2 Sep 2009

Terkena sumpahan

Sejak duduk rumah (kat kampung) jadi pemalas gile nak masak. Sumpah malas gila, macam terkena sumpahan! Pastu semalam, entah camne masa tengah borak-borak dengan YB, dia boleh tanya:

Pertanyaan 1:
Hari nih buka apa?

Pertanyaan 2:
Mesti mak yang masak?

Pertanyaan 3:
Apsal tak tolong?

Pertanyaan 4:
Nanti lama-lama lupa cara nak masak, camne? (Soalan comel sekali!)

Boleh?
Takut la tu kang kalau kawen haku tak masak untuk dia kahkahkah! Haiyooo ingat masak neh cam hafal fakta ke boleh nak lupa-lupa? Kalau betul pun TERlupa resepi, campak-campak jelah bahan sesedap rasa, guna common sense. Ye tak? =p

Tapi memang betul ah sejak duk rumah neh malas gile nak masuk dapur tolong emak masak, tau makan je. Tak guna punya anak dara T__T. Dulu masa duk rumah sewa bukan main rajin lagi masak, nak-nak time bulan puasa. Kalau hujung minggu budak-budak rumah tu request je menu, confirm saya masakkan. Nak masak lemak cili padi (Hana, ingat lagikah hengko pada ayam masak lomak cili padiku? ;p), ayam kicap, asam pedas, paprik, masak merah, etc (etc konon macam banyak sangat je menunya muahahah)

Seronok wehh masak kat rumah sewa dulu. Mana taknya, saya Executive Chef (sendiri bagi title kahkahkah!), Sous Chefnya pulak ramai. Kan nak masak nih yang paling leceh bab nak prepare bahan-bahan. Nak kena potong bawang, hiris lada, basuh ayam, etc... Makanya jadi Exec Chef nih sangat best sebab yang prepare bahan-bahan semuanya Sous Chef. Saya selaku Ecex Chef (gila annoying mention banyak-banyak kali hahaha) tinggal amik bahan-bahan yang telah disediakan dan campak ke dalam kuali. Eh, kalau anda pernah tengok rancangan Chef At Home kat AFC yang hostnya Chef Michael Smith tu...kan tagline dia "You know what is the best recipe to cook? Cooking without a recipe."

Tabik spring toing toing toing! Kalau masak untuk daily meals tu takde resepi takpelah, kalau nak buat kek takde resepi mamfus la bantat kek T__T.

Antara sebab saya jadi malas untuk masak:
  1. Sejak habis study bulan 12 tahun lepas dan menetap di rumah (sekarang) kakak ada di rumah. Dialah yang memasak setiap hari untuk samtapan kami sekeluarga. Saya hanya memberi pertolongan secara minor (tu pun kalau disuruh <-- hui memang terbukti tahap pemalasnya!)
  2. Abah saya paling gemar masakan emak. Walaupun depan mata dia dah ada 2-3 jenis lauk, dia tetap akan tanya "Kau tak masak ke hari nih?" Punya terer abah saya, dia tengok saja pun boleh tahu itu bukan isteri kesayangan yang masak. Sumpah abah cerewet gila bab makan. Dia makan secara banyak kalau isteri kesayangan yang masak.

Setelah sekian lama (hampir 8 bulan <-- nih kalau mengandung sudah mahu meletop) tak memasak, hari ini mood mahu memasak datang secara berduyun-duyun. Itu pun disebabkan tiba-tiba je rasa nak makan Spaghetti Bolognese mencucuk-cucuk tekak. Oregano pon masih banyak, tiada alasan untuk tidak masak spaghetti petang nih! =D

5 comments:

eddie dewanaga said...

nak bikin sos bolognese made from the scratch atau guna 'Prego' je..??

gua memang addicted to italian ni... beb, selain micheal smith, yg cukup bagus masak italian ni jamie oliver dan david rocco... gua selalu jugak belajar masak dgn diorang, maklumlah, dok bujang.


http://en.wikipedia.org/wiki/Bolognese_sauce

CikChelsea said...

eddie,
rajin-kah muka cam aku nk masak sause tu from scratch? xdeeee maknanya! sudah terang lagi bersuluh beli Prego je =p

Dulu minat jugak tgk Jamie lidah pendek tu =p tp sekarang kureng. Dia masak cam selekeh ah! David Rocco pun tak berapa layan tapi dia mmg ok =D

Sekarang nih addicted tgk Chopped, macam Iron Chef tu. Best! :)

(pssssttt..bagus la blaja2 masak, kot-kot nt wife mls masak lu boleh la tung-tang-tung-tang kat dapo ekekek)

Liyana said...

Makan sambil tengok AFC sungguh menyelerakan walaupun masakan sendiri tak sedap :P

cik ienn said...

resepinye mano darling???

*boleh i belajar. hiks.

CikChelsea said...

liyana,
hahahaha btol btol btol...jadi feeling2 la makanan tu sedap sambil tgk apa yg chef masak dlm TV =p

cik ienn,
sudah ku terbitkan resepi itu khas buat tatapan mu (perghh ayat mcm tulis kad raya =S)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...