pon =p

MarlissaMusa said...

nampak sodapnya! :) bak mai sket!

CikChelsea said...

marlissa,
cik mar nt cik ienn blk penang mtk dia buat..dia dh terer ;)

hihih

cik ienn said...

uiks,
sy dah balik penang dah...

CikChelsea said...

ehhh dh blk penang ke?
job kt KL tu?
dh tak kje situ kah?

Little Puteri said...

salam.. minta resepi yer :)
http://littleputeri.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...